Jadikan Tuhan Sebagai Kawan



Jadikanlah Tuhan sebagai kawan.
Bawa Dia ke mana-mana senang untuk bertanya.
Engkau tidak terasa keseorangan.
Engkau terasa ada kawan setia yang mengiringi.
Waktu hendak berbuat sesuatu tanyalah Tuhan.
Waktu hendakkan sesuatu minta tolonglah kepada-Nya.
Jika terasa takut ingatlah bahawa Kawan kan ada bersama kita
walaupun Dia tidak di samping kita.
Dia sentiasa memerhati dan mendengar rintihan kita.
Waktu buntu tanyalah Tuhan, Kawan yang tidak pernah kecewakan kita.
Engkau akan dapat pedoman dan panduan.
Waktu rehat-rehat jangan lupa Kawan Setia kita.
Kerana Tuhan tahu tentang kita.
Mengapa kita melupakan Dia.
Yang sentiasa berada dengan kita walaupun tidak di sebelah kita.
Waktu hendak tidur, beritahulah Dia bahawa jagalah aku.
Engkau boleh jaga aku kerana Engkau tidak tidur.
Di kala kita terjaga, berterima kasihlah kepada-Nya.
Kerana Dia telah menjaga dan mengejutkan kita.
Sucikanlah Dia dengan mengucap tasbih.
Kerana Dia bukan kawan biasa yang serupa.
Barukan ikrar kita kepada-Nya bahawa Dia adalah Tuhan kita.
Selepas solat kemudian pergi menunaikan kewajipan.
Bawalah lagi Dia ke mana-mana.
Jadikanlah Dia tempat menerima nasihat dan tempat bertanya.
Apa sahaja hendak buat jangan lupa tanyalah Dia.
Kalaulah Tuhan kita, boleh kita jadikan kawan hidup kita,
kita pasti selamat dunia Akhirat. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah