JAGALAH HIDAYAH DAN PETUNJUK DARI TUHAN


Hidayah dan petunjuk adalah di tangan Tuhan
Manusia boleh mengusahakan
Bahkan wajib manusia berusaha mendapatkan hidayah dari Tuhan
Kerana hidayah itu mahal nilainya
Tidak semua orang berhasil mendapatkannya
Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan
Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang
Hidayah ini sama ada belum dapat atau sudah dapat kemudian hilang
Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya di depan mata sekalipun
Dia tidak mengambil pengajaran
Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa
Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik, dikatakan itu kebetulan
Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku
Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah
Setengah orang rasa tersinggung jika dikaitkan dengan Tuhan
Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan
Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk, sudah tidak mampu mentafsirkan
Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman
Tersesat jalan tidak tahu tujuan
Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya
Seolah-olah tidak pernah bertemu dengan lampu suluh kehidupan
Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya, bila kehilangan cahaya lebih teruk daripada orang buta
Atau lebih gelap lagi daripada orang yang tidak pernah mendapat cahaya
Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan
Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah
Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula
Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat
Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta
Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah