Saudaraku,,
Kita berada di dalam kubur lebih lama daripada hidup di atas dunia ini?
Imam syafie hidup 53 tahun di atas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 1200 tahun..
Imam Nawawi hidup 43 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal dunia lebih kurang 800 tahun..
P. Ramlee hidup 44 tahun diatas dunia, sekarang dia sudah meninggal
lebih kurang 45 tahun...
Maka adakah berseronok dengan kelazatan dunia itu lebih utama daripada membina kebahagiaan di dalam lubang kubur nanti?
Allah ciptakan manusia dan jin itu adalah untuk kita beribadat kepadanya.
Bukan untuk berjalan-jalan, bukan untuk berhibur, bukan untuk bersuka ria di atas dunia ini.
Carilah bekalan selagi mana kita hidup diatas dunia ini... kelak mati nanti terputuslah sudah peluang untuk mendapatkan bekalan mati.
Kita hanya hidup sekali sahaja di atas dunia ini... jangan mudah tertipu dengan kemanisannya yang tidak kekal.
Hadirilah majlis-majlis ilmu, belajarlah fardhu ain sebelum kita mati.
Setidaknya, untuk selesa di alam kubur..
Amalkan 4 perkara ni:
1. Baca Alquran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
4. Amalkan membaca Sayyidul istighfar
Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik.
Hanya mereka yang berlandaskan Aqidah yang benar akan terselamat...
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment