Kafir Quraisy
selepas itu berusaha pula untuk membawa balik Sahabat-Sahabat Rasulullah
Saw, orang-orang Islam yang berhijrah ke Habsyah. Mereka menghantar dua orang
wakil kepada najsyi, Abdullah bin Abi Rabeah dan Amru bin A'sh. Jadi mereka
bawa hadiah barang-barang kulit kerana itulah yang paling disukai oleh Najasyi
Raja Habsyah. Mereka juga menyiapkan hadiah untuk penasihat-penasihat Najashi.
Sebelum mereka mengadap Najashi mereka sogok dulu penasihat-penasihat Najashi
dengan hadiah-hadiah mereka. Mereka menyampaikan hasrat mereka kepada penasihat
penasihat Najasyi bahawa mereka datang nak bawa balik kaum mereka yang lari ke
Habsyah. Mereka ini, yaitu orang orang Islam, menolak agama kami dan juga
menolak agama kamu. Oleh itu kami ingin minta Najaysi menyerahkan mereka semua
kepada kami untuk kami bawa pulang ke Mekah.
Selepas
itu baru Abdullah dan Amru bin Ash mengadap Najasyi, mereka sampaikan hadiah
dulu. Najashi pun gembira menerima kunjungan mereka dan menerima hadiah mereka.
Setelah mereka menyampaikan hasrat mereka pada Najasyi, kata Najasyi, setelah
aku mendengar dari pihak kamu aku mesti juga mendengar dari orang orang Islam.
Semua Sahabat Rasulullah Saw yang ada disana dipanggil ke istana Najashi.
Datanglah mereka semua diketuai oleh Saidina Ja'far bin Abu Talib. Najashi
Tanya, apa sebenarnya cerita kamu ini, dan apa agama baru yang kamu bawa itu?
Kata Saidina Ja'far, dulu kami sembah berhala, kami makan binatang yang tidak
disembelih, kami melakukan maksiat, akmi bergaduh sesama sendiri dan kami
memutuskan silaturrahim, kami menyakiti orang lain. Selepas itu datang kepada
kami seorang lelaki dari kaum kami, orang yang paling mulia dikalangan kami
dengan agama dari Allah Taala Tuhan sekalian alam. Dia mengajak kami untuk
menyembah Allah yang Maha Esa dan mengajak kami meninggalkan berhala batu batu
yang tidak boeh memberi menafaat dan mudharat itu, dia mengajak kami suapaya
bersilaturrahim dan berakhlak mulia, dia mengajak kami meninhggalkan maksiat dan
dosa.
Maka
dengan itu Saidina Ja'far telah berjaya menerangkan Islam secara ringkas dan
terang kepada Najashi, yang mana amalan Islam itu semuanya amalan yang mulia
dan terpuji. Najashi senang hati dan gembira mendengar taklimat dari sepupu
Rasulullah Saw Saw ini, Saidina Jaafar bin Abu Talib. Najashi Tanya lagi,
apakah ada pada kamu apa yang lelaki ini bawa ? Saidina Jaafar membacakan ayat
ayat Quran kepada Najashi.
Saidina
Jaafar membacakan ayat ayat yang menceritakan tentang Nabi Yahya dan Nabi
Zakaria dari Surah Maryam. Setelah selesai Saidina Jaafar membaca, kata
Najashi, demi Allah Risalah ini dengan
apa yang dibawa oleh Nabi Isa adalah dari sumber yang satu. Najashi sangat
terkesan dengan ayat-ayat ini, apa yang ada dalam Quran sama dengan apa yang
ada padanya. Najasyi ini juga seorang Ulamak dalam agama Nasrani. Dengan itu
Najashi memerintahkan agar dibenarkan orang orang Islam terus tunggal dibawah
pemerintahannya di Habsyah. Kata Najasyi , aku sekali kali tidak akan
menyerahkan kamu kepada musuh musuh kamu.
Akhirnya
terpaksalah Abdullah dan Amru bin Ash ini keluar dari istana dengan tangan
kosong dan perasan yang kecewa. Tapi Amru bin Ash ini yang terkenal dengan
kecerdikan dan kelicikannya dalam diplomasi. Dia patah balik minta izin
mengadap Najashi semula. Kata Amru kepada Najashi. Wahai Najashi, orang orang
yang engkau lindungi ini mereka menghina Nabi Isa dan mereka ada mengatakan hal
yang kamu tidak boleh terima tentang Nabi Isa. Maksudnya orang Islam tidak
mengatakan bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan. Najashi Tanya, apa yang mereka
sebut. Kata Amru, tuan tanyalah mereka sendiri. Najashi mengarahkan supaya
dipanggil semula orang orang Islam. Najashi Tanya, apa yang kamu sebut tentang
Isa bin Maryam. Saidina Jafar jawab soalan Najashi ini dengan membaca ayat
Quran.
No comments:
Post a Comment