ORANG MUKMIN YANG BERTAQWA TINGGI NILAINYA DI SISI ALLAHl


Orang mukmin yang bertaqwa tinggi nilainya di sisi Allah.
Mereka lebih berharga daripada seisi dunia.
Sebab mereka itu...
Kerana Allah, sanggup bersusah-susah.
Mereka korban apa saja kerana Allah.
Mereka menganggap segala-galanya itu adalah hak Allah.
Mereka membuat apa saja waktu hidupnya kerana Allah.
Bahkan ada di kalangan mereka terkorban kerana Allah.
Tidak hairanlah
Tuhan beli dengan rahmat-Nya,
dengan redha-Nya, 
dengan maghfirah-Nya 
dan kemuncaknya, dengan Syurga Allah.
Mereka di waktu hidup sebenarnya orang Allah.
Hidup mati mereka kerana Allah.
Mereka menjual dunianya untuk Allah.
Nasib mereka selamanya dan seluruhnya diserahkan kepada Allah.
Mereka redha dengan Allah apa yang dilakukan oleh Allah pada mereka.
Senang dan susah adalah kerana Allah.
Kepada mereka itulah pandangan Allah.
Dunia diberi berkat kerana merekalah.
Dunia tidak dikiamatkan kerana mereka jugalah.
Bahkan orang yang senang dan mewah, sekalipun orang kafir, kerana berkat merekalah.
Kalaulah manusia seluruhnya tahu pada mereka ini ada barakah, manusia terhutang budi kepada mereka
kerana mereka menjadi orang Allah.
Kerana orang bertaqwalah mereka dapat barakah dari Allah.
Tapi kebanyakan manusia tidak tahu bahawa mereka tersebut orang Allah.
Maka ada kalangan mereka mendapat susah dan payah 
kerana manusia yang tak kenal Allah dan tak kenal peranan Allah.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah