Tanpamu Tuhan, aku tidak wujud.
Setelah wujud tanpa bertemu rahmat-Mu, aku tidak akan selamat.
Kalau Engkau tidak didik aku, aku tidak akan terdidik.
Didikan Engkaulah aku kenal Engkau dan takutkan Engkau.
Engkau tadbir aku dengan berbagai-bagai cara.
Dengan pentadbiran yang berbagai-bagai cara itu, itulah didikan Engkau kepada aku.
Adakalanya Engkau susahkan aku agar aku faham erti kesusahan.
Supaya aku sabar dan bertimbangrasa dengan orang lain yang mendapat kesusahan.
Sabar itu penting, bertimbangrasa itu perlu, di situlah kasih sayang sesama.
Tidak kurang juga adakalanya Engkau senangkan aku atau aku mendapat kejayaan.
Agar aku malu dengan Engkau dan boleh bersyukur dengan-Mu.
Perhubunganku dengan Engkau bertambah rapat, ingatanku kepada-Mu berlaku selalu.
Engkau mahu perhubungan hatiku dengan-Mu tidak putus-putus setiap waktu.
Terhubung selalu, ia adalah kekuatan buatku.
Engkau adalah keperluanku setiap ketika dan waktu.
Rasa bertuhan itu adalah sifat hamba yang Engkau suka.
Kerana itulah Engkau pelbagai-bagaikan berlaku kepadaku,
agar aku sering ingat kepada-Mu.
Ingatanku kepada-Mu adalah ibadah.
Ibadah setiap masa yang tidak bercara dan bersyarat.
Ibadah yang tidak kira tempat dan masa itulah ingatanku kepada-Mu.
Ibadah yang bersifat hati bukan bersifat fizik.
Agar aku tidak terlalai dan terlupa kepada-Mu.
Bantulah aku Tuhan untuk mengingati-Mu.
No comments:
Post a Comment