Marilah Bersama-sama Mencari Tuhan


Marilah kita bersama-sama mencari Tuhan
Carilah Tuhan hingga dapat
Kita jadikan Tuhan kawan setia
Bersama-sama mencari Tuhan
tidak akan timbul pergaduhan
Bahkan akan terjadi satu haluan sesama insan
Akhirnya setelah bersama mendapat Tuhan
Akan terjadi berkasih sayang sesama manusia
Bersama mencari Tuhan tidak ada pertarungan
Tidak seperti manusia memburu dunia dan nikmatnya


Sentiasa sahaja bertarung, bersaing dan bermusuhan
Hasad dengki, tekan-menekan, jatuh-menjatuhkan
Ia tidak akan terjadi pada manusia
yang bersama-sama memburu Tuhan
Memburu dunia tidak semua dapat
Ada yang dapat ada yang tidak
Memburu Tuhan sama-sama dapat,
tidak ada yang kecewa
Memburu dunia banyak yang kecewa
Hatta yang dapat dunia
dan nikmatnya juga kecewa
Mendapat dunia menjemukan
Mendapat Tuhan tidak menjemukan
Dapat dunia tidak membahagiakan
Dapat Tuhan dapat segala-galanya
Dapat dunia hanya sebahagian
Mendapat Tuhan mendapat Zat yang kekal abadi
Mendapat dunia mendapat sesuatu yang binasa
Sama ada kita meninggalkan dia
Atau dia meninggalkan kita
Mendapat dunia ia sentiasa menipu kita
Mendapat Tuhan ertinya kita mendapat kawan setia

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah