hidup ini adalah sebuah universiti. Oleh itu belajarlah dengan kehidupan. Pasti engkau mempelajari pelbagai hikmah setiap kejadian yang berlaku. Inilah sebuah perjalanan....buat tatapan bersama..
Binasa seorang hamba
Sesungguhnya jika Allah menghendaki membinasakan seorang hamba, maka Dia cabut dari orang itu RASA MALU. Jika telah tercabut darinya rasa malu, engkau tidak menjumpai orang itu kecuali BERGELUMANG DOSA. Jika engkau tidak menjumpai kecuali bergelumang dosa, dicabut (pula) dari dirinya AMANAH. Apabila telah dicabut darinya amanah, engkau tidak menjumpainya kecuali sebagai orang yang BERKHIANAT DAN DIKHIANAT. Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan berkhianat dan dikhianati, maka dicabut darinya RAHMAT (Allah). Apabila telah dicabut darinya rahmat (Allah), engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan TERKUTUK DAN TERLAKNAT. Jika engkau tidak menjumpainya kecuali dalam keadaan terkutuk dan terlaknat, maka dicabut darinya IKATAN DENGAN ISLAM. (HR. Ibnu Majah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment