*121*
Di antara sebab-sebab wanita tidak boleh dikontrol oleh suami di zaman ini,
pertama, sudah tentulah faktor kelemahan iman.
Selain itu, setengah isteri ilmunya lebih tinggi daripada suami
atau jawatannya lebih tinggi daripada suami,
atau lebih kaya daripada suami.
*122*
Kalau seorang perempuan itu keluar dari rumahnya tidak menutup aurat,
ertinya setiap lelaki yang memandang kecantikan perempuan itu berkongsi dengan suaminya,
suaminya menjadi dayus.
Sebanyak lelaki yang melihat,
sebanyak itulah dosa yang diterima oleh perempuan itu dan suaminya,
dan kalau dia belum berkahwin,
ibu bapanya yang menerima dosanya bersama.
*123*
Berhati-hatilah melihat perempuan,
suaranya menawan hati, melihat tubuh badannya merangsang nafsu,
godaannya selalu menangkap,
tipu dayanya selalu mengena.
Hendak bertindak ke atasnya selalu tidak sampai hati.
Oleh itu, bergaul dan bercakaplah dengan mereka sekadar yang perlu.
Bersunyi, berdua-duaan jangan sekali
kerana syaitan akan ada sama menjadi orang yang ketiga.
*124*
Di dalam sebuah keluarga, jika ada anak perempuan,
bererti pada mereka itu ada intan berlian.
Intan berlian orang letak di dalam kotak yang tertutup,
di suatu tempat yang khusus dan rahsia lagi mulia.
Jika keluarganya sudah suka mereka keluar rumah, bebas ke mana-mana,
seperti intan tadi, diletakkan di tepi jalan,
tempat lalu lalang manusia.
Apakah intan berlian itu selamat dari dicuri orang?
*125*
Mulianya wanita itu di rumah,
bukan di luar rumah,
kecuali keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Malangnya sekarang, sudah terbalik,
wanita merasakan dia mulia di luar rumah daripada di rumah.
No comments:
Post a Comment