Bila kita nasihat orang lain, secara zahirnya kita nampak macam kita nasihat dekat dia, tetapi secara hakikatnya kita nasihat pada diri kita sendiri kerana telinga kita lebih dekat dengan mulut kita yang berkata-kata.
Begitu juga halnya bila kita bercerita buruk berkenaan orang lain, seolah-olah kita membuka pekung didada dengan mencerminkan keburukan kita pada khalayak ramai.
---------------------------------------------
"Hendaknya kamu mempunyai 3 sikap terhadap sesama mukmin :
1. Jika dirimu belum mampu memberikan manfaat kepada orang lain, maka janganlah kamu memberikan mereka kesusahan.
2. Jika dirimu belum mampu membuatkan orang lain gembira janganlah kamu menjadi sebab mereka bersedih.
3. Jika dirimu belum mampu memuji orang lain, maka janganlah dirimu menghinanya"
-Imam Yahya Ibn Muadz Ar-Razi Rahimahullah Taala-
No comments:
Post a Comment