Tidak ada manusia yang tidak hendak hidup sempurna.
Ingin kaya, ingin rumah besar, ada kereta, ada harta.
Memperolehi pakaian yang cantik, pakaian mewah, perabot rumah yang mahal.
Dapat pangkat yang besar, gaji yang lumayan, alat-alat hidup yang canggih.
Ini adalah benda-benda atau perkara yang lahir.
Yang bersifat maknawi dan rohani tidak kurang pula diperlukan oleh manusia.
Inginkan ilmu yang banyak, pengalaman yang luas, jiwa yang bahagia.
Tapi Tuhan tidak akan memberi manusia serba lengkap dan sempurna.
Begitulah yang terjadi di dalam kehidupan manusia.
Manusia perlu ingat, di dalam memburu kehidupan yang sempurna jangan sampai kehilangan Tuhan.
Di dalam apa keadaan pun Tuhan mesti dipertahankan.
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya.
Tidak ada erti mendapat segala-galanya kalau kehilangan Tuhan.
Biarlah segala-galanya itu di dalam kekurangan tapi jangan kehilangan Tuhan.
Tuhan adalah hidup mati kita.
Yang lain adalah untuk sementara sahaja.
Rugi besarlah manusia kerana inginkan kesempurnaan dan kemewahan hidup, tertinggal Tuhan.
Apabila kehilangan Tuhan, manusia tidak akan hidup bahagia.
Kerana Tuhan itu adalah sumber kebahagiaan.
Kehilangan Tuhan, kehilangan sumber kebahagiaan.
Ini terbukti, orang yang tidak mempedulikan Tuhan walaupun serba ada tetapi tidak tenang dan tidak bahagia.
No comments:
Post a Comment