Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhammad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, kerana di jalanan, Baginda di pukul orang, di sepak terajang, di simbah sampah dan di baling batu serta najis.
Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mengintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beliau menyapu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan diri demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu.
Namun hati anak mana yang tahan melihat ayahnya terus menerus di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu!
Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud, dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya.
Hati mana yang boleh bertahan, lantas di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya : Kenapa menangis?
Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata :
“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”
Nabi menjawab...
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, agama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”
Oh Nabiku!
No comments:
Post a Comment