Sudah menjadi sunnatullah,
orang yang baik itu tidak ramai.
Lebih-lebih lagi pemimpin dan orang kaya yang baik itu bilangan jari sahaja.
Beratus atau berpuluh-puluh tahun sekali baru berjumpa.
Orang yang baik itu selalunya tersisih.
Orang ramai memandang serong kepadanya.
Mereka dianggap orang yang tidak mengikut arus perdana.
Selalunya mereka hidup menderita atau dihina.
Begitulah orang yang baik Tuhan tidak istimewakan di dunia.
Keistimewaan mereka adalah di Akhirat sana.
Tapi mereka rasa cukup dengan Tuhannya.
Tuhan adalah cinta agungnya dan kebahagiaannya.
Kalau seluruh dunia orang menghinanya
namun tidak akan mengubah jiwa dan sikapnya.
Orang yang baik itu tidak memandang kebaikannya adalah kepunyaannya.
Bahkan dia belum merasa membuat baik.
Kerana seluruh kebaikannya dipulangkan seluruhnya kepada Tuhannya.
Dia merasa orang yang hina, tidak ada nilai dan tidak ada harga dirinya.
Tidak mempunyai kebaikan apa-apa.
Cuma orang yang baik memandang baik kepadanya.
Orang yang baik memandang dia adalah orang baik.
Tapi yang punya diri tidak merasa yang dia baik.
Sentiasa sahaja rasa bersalah dan berdosa.
Kerana itulah dia bertaubat setiap masa.
Agar Tuhan mengampunkan segala dosa-dosanya.
Agar Tuhan redha kepadanya.
No comments:
Post a Comment