Bersihkanlah Jiwa




Bersihkanlah jiwa kerana ia adalah wadah.
Tempat Allah mengisi iman dan keyakinan.
Bersihkanlah jiwa ia ibarat cermin.
Jangan sampai ia kotor dan kabur.
Jika ia kotor atau kabur tidak nampak lagi kebenaran.
Bersihkanlah jiwa, ia laksana radar menangkap apa sahaja.
Apabila jiwa kotor macam radar yang telah rosak.
Ia tidak dapat lagi mengesan apa-apa.
Ertinya jiwa tidak akan boleh menerima pengajaran.
Bersihkanlah jiwa ia ibarat kamera.
Boleh menggambar apa sahaja secara tepat.
Jika jiwa kotor, ibarat kamera yang tidak berfungsi.
Tidak dapat menggambarkan secara tepat kebenaran agama.
Apa yang ditangkapnya tidak jelas.
Ia jadi ragu-ragu dan mengelirukan. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah