Manalah Hati Tidak Gelisah



Manalah hati tidak gelisah
Risau, resah, gundah, sedih dan kecewa
Kerana ke mana sahaja pergi,
di mana sahaja berada,
ingin orang ambil hati
Inginkan dipuja dan dipuji, dihormati,
disanjung dan diambil perhati
Lebih-lebih lagi kalau kaya,
ingin disebut-sebut kekayaannya
Kalau pandai ingin dipuji dan dihormati
Kalau berpakaian ingin sangat
orang mengambil perhatian
Paling tidak, kalaupun orang tak puji dan hormati,
jangan ada orang yang mencaci
Kehendak-kehendak ini tidak mungkin didapati
setiap hari
Kemahuan itu tidak semua diperolehi
Kerana manusia lain juga kebanyakan
perasaannya macam itu juga
Semua orang merasa lebih patut dia dihormati
daripada menghormati
Setiap orang berkehendak dipuji
lebih daripada memuji
Paling tidak dia tidak dibenci dan dicaci,
kalaupun tidak dihormati
Kehendak-kehendak macam inilah
yang bila tidak tertunai
Manusia gelisah
Mana pergi hati susah, sedih, resah
Keinginannya itulah apabila tidak diperolehi,
aduh sakit hati
Jiwa tercabar, hati tercalar
Tapi kalau manusia itu sedar dirinya hamba yang hina
Segala puja dan puji tidak layak dia terima
Dia rasa tidak perlu itu semua
Bahkan terseksa kalau dia mendengarnya
Ke mana dia pergi, dia tidak perlu
meminta manusia menghormatinya
Orang yang jiwanya begini,
dia tidak akan susah hati dan gelisah
Yang dia rasa susah hanya dengan Allah


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah