Seseorang bertanya: “Ya Habib, Kenapa ziarah maqam Auliya’? Sedangkan mereka tiada memberi kuasa apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah!”
Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz menjawab:“Benar wahai saudaraku, aku juga sama pegangan denganmu bahawa mereka tiada mempunyai kekuasaan apa-apa. Tetapi sedikit perbezaanku dengan dirimu, kerana aku lebih senang menziarahi mereka (para auliya’) kerana bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini kepada cinta Tuhan.”
Beliau melanjutkan: “Tapi aku juga heran, kenapa engkau tidak melarang aku menziarahi ahli dunia, mereka juga tiada kuasa apa-apa. Malah mematikan hati. Yang hidupnya mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Kediaman mereka adalah pusara yang tiada membangkitkan jiwa untuk cinta pada Tuhan.”
No comments:
Post a Comment