Kadang suatu amalan nampak baik oleh mata dan akal tetapi kalau dicermati dengan hati yang tajam ternyata suatu kejahatan. Contohnya mengerjakan solat. Mata lahir mengatakan baik, akal-pun berkata demikian juga. Tapi kalau kita tanya hati, susah untuk memberi jawapan baik atau tidak baik. Kalau lepas mengerjakan solat, hati kita rasa senang, rasa selamat dengan solat itu, maka rosaklah ibadah kita itu. Selepas solat dipuji orang, hati rasa bangga dan berbunga, habislah semua.
Itulah yang dimaksudkan ibadah itu menjadi hijab dan dosa. Mana boleh selepas solat kita rasa senang dan tenang. Patutnya kita rasa takut dan cemas sebab solat kita tidak sempurna, ada lalai dan cacat di sepanjang solat.
Hati sepatutnya bertanya-tanya, solat aku ini Tuhan terima atau tidak? Tuhan redha atau tidak? Tuhan tidak pandang mata dan akal, tetapi Tuhan pandang hati manusia walau ibadah lahir mesti dibuat.
Ampun ya Allah...π’
No comments:
Post a Comment