Orang Yang Baik Tidak Ramai


Sudah menjadi sunnatullah
Orang yang baik itu tidak ramai
Lebih-lebih lagi pemimpin dan orang kaya yang baik, itu bilangan jari sahaja
Beratus atau berpuluh-puluh tahun sekali baru berjumpa
Orang yang baik itu selalunya tersisih
Orang ramai memandang serong kepadanya
Mereka dianggap orang yang tidak mengikut arus perdana
Selalunya mereka hidup menderita atau dihina
Begitulah orang yang baik, Tuhan tidak istimewakan di dunia
Keistimewaan mereka adalah di Akhirat sana
Tapi mereka rasa cukup dengan Tuhannya
Tuhan adalah cinta Agungnya dan kebahagiaannya
Kalau seluruh dunia orang menghinanya,
Namun tidak akan mengubah jiwa dan sikapnya
Orang yang baik itu tidak memandang kebaikannnya adalah kepunyaannya
Bahkan dia belum merasa membuat baik
Kerana seluruh kebaikannya dipulangkan seluruhnya kepada Tuhannya
Dia merasa orang yang hina, tidak ada nilai dan tidak ada harga dirinya
Tidak mempunyai kebaikan apa-apa
Cuma orang yang baik memandang baik kepadanya
Orang yang baik memandang dia adalah orang baik
Tapi yang punya diri tidak merasa yang dia baik
Sentiasa sahaja rasa bersalah dan berdosa
Kerana itulah dia bertaubat setiap masa
Agar Tuhan mengampunkan segala dosa-dosanya
Agar Tuhan redha kepadanya

Fikiran Sekular


Apabila pelajaran dan pendidikan tidak bertunjangkan tauhid atau ketuhanan
Maka penjajahan akal fikiran pun berlaku di kalangan insan
Itulah yang dinamakan fikiran sekular
Fikiran sekular itulah yang akan berlaku penjajahan ke atas penjajahan oleh hawa nafsu pula
Apabila fikiran dijajah oleh faham sekular dan nafsu,
Sungguh dahsyat dan bahaya kepada manusia
Kerana penjajahan terhadap akal fikiran orang tidak sedar dan payah disedarkan
Biasanya itu lebih lama daripada penjajahan fizikal
Penjajahan fizikal semua orang sedar,
Bahkan marah dan sentiasa hendak cari jalan keluar untuk bebas
Lahirlah perjuangan berabagai-bagai cara sama ada secara evolusi,
mahupun secara revolusi untuk kebebasan
Tapi berlainan sekali penjajahan fikiran,
Ia merasa menjajah bukan dijajah
Orang tidak ada cita-cita hendak membebaskan fikirannya yang telah dijajah
Bahkan dia pula memikirkan bagaimana hendak menjajah fikiran orang lain untuk dijajah
Membebaskan penjajahan fizikal memerlukan pemimpin yang ditunjuk oleh rakyat untuk kebebasan
Penjajahan fikiran memerlukan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan
Bahayanya penjajahan fikiran ini dia membunuh fitrah manusia
Kemahuan fitrah manusia itu kemahuan semua dan bersama
Ia puas dan memuaskan, indah-mengindahkan, harmoni-mengharmonikan
Ia boleh hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama
Pendidikan sekularlah yang menjadi orang tidak hormat ibu bapa, guru-guru, ulamak-ulamak dan pemimpin
Fikiran sekular itulah menjadikan ibu bapa, guru-guru, para ulamak, pemimpin hilang kasih sayang
Fikiran sekularlah menjadikan orang hidup nafsi-nafsi
Kemanusiaan musnah sama sekali, tidak peduli-mempeduli
Isteri tidak hormat suami, suami kurang simpati dengan isteri
Fikiran yang kena jajah inilah yang menjadikan orang tidak takut dan cinta kepada Tuhan
Akibat darinya ramailah orang berani melakukan jenayah yang berbagai-bagai bentuknya
Akhirnya fikiran sekular itulah yang memerangkap dan menyusahkan diri manusia sendiri
Setelah fikiran memakan diri, setelah senjata makan tuan,
Barulah sibuk hendak membuat jalan penyelesaiannya
Tapi fikiran sekular itulah yang masih berperanan untuk menyelesainya
Masalah tidak selesai, datang pula penyakit masyarakat yang baru yang menakutkan
Masyarakat duniatelah buntu
Hukuman dari Tuhan kepada manusia yang sudah derhaka, ingkar dan mungkar
Hanya sesungguhnya, orang Tuhan sahaja yang dapat menyelamat dunia yang sudah jadi neraka ini

MAKAN BUAH KETIKA PERUT KOSONG


Doktor STEPHEN MAK merawat pesakit barah stadium akhir dengan cara unik. Ramai pesakitnya sembuh. "Ini merupakan strategi saya untuk menyembuhkan barah. Tingkat kejayaannya 80 %," tegas Mak.

Pesakit barah seharusnya tidak mati. Terapi anti barah sudah ditemukan yakni makanlah buah-buahan saat perut kosong atau sangat lapar. "Saya mohon maaf kepada ratusan pesakit barah yang telah meninggal akibat pengobatan konvensional," pungkasnya.

*TIPS MAKAN BUAH yang TEPAT*

*Hindarilah* makan buah setelah makan nasi dan lauk. Cara ini sangat dilarang atau 'haram,' jikalau Anda ingin bebas dari serangan barah dan penyakit mematikan lainnya.

Jika Anda makan buah ketika perut kosong, maka detoksifikasi sistem tubuh Anda meningkat berkali-kali ganda. Problem kelebihan berat badan dan penyakit mematikan lainnya teratasi.

*DAHSYATNYA BUAH-BUAHAN*

Jika Anda makan nasi, lalu menyusul buah, maka buah ditahan oleh nasi sebelum menuju usus. Nasi dan buah membusuk, berfermentasi, dan berubah menjadi asam. Tubuh yang sangat asam penyebab barah dan penyakit mematikan lainnya.

Saat buah bersentuhan dengan nasi di usus, maka seluruh massa nasi perlahan rusak. Jadi, silakan makan buah saat perut kosong atau sebelum makan nasi dan lauk.

*EFEK SALAH MAKAN BUAH*

Mungkin Anda pernah mendengar keluhan yakni setiap kali makan semangka, ada orang menderita sendawa, ketika makan durian perutnya kembung, ketika makan pisang rasanya segera ke toilet, dan lainnya. Perkara ini tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah apa saja saat perut kosong. Karena buah-buahnya bercampur dengan pembusukan makanan lain, sehingga menghasilkan gas dalam usus.

Rambut uban, rambut gugur, botak, gugup, dan lingkaran hitam di bawah mata tidak akan terjadi, jikalau Anda makan buah saat perut kosong.

"Jeruk dan lemon bersifat asam, tetapi menjadi alkalin (basa) di dalam tubuh, jikalau dimakan saat perut kosong," ulasan dokor HERBERT SHELTON yang melakukan riset khusus tentang asam basa tubuh.

*BUAH UMUR PANJANG dan SIHAT*

Jika Anda menguasai cara makan buah yang benar, maka Anda memiliki rahasia keindahan tubuh, umur panjang, kesehatan, vitalitas, kebahagiaan, dan berat badan ideal.

*BAHAYA BUAH yang DIPANASKAN atau DIMASAK*

Saat Anda minum jus buah, minumlah jus buah segar, bukan dari dalam tin, bungkusan, atau botol.

Jangan minum jus yang dipanaskan. Jangan makan buah yang dimasak, kerana semua nutrisi sudah hilang. Anda hanya mendapatkan rasanya saja. Memasak buah-buahan akan menghancurkan semua vitamin yang ada dalam buah. Makan buah utuh lebih baik dari pada minum jus.

Jika Anda minum jus buah segar, minumlah dengan perlahan, karena Anda harus membiarkannya bercampur dengan air liur (ensim di mulut) sebelum menelannya.

*TERAPI BUAH TIGA HARI BERTURUT-TURUT tanpa NASI dan LAUK*

*Silakan* Anda coba mengkonsumsi buah selama 3 hari berturut-turut untuk membersihkan semua racun (detoksifikasi) di tubuhnya---hanya makan buah dan minum jus buah segar selama 3 hari berturut-turut tanpa makan nasi dan lauk. Teman-teman Anda akan melihat Anda lebih segar, cantik, dan enerjik.

*BAHAYA MINUM AIR SEJUK setelah MAKAN: PEMICU BARAH*

Jika Anda *selalu* minum *air sejuk* (air batu) setelah makan, maka tamatlah hidup Anda. Kerana semua jenis barah sedia menghancurkan tubuh Anda.

Minum air batu setelah makan sangatlah nikmat, tetapi sangatlah membawa sengsara. Air batu mengentalkan semua makanan berminyak yang baru saja Anda makan. Akibatnya proses pencernaan menjadi sangat lambat. Usus akan sangat cepat rusak, kerana memaksa kerjanya.

Lebih dari itu, makanan berlemak dan telah membeku akan melapisi dinding usus Anda, sehingga perlahan memicu barah usus.

Tentu saja Anda akan semakin gemuk dan sekaligus perlahan menginap barah ganas. Kerana itu, minumlah sup hangat atau air hangat setelah makan.

Semakin Anda tahu, semakin besar peluang Anda untuk bertahan hidup, sehat, dan umur panjang tanpa biaya mahal.

*VIRALKAN* informasi di atas terutama kepada KELUARGA dan rakan-rakan Anda.

*BAHAGIA_SUKSES*
*"SAVE Health, SAVE Future."*

اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

Berbagai Keadaan Orang Beragama Islam


Ada orang beragama Islam berbagai-bagai keadaan
Ada orang beragama kerana ikut masyarakat umum,
Beragama secara lahirnya, maka dia pun beragama secara ikut-ikutan sahaja
Dia melaksanakan secara dengar-dengaran dan melihat-lihat orang melaksanakan, kemudian sedikit-sedikit dari bacaan-bacaan
Orang beragama secara ini dibentuk oleh environment tempatan atau tradisi tempatnya
Sah batal,  syarat, rukun tidak jelas, kerana meniru-niru orang ramai di dalam kehidupan
Jauh sekalilah penghayatan
Orang beragama semacam ini tidak ada kesan di dalam kehidupan insan
Ada orang beragama kerana keluarganya mengamalkan Islam secara lahir-lahirnya sahaja
Maka dia pun dipaksa dan digesa-gesa mengamalkan Islam bersama keluarga
Sedangkan dia mengamalkan bukan hasil didikan
Dia amalkan secara ikutan secara kasar-kasar sahaja
Dia beragama hanya dari warisan keluarga
Mengamalkan Islam secara ini mungkin lebih baik sedikit daripada apa yang telah dijelaskan
Tidak kurang juga ada orang mengamalkan Islam dia dapat daripada sekolah tempat pengajian
Biasanya di sekolah lebih mementingkan ilmu dan hafalan-hafalan
Berlumba-lumba hendak menjadi ulama dan ilmuan
Didikannya dan disiplinnya kurang diberatkan
Mengamalkan Islam dari pengajian seperti ini syariat lahirnya agak kemas,
Ilmunya agak tepat di dalam pengamalan
Tapi oleh kerana penghayatan bersifat rohaniah kurang ditekankan, payah juga jati diri hendak dibangunkan
Lahirnya agak kemas tapi banyak menjadi orang yang suka bermujadalah dengan ilmu pengetahuan
Suka sangat berhujah dan berbalah hingga pecah ukhwah
Golongan ini tidak menitikberatkan akhlak, hanya jaga syariat luarnya sahaja
Roh syariat kurang diambil berat dan dihayatkan
Golongan ini nampaknya sepintas lalu lahirnya bersyariat
Tapi merendah diri, kasih sayang, rasa bersama, bekerjasama tidak lahir dari syariat yang diamalkan
Golongan ini biasanya kalau berjuang melahirkan puak militan
Kasar dan tegang, keras dan menyerang
Akibatnya mereka menakutkan orang yang bukan Islam
Golongan yang akhir ini adalah puak yang memahami Islam secara global
Mereka adalah hasil dipimpin oleh pemimpin yang memberi ilmu secara syumul
Pemimpin sebagai guru, ayah, ibu, kawan setia, sentiasa memberi ilmu, mendidik dan memimpin ke satu arah perjuangan
Lahirnya jemaah, murid jadi pengikut, guru jadi pemimpin,
Hubungan murid dengan pemimpin sebagai ayah dan ibu
Mereka syariatnya sangat mengikut As Sunnah, mencintai dan takut kepada Tuhannya
Mereka hayati syariat hingga menjadi jiwa dan darah daging mereka
Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama sesama mereka macam satu keluarga
Mereka malam menjadi abid-abid menyembah Allah, siang sibuk berjuang membangunkan jemaah dan kehidupan secara Islam dalam dan luar jemaah
Kelompok ini walaupun tidak ramai, lahir pembangunan insaniah dan material
Akhirat mereka utamakan dunia tidak diabaikan
Puak ini berlaku di setiap zaman tapi tidak begitu dikenal orang,
Mereka dianggap orang dagang di zamannya

ADAB KETIKA BERCAKAP


ʾImām al-Haddād telah menceritakan kepada kita beberapa etika dan sunnah ketika bercakap:

1. Anda tidak boleh mengganggu orang lain, tetapi belajar lah mendengar.
2. Anda hanya boleh bercakap perkataan yang baik-baik. Cara anda bercakap dan kata-kata yang anda ucapkan mestilah dengan penuh rahmat, supaya orang yang mendengar akan sentiasa mengingati akan rahmat Allāh.
3. Berfikir sebelum anda bercakap, jadi anda hanya bercakap apa yang perlu sahaja dan perkara yang baik sahaja.
4. Jika ada sesuatu yang dilarang untuk bercakap, ia juga dilarang untuk didengar.
5. Walaupun anda tahu apa yang akan orang itu katakan kepada anda, cukup hanya berdiam diri dan mendengar.
6. Hanya dengan hikmah dan hanya jika ia berkaitan dengan agama. Jika tidak, tinggalkan.
7. Jangan buang masa bercakap tentang perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
8. Jangan bersumpah dengan nama Allāh sepanjang masa.

Ketahui lebih lanjut dari buku utama ʾImām al-Haddad: "Kitab Petunjuk Thariqat Ke Jalan Akhirat”

https://www.facebook.com/1783812608534103/posts/2520142608234429/?d=n

Sheikh Junaid dan Si Bahlul

Pada suatu ketika Syeikh Junaid Al-Baghdadi keluar ke Kota Baghdad bersama dengan beberapa muridnya, Lalu Syeikh Junaid bertanya kepada muridnya apakah mereka kenal si Bahlul.

Muridnya menjawab, 

“Si bahlul tu adalah orang gila."

“Tolong cari dia, aku ada keperluan dengannya.” Kata Syeikh Junaid Al-Baghdadi. 

Murid muridnya lalu mencari si Bahlul dan bertemu dengannya di gurun, Mereka lalu menghantar guru mereka Syeikh Junaid ke tempat si bahlul. 

Ketika Syekh Junaid mendekati si Bahlul, beliau melihat si Bahlul sedang gelisah sambil menyandarkan kepalanya ke tembok. Syeikh Junaid kemudian memberikan salam. Dan si Bahlul menjawab salam dan bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?”

“Aku adalah Junaid Al Baghdadi” kata Syeikh Junaid.

“Apakah engkau si Abul Qasim?” Tanya Bahlul.

“Ya” Jawab Syeikh Junaid.

“Apakah engkau Syeikh Baghdadi yang memberikan petunjuk rohani kepada ramai orang?” Tanya si bahlul. 

“Ya” jawab Syeikh Junaid.

“Apakah engkau tahu bagaimana cara makan?” Tanya Bahlul.

Syeikh Junaid lalu menjawab, 
“Aku mengucapkan Bismillah, aku makan yang ada di hadapanku, aku menggigitnya sedikit, meletakkannya di sisi kanan dalam mulutku dan perlahan mengunyahnya, aku tidak menatap suapan berikutnya, aku mengingat Allah sambil makan, apapun yang aku makan aku ucapkan Alhamdulillah, aku cuci tanganku sebelum dan sesudah makan."

Bahlul berdiri mengibaskan pakaiannya dan berkata, “Kau ingin menjadi Guru Rohani di dunia tapi kau bahkan tidak tahu bagaimana cara makan.” Sambil berkata demikian ia kemudian berjalan pergi.

Para Murid Syeikh Junaid kemudian berkata, “Wahai Syeikh, Demi Allah dia adalah orang gila , Biarkan saja dia pergi."

Syeikh Junaid berkata, “Sesungguhnya dia adalah orang gila yang cerdas dan bijak, bersabarlah dan dengarkan kebenaran darinya."

Si Bahlul berjalan mendekati sebuah bangunan yang telah ditinggalkan lalu kemudiannya ia duduk, Syeikh Junaid pun datang mendekatinya sekali lagi. 

Si Bahlul kemudian bertanya “Siapakah engkau?"

“Saya Syeikh Junaid yang tidak tahu bagaimana cara makan.” jawab Syeikh Junaid.

“Engkau tidak tahu bagaimana cara makan, tapi tahukah engkau bagaimana cara berbicara?” Tanya si Bahlul.

“Ya” jawab Syeikh Junaid.“

Bagaimana cara berbicara?” Tanya si Bahlul.

Syeikh Junaid kemudian menjawab, “Aku berbicara tidak kurang tidak lebih dan apa adanya, aku tidak terlalu banyak bicara, aku berbicara agar pendengar dapat mengerti. Aku mengajak orang orang kepada Allah SWT dan Rasulullah S.A.W , aku tidak berbicara terlalu banyak agar orang tidak menjadi bosan, aku memberikan perhatian atas kedalaman pengetahuan dzahir dan bathin.”

Lalu si Bahlul berkata, “Lupakan tentang makan, kerana kau pun tidak tahu bagaimana cara berbicara.”

Sekali lagi si Bahlul pun berdiri mengibaskan pakaiannya dan berjalan pergi.

Murid murid Syeikh berkata, “Wahai Syeikh, Syeikh lihat dia adalah orang gila, apa yang Syeikh harapkan dari seorang gila?”

Syeikh Junaid menjawab, “Ada sesuatu yang aku perlukan darinya, kalian tidak tahu."

Syeikh Junaid lalu mengejar Bahlul lagi hingga mendekatinya. Bahlul lalu bertanya, “Apa yang engkau inginkan dariku, kau yang tidak tahu cara makan dan berbicara, apakah kau tahu bagaimana cara tidur?”

“Ya aku tahu” jawab Syeikh Junaid.

“Bagaimana caramu tidur?” Tanya Bahlul.

Syeikh Junaid lalu menjawab, “Ketika aku selesai Solat ‘Isyak dan membaca do’a, aku mengenakan pakaian tidurku.” Kemudian Syeikh Junaid menceritakan cara cara tidur sebagaimana yang lazim dikemukakan oleh Para Ahli Agama.

“Ternyata kau juga tidak tahu bagaimana caranya tidur” kata si Bahlul sambil bangkit dari duduknya.

Tapi Syeikh Junaid menahannya dan berkata, “Wahai Bahlul aku tidak tahu. Demi Allah ajarkan padaku"

Bahlul pun berkata, “Sebelumnya engkau mengaku bahawa dirimu berpengetahuan dan berkata bahawa engkau tahu, maka aku menghindarimu. Sekarang setelah engkau mengakui bahawa dirimu kurang berpengetahuan, Maka aku akan mengajarkan padamu. Ketahuilah, apapun yang telah engkau gambarkan itu adalah permasalahan bukan yang utama, kebenaran yang ada di belakang memakan makanan adalah, bahawa kau memakan makanan halal. Jika engkau memakan makanan haram dengan cara seperti yang engkau gambarkan, dengan seratus sikap pun tidak akan bermanafaat bagimu melainkan akan menyebabkan hatimu hitam."

“Semoga Allah memberimu pahala yang besar” kata Syeikh Junaid.

Bahlul lalu melanjutkan, “Hati harus bersih dan mengandungi niat baik sebelum kau mulai berbicara. Percakapanmu haruslah menyenangkan Allah. Jika itu untuk duniawi dan pekerjaan yang sia sia maka apapun yang kau nyatakan akan menjadi malapetaka bagimu. Sebab itulah mengapa diam adalah yang terbaik. Dan apapun yang kau katakan tentang tidur, itu juga bernilai tidak utama. Kebenaran darinya adalah hatimu harus terbebas dari permusuhan, kecemburuan dan kebencian. Hatimu tidak boleh tamak akan dunia atau kekayaan di dalamnya. Dan ingatlah Allah ketika akan tidur."

Syeikh Junaid kemudian mencium tangan Bahlul dan berdo’a untuknya.

 Sesungguhnya Allah Lebih Maha Mengetahui dan Menyembunyikan para WaliNya.

Buat Ummi

Assalam wrt Ummi...
Alang di Dengkil...
Rumah Along Hafiz...
Bermalam di sini...

Terjaga awal pagi ni...
Teringat Ummi, Abah, wan, atok... 
Bersusah payah mmbesarkan alang dgn kasih syg dan doa xputus²...😭

Sampai saat ini... usia Alang dh 33... Dah beristerikan Nurul Zafirah Bt Mohd Hatta ...
dan ada 3 cahaya mata... Nurul Hanifa Hannan..
Nurul Hannan Rumaisa'..
Nurul Hannan Basyirah...
 7 tahun sdh berlalu... pantas sgt.. Arwah Atok pun dh xde... Wan pun dah tinggal sorg tanpa atok... Alang rindu semuanya... 

Halalkan semuanya ya ummi abah... Mohon maaf atas segala kekurangan... sikap² alang dan keluarga alang yg xmenyenangkn ummi abah... Doakan alang...  Redha kan alang...

Terima kasih Allah menghadirkan rasa² ini... 
Allah yg Maha Penyayang.. Sayang Ummi, abah, wan atok..sayang kita sekeluarga...  sygkn umat Muhammad Saw... sayangkn makhluknya yg diberi tugas khalifah utk mntadbir bumi ini sebaiknya...

Moga Allah memelihara Iman keluarga kita... Sehingga saat hujung usia setiap drpd kita.. husnul Khotimah.. Amiiin..

Jazakillah khoir ummi... jazakallah khoir abah.. jzkkumullah wan.. atok.... semua anak² ummi abah..
Along Syahidan...
Angah Zuhailah..
Atih Syahman...
Andak Syafiq...
Acik Hanisah...
Adik Zulhilmi...
Terima kasih kerna pernah hadir dlm perjlnn hidup alang yg bernama Mohd Rauhan bin  Mohd Ruslan... Mohon maag segala salah silap...
 Moga Allah meredhoi dan merahmati semuanya. 

jua ipar duai serta keluarga besar Wan Joyah Arwah Atok Kasim... Keluarga besar Arwah Wancik dan arwah Atok Hadi...
Alang sayang dan rindu semuanya... Moga kasih sayang keluarga besar ini terus terpelihara. Selamat dan menyelamatkan di dunia lbh lebih lagi di Negeri akhirat.. amiiin.

Aamiiiin Ya Rabb

Aku hilang Rasa² itu... Kini kembali muncul.. Allahu

Ya Allah... sekarang jam 2.55 pagi... 5 June 2020... Jumaat pagi..

Saat ini di rumah baru Along Hafiz...

aku terjaga... 

Tiba² rasa sebak... rasa yg telah lama hilang... 

Kerinduan zaman anak²ku masih kecil....

Kaklong Hanifa...
KakNgah Rumaisa...

Basyirah yg baru 7 bulan...

Kerinduan saat masih belum ada anak²...
Nurul Zafirah... 

Kerinduan zaman sebelum semuanya ada.. sebelum semuanya hadir dlm hidupku....

Semua telah berubah...

Berubah atas tgn²ku... 

Aku takut dengan semuanya...

Apa takdir diriku...?

Apa takdir masa depanku ya rabb??

Apa takdir kesayangan²ku yg kusebutkan di atas....?

Kenapa hadir rasa ini... ? yg susah nk diungkap... Hanya kau yg tahu dan memberi rasa ini...

Yg dahulu (saat belum kahwin)... biasanya rasa ini hadir dgn kerinduan zaman aku kecil... satu demi satu rasa kerinduan itu hadir... Hingga mengalir air mata... rindu saat-saat dibesarkan oleh ummi abah... bersama adik beradik yg Allah berkasih sayang.... 

Ya... Aku risaukan hilang rasa kasih syg kerana sikap dan perangaiku... seakan alam turut merespon... 

Selalu dlm keadaan begini, pasti ada respon mana²... 

atas atap berbunyi² saat aku menulis ini...

Hanya Allah yg tahu... Maafkan aku... 

Kau Maha Tahu Ya Allah....

Selamatkan aku... Selamatkan seluruh Umat Muhammad SAW....

Allahummarhamni birah matikaya Arhamarrohimin....

Niat Yang Betul Itulah Roh Amal



Engkau bersembahyang, tidak semestinya engkau sembahyang
Kalau bukan sembahyang, ertinya bukanlah ibadah namanya
Lahir adalah rangka, khusyuk adalah roh atau jiwanya
Tidak khusyuk ibadah, ibadah bangkai namanya
Kalau ibadah bangkai apakah Tuhan terima?
Engkau bekerja apakah hendak menambah taqwa?
Atau engkau bekerja hanya semata-mata menambah gaji
Kalau semata-mata jadi gaji, akhirnya jadi najis atau jadi barang yang buruk sahaja
Sifat taqwa itu adalah di atas kerja dan usaha
Untung dunia ia terjadi dengan sendirinya
Selama mana kita bekerja dan berusaha, memang ada hasilnya
Kalau ia dibagi roh atau jiwa, alangkah baiknya
Ia menghasilkan sifat taqwa
Itulah bekalan ke Akhirat sana
Untung di dunia memang terjadi dengan sendiri di atas kerja dan usaha
Rohnya itu adalah kerana keredhaan Allah
Jiwanya itu adalah kerana niat berkhidmat kepada manusia
Kerana memudahkan manusia, membantu manusia di dalam kehidupannya
Menolong memudahkan kehidupan mereka
Dengan adanya usaha-usaha dan kerja-kerja kita itu, kalau niatnya betul dapat pahala 
Itulah taqwa namanya
Apakah kita berusaha dan bekerja ada niat kerana Allah, dan utk berkhidmat kepada hamba-hamba-Nya?
Apakah kita berusaha dan bekerja semata-mata kerana hendak hidup semata-mata?
Di sana ada gaji atau upah, atau ada hasil yang kita perolehi?
Hasil dari usaha tidak payah diniatkan
Ia biasanya terjadi dengan sendiri
Tapi apakah di dalam usaha itu ada niat yang murni seperti yang diceritakan tadi?
Niat yang murni itulah yang dikatakan di antara sifat taqwa
Alangkah untungnya kalau kita bekerja dan berusaha mendapat dua pahala
Pahala dunia itulah hasil usaha yang kita rasa di dunia lagi
Pahala Akhirat kerana pada usaha dan kerja itu kita ada niat kerana Allah dan berkhidmat kepada manusia
Niat yang betul itulah roh amal, roh usaha, roh kerja, roh ibadah
Itulah dia sifat taqwa untuk bekalan ke Akhirat sana
 

Kahfi

_Bismillah assalamu'alaikum warahmatullah_

_“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi)_ 

_“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi)_

_“Barang Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya dari kepala hingga kakinya, dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)_

MEMBACA QUR'AN

*❥●•••❀°•°•┈❀🌹🌹❀┈• •°•°❀•••●❥*
      *🕊️Majelis Pecinta Rasul*🇮🇩
*❥●•••❀°•°•┈❀🌹🌹❀┈• •°•°❀•••●❥*
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Reminder buat kita semua 

*🌹MEMBACA QUR'AN 🌹*

_*Membaca Al-Qur`an tidak akan mengurangi waktumu. Justru sebaliknya, ia akan menambah waktumu Silahkan Disimak :*_

*Secara hitungan matematika dunia, membaca Al-Qur`an tampak seakan-akan mengurangi waktu. Dari total 24 jam dalam sehari, seolah-olah berkurang sekian detik, sekian menit atau sekian jam jika digunakan untuk membaca Al-Qur'an*

*Tapi, tahukah kamu bahwa waktu yang kamu gunakan untuk membaca Al-Qur'an itu sebenarnya tidak hilang begitu saja. Ia akan diganti oleh Allah dengan Keberkahan yang Berlipat Ganda.*

*Apa itu Keberkahan?*

*Keberkahan artinya pertambahan dan pertumbuhan. Wujudnya bisa bermacam-macam. Misalnya, pekerjaanmu beres, produktivitasmu meningkat, keuntunganmu bertambah, kesehatanmu terjaga dan seterusnya*.

*Itu adalah wujud keberkahan yang akan diperoleh oleh orang yang membaca Al-Qur'an.*

Pernahkah anda mendengar tentang orang yang stress? Atau orang yang sedang kebingungan mencari inspirasi? Atau orang yang kesulitan menyelesaikan pekerjaannya? Atau orang yang waktunya habis sia-sia tanpa produktivitas?

itu adalah bentuk-bentuk kehilangan umur yang disebabkan Tidak berkahnya waktu.

Tahukah,  bahwa dahulu para ulama bisa menulis karya-karya agung yang jumlahnya melebihi bilangan umur mereka? Padahal saat itu belum ada mesin ketik, apalagi komputer. Semuanya ditulis manual dengan tangan dan peralatan yang sangat sederhana, ditambah kondisi yang lebih sulit daripada kondisi sekarang.

*Mengapa mereka bisa? Jawabnya Karena Waktu mereka Penuh Berkah.*

*Dari mana keberkahan itu? Jawabnya dari membaca Al-Qur'an.*

*Perhatikan kisah berikut:*

Ibrahim bin Abdul Wahid Al Maqdisi berwasiat kepada Al Dhiya Al Maqdisi sebelum yang terakhir pergi menuntut ilmu:

"Perbanyaklah membaca Al-Qur'an. Jangan di tinggalkan. Karena kemudahan yang akan di peroleh dalam pencarian akan berbanding lurus dengan kadar yang dibaca."

Al Dhiya mengatakan, "Lalu aku renungi hal itu dan aku praktekkan berkali-kali. Setiap kali aku membaca banyak, semakin mudah aku menghafal hadits dan menulisnya. Jika aku tidak membaca, tidak mudah aku melakukannya."

Jadi, jelaslah bahwa membaca Al-Qur'an Membawa Keberkahan sehingga waktu yang kita miliki bisa lebih bermakna dengannya.

*jangan membaca Al-Qur'an di waktu luangmu, Tapi Luangkanlah Waktumu Untuk Membaca Al- Qur'an*.


_*📝{Qs.51 : 55}*

*آللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّد*
*❥"Ya اَللّهُ, jadikanlah jiwaku tenang, mengimani perjumpaan dengan-Mu, merasa cukup dengan pemberian-Mu, dan ridha dengan ketentuan-Mu."*❥
*▩━━━━━━━◽RM◽━━━━━━━▩*
            *📿Bertasbih Indah*📿
*▩━━━━━━◽🌸🌸◽━━━━━━▩*

Kaya kerana bersikap Pemaaf



Kisah Abu Dom Dom yang miskin tapi sedekahnya diterima.

Abu Dom Dom tak punya walaupun segenggam kurma, tak punya walau pun sedikit harta, tak punya walau pun sekeping dinar atau dirham, bagaimana Abu Dom Dom bersedekah? 

Abu Daud meriwayatkan dengan sanad mursal bahawa Rasulullah S.A.W. Bersabda kepada para sahabat, “ Adakah ada di antara kamu berasa keberatan untuk menjadi seperti Abu Domdom?”

Abu Dom Dom miskin, tak punya apa, maka, dalam kegelapan malam, dia pun bangun dan mengerjakan solat dua rakaat seraya berdoa, “Ya Allah, ya Tuhanku! Orang-orang yang berharta boleh bersedekah dengan harta mereka, mereka yang memiliki kuda boleh mengerahkan kuda mereka (untuk kepentingan jihad) dan orang yang memiliki unta juga boleh menyiapkan unta mereka. Sedangkan aku ini, ya Allah, tidak punya harta benda. Tidak punya kuda dan tidak punya unta. 

Ya Allah, kerana itu aku sedekahkan kepada-Mu dengan doaku ini dan terimalah sedekahku ini.

Ya Allah, sesiapa  yang berbuat zalim kepadaku atau mencelaku atau mencaciku atau mengumpat aku daripada kalangan kaum muslimin, maka jadikanlah mereka selalu sihat, selalu mendapat kemudahan dan selalu mendapat maaf dari-Mu.”

Akhirnya, Allah pun menerima sedekahnya. “ Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) daripada orang-orang yang bertakwa.” ( Al-Maidah: 27 )

Memang amat sukar untuk kita memaafkan orang yang pernah menyakiti kita dan kemudian mendoakan pula kebaikan untuk mereka. Namun itulah antara sedekah yang paling berharga yang tidak ternilai. 

Jadilah seperti Abu Dom Dom.

Kita Adalah Hamba-Nya


Kalau engkau kaya pun engkau tetap hamba
Jika engkau berkuasa pun tetap engkau hamba Tuhan
Engkau perlu makan, minum, rehat, itu kan sifat hamba
Lepas makan, minum engkau pergi ke jamban, hina bukan?!
Engkau suka berhibur, lepas berhibur kan meletihkan
Berubah cuaca, salah makan, engkau ditimpa sakit bukan?!
Adakalanya ada hal yang mencabar, merisaukan,
Betapalah jika ada ujian yang berat tidak tahan
Jadi mana kekayaan dan kekuasaan engkau?
Mengapa kekayaan dan kekuasaan engkau tidak menyelamatkan
Apakah kesombongan engkau dapat menahannya?
Apakah selepas itu engkau mahu sombong sepanjang zaman
Engkau kaya, engkau berkuasa, engkau tetap hamba
Buktinya berbagai-bagai perkara yang engkau tidak suka menimpa
Kekayaan dan kuasa engkau tidak dapat menolongnya
Tidak nampak lagikah engkau hamba yang lemah lagi hina
Kalau kita lemah, hina, mengaku sahajalah, lebih baik
Daripada mengaku kuat, hebat, yang tidak sebenarnya
Surrenderlah dengan Tuhan, rujuk kepada-Nya
Itu lebih menyelamatkan kita daripada sombong yang tidak berguna

Jabat tangan dan menutup aurat

👤Lelaki inggris bertanya : "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan pria?" 

Syaikh menjawab : "Bisakah kamu berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?" 

Lelaki inggris menjawab : "Oh tentu tidak bisa! cuma orang-orang tertentu saja yang bisa berjabat tangan dengan ratu." 

Syaikh tersenyum dan berkata : "Wanita-wanita Muslimah kami adalah para ratu, dan ratu tidak boleh berjabat tangan dengan pria sembarangan (yg bukan mahramnya)." 

Dalam hadits shahih dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Sesungguhnya saya tidak menjabat tangan wanita”

Aisyah berkata : “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah memegang tangan perempuan (bukan mahramnya) sama sekali, karena hanya membai’atnya dengan perkataan”. Sehingga tidak membuat perbedaan antara berjabat tangan dengan penghalang atau tanpa penghalang berdasarkan dari keumuman dalil dan juga menutup jalan yang mendatangkan sebuah fitnah.

Lalu si inggris bertanya lagi, "Lalu, kenapa perempuan Islam menutupi rambut dan tubuh mereka?" 

Syekh itu tersenyum lalu menunjukkan 2 permen di tangannya, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi masih terbungkus, lalu ia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor. 

Syaikh bertanya : "Jika saya meminta anda untuk mengambil satu permen, mana yang akan anda pilih ?" 

Si inggris menjawab : "Tentu saja yang saya memilih yang terbungkus dan masih tertutup."

Syeikh itu berkata : "Seperti itulah cara kami melihat dan memperlakukan perempuan dari golongan kami."

Alloh Azza wa Jalla memerintahkan kepada istri-istri nabi dan wanita beriman untuk menutup aurat mereka sebagaimana firman-Nya :
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka !” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Alloh adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
[al-Ahzâb/33:59]

Buat Perubahan Diri Terlebih Dahulu

Kalau kita bersyarah di hadapan orang
Anggaplah kita bersyarah kepada diri kita
Orang ramai hanya menumpang mendengar sahaja
Yang patut lebih dahulu mengamalkannya adalah kita
Jika sering kita bersyarah orang tidak berubah,
Apakan daya, hidayah bukan di tangan kita
Yang penting diri kita semakin berubah
Kita yang bersyarahlah role modelnya
Kalau setiap kali kita bersyarah orang tidak berubah,
Janganlah marah-marah kepada mereka
Lebih-lebih lagi jangan maki hamun terhadap mereka
Yang eloknya marah-marahlah kepada diri kita
Kerana kita menyuruh orang, kita lupa diri kita
Orang tidak berubah, doakan mereka
Kita tidak berubah, celalah diri kita
Jangan pula mencela mereka

TUKAR CARA BERDOA

 

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.

🍀FORMULA 1

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

🍀FORMULA KE 2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

🍀FORMULA KE 3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

🍀FORMULA KE 4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

🍀FORMULA KE 5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

🍀FORMULA KE 6

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'

Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Kredit : Tanyalah ustaz

Dosa gugur?

Seorang Jurutera yg telah berkhidmat lebih 30 tahun di dlm sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonan kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju tetapi dgn syarat Jurutera tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek sebuah rumah. Jurutera dgn berat hati bersetuju. Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut si Jurutera apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati Jurutera tersebut kerana tidak di 'Design' rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.

Sebenarnya, ini lah yg terjadi pada setiap dari kita. Kita sekarang sedang 'Design' & membangun di TEMPAT TINGGAL kita di akhirat kelak... Kita beribadah untuk Allah tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah. Sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang 'Design' & membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita Design kan nya dengan sambil lewa, maka tak sempurna kejadiannya. Jika kita membangunnya dgn baik akan berbaloi lah hasilnya.
Renungan Bersama...
TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG?.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahannya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.( Riwayat AtTabarani dengan sanad yang sohih. Dikategorikan oleh Al-Albani sebagai sohih dalam kitabnya سلسلة الأحاديث الصحيحة.
Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda. Jangan terlepas ganjaran ini.

Peringatan : Sila sebarkan mesej ini; jangan sembunyikan ilmu yang baik , anda akan beroleh ganjaran pahala..

Pesan ustaz


Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara..

1) Lengan adalah aurat.
2) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka menutup dada.

Perempuan selalu alpa dua perkara..

1) pandang remeh dgn aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.

Dan perempuan leka tentang dua perkara..

1) aurat mereka adalah maruah mereka.
2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati.

*Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.*

"Perempuan"

*Dia tengah tidur, tapi malaikat tulis dosa dia.*
*Dia tengah solat, tapi malaikat tulis juga dosa dia.*
*Dia makan, belajar, mandi, tapi malaikat tetap juga catit dosa dia.*

Dia tak buat apa2 pun malaikat tetap catit dosa dia.
Ehh.... apa salah dia?

*Ohh, rupanya banyak mata sedang melihat gambarnya yg tidak menutup aurat di media sosial.*

Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah. Semoga bermanfaat.

Lelaki yg bergelar suami dan ayah juga akan tanggung dosa yang sama jika tidak mendidik,menegur dan melarang anak dan isteri mereka daripada membuka aurat

Susahnya mengubah perangai manusia


Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia
Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang
Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik
Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana
Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma
Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik, suasana lama sudah tidak ada
Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru
Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia
Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun,
Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama
Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud
Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah
Dunia sudah menjadi cantik dan indah
Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik
Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia, Tuhan datangkan rasul
Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul
Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan
Tapi untuk membangunkan insan, bukan calang-calang orang untuk memimpin
Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak
Manusia pun bertambah rosak dan jahat
Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat
Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya
Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah
Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia
Tidak seperti alam semulajadi mudah sahaja berubah

Pagi Petang Siang Malam...

Mengenang ayat ini...
Trauma itu tak tahu sampai ke bila...
Tidak berani untuk bersuara...
Takut disalah erti dengan macam-macam perkara...
Emosi mengeluarkan kata-kata...
Sudah bertahun masih tidak mengenal diri sesama...
sudah kiamatkah semuanya?
Sudah tidak berhargakah?
sudah tiada makna?
sudah muak? 
Kini terus bersuara?

Ya Allah... bawalah hatiku kepadaMu.. dan jalan²Mu... agar aku dapat menguasai diriku kembali.. Sebelum hatiku dimilikinya lagi.. dan suara itu berulang kembali...

Kurniakan segala yg terbaik buatku... aamiiin

Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri


Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..

… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.

Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:

  1. Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
  2. Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
  3. Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
  4. Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
  5. Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
  6. Tidak melukakan atau mematahkan tulang
  7. Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri

Allah berfirman:

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

— Surah an-Nisaa ayat 34

Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.

Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.

Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.

Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.

 

Kesimpulan

Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.

Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.

Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.

Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.

Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Hak Penjagaan Anak


Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.

Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.


Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.

Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.

Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.

Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.

Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.

 

Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri

Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.

Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.


Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.

Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.

Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.

Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.


Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.

Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.


Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri

Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.

Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.


Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.

Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya  tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.

SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.


Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.

Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.

Apakah Hukum Nusyuz?


Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.

Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.


Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.

Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.

Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).

Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.

Apakah Pengertian Nusyuz?


Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?

— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.

Contohnya:

  • Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
  • Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
  • Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
  • Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
  • Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah

Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:

  1. Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
  2. Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
  3. Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

Nusyuz seorang suami

Apakah hukumnya isteri ingkar suruhan seorang suami yang zalim dan tidak menunaikan tanggungjawab? Sebagai contoh jika suami tidak mengizinkannya keluar rumah untuk membeli barang keperluan sedangkan si suami tidak pernah membeli barang keperluan yang mencukupi. Suami juga sentiasa menengking isteri hanya disebabkan kesalahan kecil seperti marah kerana masakan isteri kurang sedap. Selain itu suami juga tidak memberi duit belanja walaupun dia mempunyai gaji dan kerja baik. Bolehkah isteri keluar pindah ke rumah yang lain disebabkan tidak tahan dengan perangai suami.

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Aktikel pada kali ini, kami lebih memberi penekanan terhadap tanggungjawab dan nusyuz seorang suami. Justeru, tugas seorang suami adalah memimpin rumah tangga serta membimbing ahli keluarganya mengikut panduan yang ditetapkan syara’.

Firman Allah SWT:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah Toha, 132)

Perkahwinan merupakan satu institusi yang memerlukan perlaksaan tanggungjawab dan kewajipan di atas hak sebagai suami dan isteri. Selain itu, panduan yang diajar oleh agama Islam supaya sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya bagi melahirkan hubungan yang mahabbah. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah SWT:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka

(Surah al-Baqarah, 187)

Begitu juga kewajipan seorang suami adalah menunaikan nafkah dari segi zahir atau batin kepada isteri dan anak-anaknya. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya bahawa para fuqaha bersepakat kewajipan suami memberi nafkah terhadap isterinya, tanpa ada perselisihan pandangan terhadapnya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/277)

Firman Allah SWT

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

(Surah al-Nisa’, 34)

Dr. Wahbah Zuhaili menafsirkan ayat ini dengan menyatakan, seseorang lelaki itu dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah serta tempat tinggal kepada Isterinya... dan bagi lelaki ia merupakan ketua bagi memudahkan urusan kekeluargaan. (Lihat al-Tafsir al-Wasit li Zuhaili, 1/316-317)

Selain itu, Firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

(Surah al-Baqarah 233)

Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan, tanggungjawab isteri adalah mengandung dan melahirkan serta menyusukan anak. Manakala tanggungjawab suami adalah menyediakan kelengkapan dari segi makanan, minuman dan pakaian untuk melaksanakan tugas sebagai isteri. Begitu juga menjaga keselamatan dan segala urusannya. Nafkah yang diberikan berdasarkan kiraan mengikut kebiasaan masyarakat setempat seseorang perempuan itu (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/187)

Suami memberi Nafkah Kepada Isteri

Tanggungjawab seorang suami dalam melayari bahtera rumah tangga adalah dengan menunaikan nafkah dari segi zahir dan batin serta melayani isteri dengan keadaan yang baik.

Oleh itu, kewajipan sorang suami di dalam membayar nafkah adalah selepas berlakunya akad nikah serta isteri menunaikan syaratnya iaitu:

  • Merelakan dirinya untuk bermesra dan bersetubuh dalan keadaan yang diizinkan syara’.
  • Isteri mengikut suaminya tinggal di dalam rumah yang dipilih suaminya dan keadaan rumah itu sesuai didiaminya mengikut syara’

Jika kedua syarat ini dipenuhi isterinya, maka wajib bagi suami untuk menunaikan setiap nafkah yang diperlukan oleh isterinya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/278-280)

Dalam kontek kemampuan suami memberi nafkah kepada isterinya, al-Fiqh al-Manhaji menggariskan bahawa di antara perkara yang waijb diberikan suami kepada isteri adalah:

  • Makanan asasi penduduk tempatan pada setiap hari mengikut keperluan untuk dijadikan makanan. Hal ini berdasarkan kemampuan bagi seorang suami sama ada ia kaya, sederhana dan miskin.
  • Lauk yang menjadi kebiasaan masyarakat umum mengikut kemampuan suami
  • Pakaian yang bersesuaian mengikut syara’ dan menutup aurat serta tempat tinggal dan perkakas dapur mengikut kemampuan suami dan keperluan isteri.

Selain itu, sebagai tambahan kepada nafkah Isteri dan perlu mengambil kira kemampuan suami adalah sepert iberikut:

  • Rumah dan tempat tinggal yang bersesuaian dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.
  • Peralatan bertujuan kebersihan tempat tinggal. Begitu juga alat perhiasan diri sekiranya suami meminta untuk isterinya berhias.
  • Pembantu rumah sekiranya isterinya mempunyai pembantu rumah sebelum ia berkahwin. Oleh itu suami perlu menyediakan khidmat pembantu rumah sekadar mengikut keperluan isterinya.

(Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/281-284 dan al-Fiqh al-Manhaji, 4/182-184)

Pemberian nafkah suami kepada isterinya adalah bergantung kepada kemampuan dan pendapatan seorang suami. Ini seperti mana hadis daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya:

أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ مَا تَقُولُ فِي نِسَائِنَا قَالَ: أَطْعِمُوهُنَّ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُنَّ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَلاَ تَضْرِبُوهُنَّ وَلاَ تُقَبِّحُوهُنَّ

Maksudnya: Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?” Rasulullah SAW menjawab: “Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka

Riwayat Abu Daud (2144)

Nusyuz

Para fuqaha’ berpendapat perbuatan nusyuz seseorang isteri kepada suaminya adalah diharamkan, begitu juga sebaliknya. Ini disebabkan kedua-duanya tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing. Nusyuz seseorang itu memberi kesan selepas selesainya akad nikah. Dan ia juga membabitkan ke atas lelaki dan juga perempuan.

Dr Muhammad Zuhaili memberi takrifan nusyuz di dalam kitabnya: “Nusyuz bermaksud derhaka dan kebiasaannya dilakukan oleh wanita. Seseorang perempuan nusyuz itu ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Selain itu, nusyuz bagi suami ke atas isterinya adalah meninggalkan tanggungjawabnya serta menyakiti pasangannya”.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)

Firman Allah SWT:

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا

Maksudnya: Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya)

(Surah al-Nisa’, 128)

Mengikut keterangan daripada firman Allah SWT, Syeikh Sya’rawi menyatakan bahawa terdapat nusyuz bagi seseorang lelaki terhadap isterinya (Lihat Tafsir al-Sya’rawi, 5/2682)

Syeikah al-Maraghi menerangkan ayat di atas dengan menyatakan, “Yang dimaksudkan ayat di atas kebimbangan seorang isteri akan berlakunya nusyuz suami terhadap dirinya, iaitu suami menghalang kehendak dirinya, nafkahnya dan kasih sayangnya terhadap isterinya atau menzaliminya dengan memukul serta melakukan kekerasan yang lain.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/171)

Nusyuz Seorang Suami

Hukum nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja, malah ia juga berlaku kepada seorang suami. Ini seperti apabila seseorang suami itu tidak memberi hak dan tanggungjawab kepada isterinya dari segi zahir dan batin seperti tidak memberi nafkah serta melakukan kezaliman.

Hal ini dinyatakan di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, “Suami yang menganiaya isteri dan tidak menyukainya, seperti tidak memberikannya giliran bermalam, nafkah atau mengasarinya dengan perkataan atau perbuatan, isteri hendaklah menasihati suami dan mengingatkan tanggungjawab” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109)

Syeikh Ibrahim Baijuri menceritakan tentang nusyuz bagi suami di dalam kitabnya, bahawa nusyuz bagi seorang suami adalah tidak melakukan tanggunjawab yang wajib terhadap isterinya iaitu menggaulinya dengan baik, memberikan giliran bermalam sekiranya beristeri ramai, memberi mahar, memberi nafkah, pakaian dan keperluan hidup yang lain… sekiranya suami itu seorang yang berakhlak buruk dan melakukan kekerasan seperti memukulnya tanpa sebab, dibenarkan untuk mengadu kepada hakim untuk memberikan hukuman ta’zir terhadapnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 2251)

Tindakan Isteri Kepada Suami Yang Nusyuz

Sekiranya seseorang suami itu nusyuz terhadap isterinya, maka isteri hendaklah bersabar serta menasihati dan memperingati tindakkan yang dilakukan oleh suaminya dengan menceritakan firman Allah SWT tentang kewajipan seorang suami untuk menggauli isterinya dengan cara yang baik. Ini seperti firman Allah SWT:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرً

Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).

(Surah al-Nisa’, 19)

Jika keadaan masih lagi belum berubah dan tidak Berjaya menasihatinya, maka isteri boleh mengadu kepada hakim atau pemerintah di atas apa yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya. Ini seperti yang dinyatakan Dr Muhammad Zuhaili serta terdapat di dalam al-Fiqh al-Manhaji:

“Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami tentang balasan perbuatan zalimnya. Jika suami berubah baik, itulah sebaik-baiknya. Jika tidak, dia hendaklah mengadu kepada hakim untuk mendapat haknya. Ini kerana hakim diwujudkan untuk mengembalikan hak kepada yang berhak disebabkan isteri tidak mampu mendapatkan haknya bersendirian… jika suami masih lagi mengulangi perbuatannya, maka isteri boleh meminta hakim mengenakan hukuman terhadap suaminya.”

(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110 dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)

Namun, sekiranya masih lagi tidak dapat diselesaikan maka wakil bagi kedua-dua belah pihak hendaklah dihantar supaya diadakan perbincangan berkenaan hala tuju rumahtangga pasangan tersebut. Dr Muhamma Zuhaili menyebut di dalam kitabnya:

“Sekiranya peranan hakim masih lagi tidak dapat mendamaikan keduanya, maka hendaklah memanggil wakil yang dipercayai dari kedua-dua pihak bagi menyelesaikan permasalah ini sama ada mendamaikan keduanya atau memisahkannya...untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan itu wajib dilakukan oleh qadi atau hakim.”

(Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)

Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:

 وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّـهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا

Maksudnya: Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.

(Surah al-Nisa’, 35)

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan dan penerangan yang diberikan, sekiranya permasalah ini masih berlanjutan, kami menasihati agar melakukan beberapa langkah seperti berikut:

  • Isteri boleh menasihati suami tentang tanggungjawabnya dan memberi amaran kepadanya tentang balasan Allah SWT dengan perbuatan zalimnya.
  • Selain itu, sekiranya suami masih tidak berubah maka isteri boleh meminta hakim mengenakan tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.
  • Sekiranya belum mampu mengubahnya, kedua-dua belah pihak boleh menghantar wakil sebagai orang tengah untuk mendamaikan atau memisahkan mereka.

Sebaiknya di dalam permasalahan rumah tangga hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti di dalam membantu menyelesaikan permasalah ini seperti mahkamah syariah. Perkara ini bertujuan untuk menjalankan proses sulh yang terdapat dalam enakmen undang-undang keluarga islam di setiap negeri. Hal ini bertujuan mengadakan perbincangan damai serta menyelesaikan perselisihan rumah tangga.

Justeru, suami dan isteri wajib meningkatkan pengetahuan mengenai perihal hukum hakam nusyuz. Ini bertujuan memberi kesedaran kepada suami dan isteri tentang keburukan dan kesan melakukannya.

Dalam memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti kehidupan dalam mengasuh dan mendidik generasi seterusnya persepahaman dan toleransi di antara suami isteri akan melahirkan kebahagiaan dalam membentuk baiti jannati. Firman Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 

(Surah al-Furqan, 74)

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.

17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami Oleh Muhamad Naim

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri..

.. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri..

.. namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi.

Tidak, jangan melulu menyalahkan suami.

Mungkin anda jugalah penyebabnya.

Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya.

Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:

1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya.

Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.

Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.

Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.

Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu.

Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.

Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari.

Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.

Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.

Ini bukan hendak menjadikan anda hamba.

Sesetengah isteri memang merasakan begitu.

Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis, 

Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”


2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?

Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu.

Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’.

Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.

Minta dia tunggu sebentar.

Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.


3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan.

Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.

Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.

Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.

Rugi ke senyum?


4. 

Layan suami seperti raja

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja.

Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.

Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.


5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji.

Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.

Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.

Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu.

Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”

Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.


6. Jangan berleter!

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya. 

Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga.

Mana ada suami yang suka isterinya berleter.


7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan

Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing.

Ini pun ada disebut dalam hadis.

Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.

Thabit al-Banni berkata,

Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya.

Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. 

Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu.

Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”

Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur.


8

. Tingkatkan ilmu pengetahuan

Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi.

Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.

Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa.

Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri  yang berstatus begini.

Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.


9. Jangan terlalu kuat membangkang

Jangan kuat membangkang pendapat suami.

Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang.

Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu.

Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.

Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja.

Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.

Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami.

Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.

Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.


10. 

10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran

Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran.

Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.

Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.


11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan

Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.

Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.


12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif

Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.

Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi.

Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya.

Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.

Berikan warna-warna yang digemari oleh suami.

Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.


13. Elakkan gangguan

Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu.

Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur.

Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal.

Kecilkan suara tv.


14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada

Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada.

Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.

Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.

Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.


15. Jangan kuat merajuk

Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah.

Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.

Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk.

Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?


16. Beri pendapat bila ditanya sahaja

Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan.

Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.

Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.


17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami

Selalu merangsang prestasinya.

Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.

Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi.

Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.

Penutup:

Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami.

Semuanya memainkan peranan yang penting.

Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.

Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda.

Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat semua ini?

Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat bekerja seperti suami.

Jangan risau, artikel seterusnya saya akan menulis pula peranan seorang suami kepada isterinya dalam rumahtangga Islam.


Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri yang ingin disuarakan kepada kami.

Tinggalkan pandangan anda diruang komen dibawah.

APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?


*Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya*

*Beberapa waktu kemudian*

*Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.*

*Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.*

*Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,*

*“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.*

*Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:*

*“Makkkkkk….!!!!*
*“Ayaaaaaah…!!!!”*
*“Abangggggg!!!"*
*"Atokkkkk!! "*
*“Neneeeek!!”*
*“Kakaaaaak!!!”*
*“Sahabaaaaat!!!”*

*Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.*

*Menangis lah dia sambil meminta ampun,*

*“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”*

*Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.*

*Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.*

*Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.*

 

*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur*

*Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:*

*“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)*

*Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.*

*Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.*

*Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”*

*Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.*

*Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”*

*Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)*

*Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.*

*Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.*

*Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.*

*Sahabat sekarang anda memiliki dua pilihan,*

*1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini*
*2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman-teman mu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu... Aamiinnnnn...*

*Boleh di SHARE sebanyak mungkin!*
*_Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM_*

⬇      ⬇      ⬇      ⬇      ⬇      ⬇
Lobang sempit inilah Rumah yang akan kau diami seorang diri....lobang yang jarang2 sekali  kau peduli dan kau hiraukan...

copy&paste

Hati-hati Ketika Usia 35 Tahun Hingga 40 Tahun, Tempoh Berjaga-jaga

Pada usia 40 tahun, manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritual. Ketika inilah seseorang itu benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk seseorang individu bersungguh-sungguh dalam hidup. Dalam kelompok usia begini, mereka telah mengumpul pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan dan membuang kejahilan ketika usia muda. Maka tidak hairanlah tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.

Malah umur 35 tahun  hingga 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula usia 35 tahun hingga 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak

Usia 35 tahun hingga 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu.

Allah berfirman yang bermaksud,

“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh bercerai susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunyanya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah agama, ibadat di masjid, umrah, haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, saudara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35  hingga 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh kerana itu, lihatlah diri anda, sudahkah kita mempersiapkan diri?

Allah ta’ala berfirman (ertinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Sumber: FB: Ainul Mardhiah

Harga Diri Seseorang

Harga diri seseorang itu banyak  perkara
Di antaranya:
Harga diri seseorang  adalah akhlak  mulianya
Nilai  diri  seseorang  adalah perikemanusiaannya yang tinggi
Kecantikan seseorang itu timbangrasa sesama  manusia
Termasuk jati diri kemesraan dan budi bahasa
Yang lain-lain lagi berlebih kurang dan bertolak ansur di dalam pergaulan
Ilmu yang tinggi dihayati dan diamalkan, manfaatnya merata kepada manusia
Berlapang dada di dalam pergaulan, sabar berhadapan dengan kerenah manusia,
Hidup sederhana sekali pun kaya, bangga diri tidak ada di dalam sikapnya
Kekayaannya dapat dirasa bersama, terutama orang yang memerlukannya
Boleh bergaul dengan semua golongan, tidak memilih-milih darjatnya
Dengan fakir miskin, dengan orang  bodoh, cerdik pandai, kaya ada jawatan, sama aja
Ertinya boleh bergaul dengan semua golongan
Tidak  mementingkan diri, suka berkhidmat sesama manusia
Mudah memberi maaf, senang meminta maaf
Kejahatan orang dibalas dengan  kebaikan
Berdendam  tidak ada di dalam kamus hidupnya
Sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan
Kemarahan dapat ditahan hingga tidak dinampak oleh orang
Berkasih sayang adalah budaya hidupnya
Sekalipun dengan yang bukan Islam
Berkawan setia, dengan pemimpin atau orang tua dihormati
Dengan kanak-kanak disayangi
Dengan keluarga sangat bertanggungjawab
Itulah kasih sayangnya kepada keluarga
Itulah di antara harga diri manusia
Itulah yang dikatakan jati diri
Itulah orang yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Bumi Tuhan... Bersaksilah