Orang Kaya Yang Miskin Di Akhirat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Kaya Yang Miskin Di Akhirat

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَرَجْتُ لَيْلَةً مِنْ اللَّيَالِي فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْشِي وَحْدَهُ وَلَيْسَ مَعَهُ إِنْسَانٌ قَالَ فَظَنَنْتُ أَنَّهُ يَكْرَهُ أَنْ يَمْشِيَ مَعَهُ أَحَدٌ قَالَ فَجَعَلْتُ أَمْشِي فِي ظِلِّ الْقَمَرِ فَالْتَفَتَ فَرَآنِي فَقَالَ مَنْ هَذَا قُلْتُ أَبُو ذَرٍّ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ تَعَالَهْ قَالَ فَمَشَيْتُ مَعَهُ سَاعَةً فَقَالَ إِنَّ الْمُكْثِرِينَ هُمْ الْمُقِلُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا مَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ خَيْرًا فَنَفَحَ فِيهِ يَمِينَهُ وَشِمَالَهُ وَبَيْنَ يَدَيْهِ وَوَرَاءَهُ وَعَمِلَ فِيهِ خَيْرًا 

Daripada Abu Dzar RA dia berkata; "Pada suatu malam, aku pernah keluar rumah, tiba-tiba aku melihat Rasulullah SAW berjalan sendirian tanpa ditemani oleh seorang pun, aku menyangka mungkin baginda ingin berjalan tanpa ditemani oleh orang lain, maka aku pun berjalan di bawah bayangan rembulan, ternyata baginda menoleh dan melihatku, baginda bersabda: 'Siapakah itu? ' Aku menjawab; 'Saya... Abu Dzar. Demi Allah yang menjadikanku sebagai tebusanmu.' Baginda bersabda: 'Wahai Abu Dzar, kemarilah.' Abu Dzar melanjutkan; 'Lalu aku berjalan bersama baginda beberapa ketika, lantas baginda bersabda: 'Sungguh orang-orang yang banyak harta (mengumpulkan harta) akan menjadi sedikit (melarat) pada hari kiamat, kecuali yang diberikan kebaikan oleh Allah padanya dengan harta tersebut lalu ia memberikannya serta membuat kebajikan dengan harta tersebut ke kirinya, kanannya, hadapannya serta belakangnya (dia menggunakan harta tersebut) dengan baik.' (HR Bukhari No: 5962) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Orang yang banyak harta di dunia tidak semestinya akan berterusan kaya di akhirat. Orang yang miskin di dunia tidak semestinya akan juga miskin di akhirat.

2.  Orang yang kaya di dunia, di akhirat akan jadi miskin dan melarat apabila harta yang dihimpun bukan dari jalan yang halal dan harta itu tidak digunakan untuk menambah pahala kebaikan. Firman Allah: 

وَٱلَّذِينَ يَكۡنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلۡفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرۡهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٖ ٣٤ يَوۡمَ يُحۡمَىٰ عَلَيۡهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكۡوَىٰ بِهَا جِبَاهُهُمۡ وَجُنُوبُهُمۡ وَظُهُورُهُمۡۖ هَٰذَا مَا كَنَزۡتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡ فَذُوقُواْ مَا كُنتُمۡ تَكۡنِزُونَ 

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (34). (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. (At-Taubah: 34-35)

3.  Orang yang kaya di dunia akan juga kaya di akhirat apabila ia menggunakan harta tersebut untuk kebajikan dan kebaikan sepanjang masa pada keluarga, masyarakat dan Negara melalui zakat, wakaf, sedekah, derma, infak kebajikan dan amalan kebaikan yang lain.

4.  Kita dilarang mengumpulkan harta di dunia tanpa dibelanjakan pada jalan Allah yang mendatangkan ganjaran pahala yang berterusan buat kita.

Jangan sekali-kali kita menjadi kaya di dunia namun miskin di akhirat kerana tamak, bakhil, bermegah dan takabur dengan harta kekayaan semasa di dunia.

Jom infak sebahagian dari harta yang ada pada kita. Moga ia menjadi simpanan tetap buat kita diakhirat nanti.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera


31hb Mac  2022
28hb Syaaban 1443H

MADAH baru 405


*181*
Orang yang hidup kerana mencari makan,
dia tidak kira di mana mendapat untung.
Dia boleh berpaut kepada orang jahat dan boleh berpaut kepada orang baik. 

*182*
Oleh kerana setiap kejadian sama ada baik atau buruk, Allah takdirkan bersebab.
Maka banyak manusia yang tertipu
yang mana sebab itulah punca kejadian itu,
hingga tidak nampak lagi pencipta asbab, iaitu Tuhan.
Oleh itu selalu manusia mentuhankan sebab sekalipun tidak menyebutnya. 

*183*
Di antara ujian Allah kepada manusia,
setiap kejadian, Allah tentukan dengan bersebab,
padahal Allah boleh melakukan tanpa sebab.
Agar menjadi ujian kepada manusia,
apakah manusia bertuhankan Allah atau mentuhankan sebab. 

*184*
Kekayaan tidak salah dicari selagi ia halal,
tapi  perlu diingat, ia selalunya merosakkan kita.
Oleh itu berhati-hatilah dengan kekayaan. 

*185*
Cita-cita itu kalau tidak bertapak di bumi nyata, angan-angan namanya,
jika bertapak di bumi nyata, harapan namanya.
Mengharap diharuskan, angan-angan dilarang.

Jadikan Tuhan Sebagai Kawan



Jadikanlah Tuhan sebagai kawan.
Bawa Dia ke mana-mana senang untuk bertanya.
Engkau tidak terasa keseorangan.
Engkau terasa ada kawan setia yang mengiringi.
Waktu hendak berbuat sesuatu tanyalah Tuhan.
Waktu hendakkan sesuatu minta tolonglah kepada-Nya.
Jika terasa takut ingatlah bahawa Kawan kan ada bersama kita
walaupun Dia tidak di samping kita.
Dia sentiasa memerhati dan mendengar rintihan kita.
Waktu buntu tanyalah Tuhan, Kawan yang tidak pernah kecewakan kita.
Engkau akan dapat pedoman dan panduan.
Waktu rehat-rehat jangan lupa Kawan Setia kita.
Kerana Tuhan tahu tentang kita.
Mengapa kita melupakan Dia.
Yang sentiasa berada dengan kita walaupun tidak di sebelah kita.
Waktu hendak tidur, beritahulah Dia bahawa jagalah aku.
Engkau boleh jaga aku kerana Engkau tidak tidur.
Di kala kita terjaga, berterima kasihlah kepada-Nya.
Kerana Dia telah menjaga dan mengejutkan kita.
Sucikanlah Dia dengan mengucap tasbih.
Kerana Dia bukan kawan biasa yang serupa.
Barukan ikrar kita kepada-Nya bahawa Dia adalah Tuhan kita.
Selepas solat kemudian pergi menunaikan kewajipan.
Bawalah lagi Dia ke mana-mana.
Jadikanlah Dia tempat menerima nasihat dan tempat bertanya.
Apa sahaja hendak buat jangan lupa tanyalah Dia.
Kalaulah Tuhan kita, boleh kita jadikan kawan hidup kita,
kita pasti selamat dunia Akhirat. 


MADAH baru 404



*166*
Syariat Islam itu kalau diamalkan memang boleh menyelesaikan masalah kehidupan.
Maka di sinilah manusia selalu tertipu kerana ramai umat Islam menggunakan agama untuk menyelesaikan masalahnya
seperti untuk membanteras gejala maksiat atau menghilangkan penyakit badan atau untuk perpaduan dan lain-lain lagi.
Kalaupun berjaya, masih rugi kerana syariat itu dibangunkan bukan kerana tuntutan Allah (iman), tidak ada pahalanya.
Kalau tidak berjaya, lebih-lebih lagi rugi,
di dunia kecewa, di Akhirat Neraka. 

*167*
Membangunkan syariat biarlah atas dasar iman dan taqwa bukan atas dasar orang ramai atau terdesak oleh bermacam-macam masalah
kerana syariat itu tuntutan Allah
bukan tuntutan manusia atau tuntutan kehidupan. 

*168*
Mengamalkan syariat Islam itu jangan memilih,
yang ada untung kita laksanakan,
yang tidak menguntungkan kita tinggalkan. 

*169*
Islam bukan untuk orang yang escapism atau orang yang kecewa di dalam kehidupan
tapi untuk hamba Allah yang taat,
untuk mendapatkan keredhaan-Nya. 

*M170*
Agama Islam bukan untuk digunakan bermusim-musim atau tempat-tempat tertentu dan masa-masa tertentu
seperti kalau gejala masyarakat sudah berleluasa, bahananya semua orang terkena,
barulah rujuk kepada agama.
Tapi Islam untuk setiap individu, sebarang masa, setiap tempat, di semua musim dan ketika mana saja kerana agama Islam bukan tuntutan semasa tapi kehendak Tuhan Maha Pencipta lagi Maha Esa.

Hindari Perkara Yang Mematikan Hati



Pembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya.
Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya.
Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia.
Bahkan perosak segala-galanya terutama agama.
Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati.
Mata tidak dikawal daripada dosa.
Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah dan tidak bersopan.
Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan.
Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan yang tidak halal.
Di waktu keseorangan suka berangan-angan dan berkhayal-khayal.
Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal.
Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa atau mematikan hati atau menghitamkannya.
Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan kenalah jaga.
Kerana di sana boleh memberangsangkan nafsu haiwan kepada manusia.
Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa.
Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah akan menimpanya.
Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya.
Lahirlah berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran oleh manusia.
Gejala masyarakat pun bermaharajalela.
Punah-ranahlah pergaulan manusia.
Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian di dalam masyarakat manusia.
Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia.
Di Akhirat masuk Neraka.  

S I N I B U K A N R U M A H K I T A

S I N I  B U K A N 
R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga. 
Kita tidak berasal dari bumi, 
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan.

Dunia ini bukan rumah kita, 
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.

Tak Rindu kah pada kampung anda ?

Bukankah mereka 
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta 
amal soleh dan keimanan, taat pada Nya 
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah. 

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan,
dihuni oleh 
orang-orang yang mencintai kita. 
Ada isteri solehah 
Ada suami soleh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita, 
setiap saat menatap 
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik           
dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah iaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi, 
kita penduduk syurga. 
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA

( dikongsi... Semoga Allah merahmati tuan yg mngarang & melakarkan puisi indah ini )

Allah cipta semua yang ada?

Seorang profesor yang Atheis berbicara dalam sebuah kelas fizik.

Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"

Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."

Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."

(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).

Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.

Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"

Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."

Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.

Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.

Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.

Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"

Profesor: "Tentu saja ada!"

Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.

Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.

Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.

Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.

Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.

Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"

Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."

Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.

Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.

Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."

Profesor terpaku dan terdiam!

Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..

Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..

Itulah IMAN..

SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..

Physics and Islam

70 Senarai dosa-dosa besar

Senarai dosa-dosa besar ( Maksiat ) sebanyak 70 perkara seperti yang disenaraikan di bawah. 
( Takutnyaaa..risau ada pkara yg masih kita lakukan.. ampunkan kami ya Allah )

1.. Syirik
2.. Membunuh Manusia
3.. Sihir
4.. Tinggal Sembahyang
5.. Tidak Mengeluarkan Zakat
6.. Tidak Berpuasa
7.. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8.. Derhaka Kepada Ibu Bapa
9.. Memutuskan Silatulrahim
10.. Berzina
11.. Homosex
12.. Memakan Riba
13.. Memakan Harta Anak Yatim
14.. Mendustakan Allah SWT dan Rasul
15.. Lari dari Medan Perang
16.. Sombong
17.. Saksi Palsu
18.. Meminum Arak
19.. Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.. Berjudi
21.. Menuduh orang baik melakukan Zina
22.. Menipu harta rampasan Perang
23.. Mencuri
24.. Merompak
25.. Sumpah Palsu
26.. Berlaku Zalim
27.. Pemungut cukai yang Zalim
28.. Makan dari kekayaan yang Haram
29.. Bunuh Diri
30.. Berbohong
31.. Hakim yang Tidak adil
32.. Rasuah
33.. Wanita yang menyerupai Lelaki
34.. Tidak Cemburu
35.. Cina Buta
36.. Tidak Suci Hadas kecil
37.. RIAK Mempamerkan Diri
38.. Ulamak Dunia (jahat)
39.. Khianat
40.. Mengungkit-Ungkit Pemberian
41.. Mangingkari Takdir
42.. Mencari Kesalahan Orang lain
43.. Menabur Fitnah
44.. Mengutuk Umat Islam
45.. Mengingkari Janji
46.. Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.. Derhaka kepada Suami
48.. Gambar pada Baju
49.. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.. Mengganggu Orang lain
51.. Berbuat Zalim terhadap yang lemah
52.. Mengganggu Tetangga
53.. Menyakiti dan Memaki Orang Islam
54.. Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
55.. Melabuhkan Pakaian ( bg lelaki dgn tujuan bmegah2 )
56.. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.. Hamba Lari dari Tuan
58.. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
59.. Menjadi Pak Sanggup
60.. Berdebat dan Bermusuh
61.. Enggan Memberi Kelebihan Air
62.. Mengurangkan Timbangan
63.. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
64.. Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
65.. Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
66.. Meninggalkan Sembahyang Jumaat
67.. Mengurangi Wasiat
68.. Menipu
69.. Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.. Mencela Nabi dan Sahabat Baginda

MADAH baru 403


*146*
Orang yang berilmu kenalah mengamalkan, merendah diri, kasihan dengan orang yang jahil, menyampaikan, bertanggungjawab, sabar.
Orang yang kaya kenalah merendah diri, pemurah, kasihan dengan fakir miskin, bertanggungjawab.
Pemimpin kenalah adil, penyayang, merendah diri, bertanggungjawab, sabar. 

*147*
Terimalah pahala-pahala percuma dari Allah yang bukan daripada perbuatanmu
seperti sakit, miskin, orang hina, bencana alam dan sebagainya
tapi kebanyakan orang tidak bangga menerimanya. 

*148*
Pahala dari sebab-sebab sakit, miskin, orang hina, bencana alam, lebih selamat daripada pahala-pahala amal ibadah kita kerana ia susah hendak dimasuki oleh riyak dan ujub. 

*149*
Orang yang beramal ibadah kerana mengejar fadhilat, boleh menghijab di antara hamba dengan Allah. 

*150*
Beramal ibadah kerana fahdilat, selalunya ibadahnya itu tidak boleh mengubah perangai jahatnya kepada baik.

Orang Baik Tidak Ramai



Sudah menjadi sunnatullah,
orang yang baik itu tidak ramai.
Lebih-lebih lagi pemimpin dan orang kaya yang baik itu bilangan jari sahaja.
Beratus atau berpuluh-puluh tahun sekali baru berjumpa.
Orang yang baik itu selalunya tersisih.
Orang ramai memandang serong kepadanya.
Mereka dianggap orang yang tidak mengikut arus perdana.
Selalunya mereka hidup menderita atau dihina.
Begitulah orang yang baik Tuhan tidak istimewakan di dunia.
Keistimewaan mereka adalah di Akhirat sana.
Tapi mereka rasa cukup dengan Tuhannya.
Tuhan adalah cinta agungnya dan kebahagiaannya.
Kalau seluruh dunia orang menghinanya
namun tidak akan mengubah jiwa dan sikapnya.
Orang yang baik itu tidak memandang kebaikannya adalah kepunyaannya.
Bahkan dia belum merasa membuat baik.
Kerana seluruh kebaikannya dipulangkan seluruhnya kepada Tuhannya.
Dia merasa orang yang hina, tidak ada nilai dan tidak ada harga dirinya.
Tidak mempunyai kebaikan apa-apa.
Cuma orang yang baik memandang baik kepadanya.
Orang yang baik memandang dia adalah orang baik.
Tapi yang punya diri tidak merasa yang dia baik.
Sentiasa sahaja rasa bersalah dan berdosa.
Kerana itulah dia bertaubat setiap masa.
Agar Tuhan mengampunkan segala dosa-dosanya.
Agar Tuhan redha kepadanya. 


Aku Belum Mencintai-Mu

Di segi ilmu tidak ada orang mempertikaikan wahai Tuhan.
Engkau adalah cinta agung lebih patut dicintai.
Engkau cinta agung diperkatakan orang.
Di atas mimbar-mimbar dan di majlis-majlis pengajian.
Seruan selalu disarankan: 'Cintailah Tuhan.'
Engkaulah yang dimaksudkan.
Aku tidak pasti apakah mereka yang berkata dan menyarankan dapat merasakan.
Tapi yang pasti Tuhan, aku belum merasai.
Sedangkan mencintai-Mu itu menyelesaikan segala masalah.
Cinta pada-Mu adalah kenyang daripada segala yang mengenyangkan.
Cinta pada-Mu adalah agung, bahagia yang tiada taranya.
Tenang daripada segala ketenangan.
Senang daripada segala kesenangan.
Cinta pada-Mu, rindu yang tidak berkesudahan.
Siapa merindui-Mu, segala yang dirindui tidak ada erti lagi.
Rindu kepada itu semua musnah sama sekali.
Begitulah wahai Tuhan, atas dasar ilmu aku akui.
Tapi malang sekali, aku belum merasai.
Cintaku pada-Mu belum pun berbunga.
Rindu dan asyik jauh sekali.
Tuhan, aku harap pada-Mu titiskan sedikit air cintaku pada-Mu.
Jangan Engkau biarkan hatiku gersang dari mencintai-Mu.
Agar Engkau yang Agung, patut dicintai, 
aku rasai dengan kalbuku.
Supaya cinta dan kasihku kepada yang lain tidak membunuh jiwaku.
Rasakanlah wahai Tuhan pada jiwaku,
Engkau adalah cinta agungku. 


MADAH baru 402


*121*
Di antara sebab-sebab wanita tidak boleh dikontrol oleh suami di zaman ini,
pertama, sudah tentulah faktor kelemahan iman.
Selain itu, setengah isteri ilmunya lebih tinggi daripada suami
atau jawatannya lebih tinggi daripada suami,
atau lebih kaya daripada suami. 

*122*
Kalau seorang perempuan itu keluar dari rumahnya tidak menutup aurat,
ertinya setiap lelaki yang memandang kecantikan perempuan itu berkongsi dengan suaminya,
suaminya menjadi dayus.
Sebanyak lelaki yang melihat,
sebanyak itulah dosa yang diterima oleh perempuan itu dan suaminya,
dan kalau dia belum berkahwin,
ibu bapanya yang menerima dosanya bersama. 

*123*
Berhati-hatilah melihat perempuan,
suaranya menawan hati, melihat tubuh badannya merangsang nafsu,
godaannya selalu menangkap,
tipu dayanya selalu mengena.
Hendak bertindak ke atasnya selalu tidak sampai hati.
Oleh itu, bergaul dan bercakaplah dengan mereka sekadar yang perlu.
Bersunyi, berdua-duaan jangan sekali
kerana syaitan akan ada sama menjadi orang yang ketiga. 

*124*
Di dalam sebuah keluarga, jika ada anak perempuan,
bererti pada mereka itu ada intan berlian.
Intan berlian orang letak di dalam kotak yang tertutup,
di suatu tempat yang khusus dan rahsia lagi mulia.
Jika keluarganya sudah suka mereka keluar rumah, bebas ke mana-mana,
seperti intan tadi, diletakkan di tepi jalan,
tempat lalu lalang manusia.
Apakah intan berlian itu selamat dari dicuri orang? 

*125*
Mulianya wanita itu di rumah,
bukan di luar rumah,
kecuali keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Malangnya sekarang, sudah terbalik,
wanita merasakan dia mulia di luar rumah daripada di rumah.

Bantulah Aku Mengingati-Mu




Tanpamu Tuhan, aku tidak wujud.
Setelah wujud tanpa bertemu rahmat-Mu, aku tidak akan selamat.
Kalau Engkau tidak didik aku, aku tidak akan terdidik.
Didikan Engkaulah aku kenal Engkau dan takutkan Engkau.
Engkau tadbir aku dengan berbagai-bagai cara.
Dengan pentadbiran yang berbagai-bagai cara itu, itulah didikan Engkau kepada aku. 
Adakalanya Engkau susahkan aku agar aku faham erti kesusahan.
Supaya aku sabar dan bertimbangrasa dengan orang lain yang mendapat kesusahan.
Sabar itu penting, bertimbangrasa itu perlu, di situlah kasih sayang sesama.
Tidak kurang juga adakalanya Engkau senangkan aku atau aku mendapat kejayaan.
Agar aku malu dengan Engkau dan boleh bersyukur dengan-Mu.
Perhubunganku dengan Engkau bertambah rapat, ingatanku kepada-Mu berlaku selalu.
Engkau mahu perhubungan hatiku dengan-Mu tidak putus-putus setiap waktu.
Terhubung selalu, ia adalah kekuatan buatku.
Engkau adalah keperluanku setiap ketika dan waktu.
Rasa bertuhan itu adalah sifat hamba yang Engkau suka.
Kerana itulah Engkau pelbagai-bagaikan berlaku kepadaku,
agar aku sering ingat kepada-Mu.
Ingatanku kepada-Mu adalah ibadah.
Ibadah setiap masa yang tidak bercara dan bersyarat.
Ibadah yang tidak kira tempat dan masa itulah ingatanku kepada-Mu.
Ibadah yang bersifat hati bukan bersifat fizik.
Agar aku tidak terlalai dan terlupa kepada-Mu.
Bantulah aku Tuhan untuk mengingati-Mu. 

MADAH baru 401


*116*
Kalau seseorang itu dianggap bodoh
kerana tidak membuat persiapan di hari tua;
yang masanya terlalu terbatas;
logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati
yang masanya tidak berkesudahan. 

*117*
Di dunia dapat kita rasakan,
kalau kita dihukum dengan dimasukkan ke dalam sel sekian-sekian tahun lamanya, 
di waktu itu gelaran tidak ada erti apa-apa,
pangkat yang kita sandang tidak ada nilainya,
kawan banyak tidak ada guna,
keluarga dan sanak saudara yang ramai pun tidak boleh buat apa-apa.
Mengapa tidak terfikir oleh kita,
di akhirat kelak segala-galanya tadi,
lebih tidak berguna dan tidak menyelamatkan kita.
Oleh itu janganlah kita berbangga dengan itu semua. 

*118*
Banyak orang mampu berhadapan dengan gunung yang tinggi,
sungai yang dalam, lautan yang luas,
hutan yang tebal, lurah yang payah
tapi bila berhadapan dengan wanita dan wang ringgit, dia menyerah kalah. 

*119*
Jika seorang wanita itu sifat malunya sudah hilang,
ertinya mutiara berharga pada dirinya sudah hilang.
Di waktu itu kecantikan fitrah sudah punah.
Kecantikan tarikan nafsu yang terserlah. 

*120*
Barang yang berharga seperti intan, berlian, emas, perak , ia tidak diletakkan di sebarang tempat,
tempatnya terbatas,
ia dijaga dan dikawal pula.
Begitulah wanita Islam kerana Islam memandang mereka sangat berharga, dia tidak boleh diletakkan di sebarang tempat.
Dia mesti ditempatkan di tempat yang selamat dan dijaga pula.
Oleh itu kalau wanita Islam sudah suka diletakkan di sebarang tempat,
kemudian tidak perlu dijaga,
ibarat barang, dia sudah sama dengan asam, garam, ikan masin, belacan,
boleh diletakkan di mana-mana dan tidak perlu dijaga.
Di waktu itu bermacam-macam serangga akan datang menghurunginya.

Mazmumah Mengeraskan Hati


Mazmumah itulah yang mengeraskan hati nurani yang bertapak di dalam hati daging yang lembut.
Apabila hati nurani menjadi keras.
Seluruh pintu kebaikan tertutup.
Tersumbatlah telinga untuk mendengar kebenaran.
Ilmu sudah tidak terjatuh ke hati, hanya tersangkut di dalam akal.
Mata melihat, namun kebenaran tidak juga dapat dilihat.
Pintu hati tersendat rapat.
Rasa takut, malu, cinta, bertimbang rasa, tabah dan redha tidak masuk lagi di hati.
Akal bukan lagi memikirkan kebaikan.
Bukan lagi memikirkan Tuhan dan perintah-perintah-Nya.
Yang difikirkan adalah makan, minum, pangkat, dunia dan betina.
Apabila tidak dapat, mengeluh, dukacita, kecewa, kemuncaknya putus asa.
Kalau dapat pula bakhil, sombong, angkuh, tamak, menzalim dan berfoya-foya.
Jagalah hati dengan sebaik-baiknya.
Ia adalah merupakan sumber kebaikan dan juga sumber kejahatan.
Kalau dia menjadi sumber kebaikan, sumber kejahatan tertutup.
Jika ia menjadi sumber kejahatan, maka sumber kebaikan pula tertutup.
Kedua-dua sifat itu tidak akan boleh bertemu.
Apabila yang satu menang, maka yang satu lagi kalah.
Kalau yang satu itu berfungsi maka yang satu lagi mati.
Jadikanlah hati itu sumber segala kebaikan.
Jangan jadikan dia sumber segala kejahatan.
Kamu akan binasa dan kecewa. 


ORANG MUKMIN YANG BERTAQWA TINGGI NILAINYA DI SISI ALLAHl


Orang mukmin yang bertaqwa tinggi nilainya di sisi Allah.
Mereka lebih berharga daripada seisi dunia.
Sebab mereka itu...
Kerana Allah, sanggup bersusah-susah.
Mereka korban apa saja kerana Allah.
Mereka menganggap segala-galanya itu adalah hak Allah.
Mereka membuat apa saja waktu hidupnya kerana Allah.
Bahkan ada di kalangan mereka terkorban kerana Allah.
Tidak hairanlah
Tuhan beli dengan rahmat-Nya,
dengan redha-Nya, 
dengan maghfirah-Nya 
dan kemuncaknya, dengan Syurga Allah.
Mereka di waktu hidup sebenarnya orang Allah.
Hidup mati mereka kerana Allah.
Mereka menjual dunianya untuk Allah.
Nasib mereka selamanya dan seluruhnya diserahkan kepada Allah.
Mereka redha dengan Allah apa yang dilakukan oleh Allah pada mereka.
Senang dan susah adalah kerana Allah.
Kepada mereka itulah pandangan Allah.
Dunia diberi berkat kerana merekalah.
Dunia tidak dikiamatkan kerana mereka jugalah.
Bahkan orang yang senang dan mewah, sekalipun orang kafir, kerana berkat merekalah.
Kalaulah manusia seluruhnya tahu pada mereka ini ada barakah, manusia terhutang budi kepada mereka
kerana mereka menjadi orang Allah.
Kerana orang bertaqwalah mereka dapat barakah dari Allah.
Tapi kebanyakan manusia tidak tahu bahawa mereka tersebut orang Allah.
Maka ada kalangan mereka mendapat susah dan payah 
kerana manusia yang tak kenal Allah dan tak kenal peranan Allah.

MADAH baru 400



*111*
Kalau seseorang itu amalan dunia serius dibuatnya, dihalusi dan dipercantikkan, diperluaskan dan dibanyakkan, dijaga dan dikawal,
tapi amalan akhiratnya dibuat cincai-cincai, tidak dihalusi, tidak dijaga dan dikawal,
tanda orang itu akan menyesal di akhirat kelak. 

*112*
Lumrah berlaku di dunia ini, para nelayan nasibnya seperti ikan yang diburunya.
Kalaulah ikan-ikan itu rezekinya tidak pernah disimpan,
begitulah para nelayan, rezekinya juga jarang disimpan.
Kalaulah ikan-ikan selalu sahaja kena jebak oleh pukat-pukat nelayan, begitulah juga para-para nelayan selalu sahaja dijebak oleh taukeh-taukeh ikan. 

*113*
Kalau kita hidup 70 tahun, bermula waktu lahir hingga 7 tahun,
hidup yang tidak tahu apa-apa dan tidak merdeka.
7 tahun hingga 20 tahun, hidup yang belum merdeka
kerana masih dikongkong oleh ibu bapa.
20 tahun hingga 55 tahun, hidup yang merdeka dan selesa.
55 tahun hingga 70 tahun, hidup yang sudah tidak selesa.
Kalau dipanjangkan lagi oleh Allah, berhadapan pula dengan hidup yang tidak berguna dan menyusahkan manusia.
Keindahan hidup pada seseorang itu sekadar 35 tahun.
Kalau dipanjangkan umur lagi sudah tidak selesa dan tidak indah. Selepas itu, berhadapan pula dengan kehidupan yang tidak berkesudahan, syurga atau neraka,
tidak gerunkah kita? 

*114*
Kalau kita tidak boleh sabar membuat kerja-kerja akhirat,
apakah kita boleh sabar kelak di dalam neraka? 

*115*
Kalau kita takut susah membuat kerja-kerja akhirat,
apakah ada jaminan kita tidak akan susah membuat kerja-kerja dunia?

Cinta dan Takutkan Tuhan sudah hilang


Cintakan Tuhan, takutkan Tuhan sudah hilang.
Cintakan selain-Nya, takutkan selain-Nya itulah yang mendatang.
Hampir setiap manusia ditimpa penyakit itu.
Itulah menunjukkan orang bertaqwa susah hendak dicari.
Cintakan sesama manusia pun sudah hilang.
Kerana manusia sudah memikir diri dan mementingkan diri.
Orang lain miskin, susah, apa peduli? Aku jaga diri.
Begitulah hampir setiap orang bersikap begitu setiap hari.
Bila takutkan Tuhan tidak ada, peri kemanusiaan gersang.
Mudahlah hasad dengki, mudahlah bermusuhan sesama sendiri.
Jatuh-menjatuhkan, fitnah-memfitnah akhirnya jadi  budaya.
Hilanglah ketenangan dan kebahagiaan dan hilanglah hidup yang harmoni.
Bila takutkan Tuhan, cintakan Tuhan tiada di hati.
Hormat-menghormati di antara murid dan guru, ibu bapa dengan anak-anak tidak ada lagi.
Pemimpin dan rakyat apatah lagi tidak terjadi.
Sesama rakyat jelata apatah lagi.
Bila takutkan Tuhan sudah tidak ada di hati setiap peribadi.
Berbagai-bagai cinta murahan di dalam masyarakat terjadi.
Akibatnya ke mana sahaja kita pergi, ketakutan menghantui.
Bilalah ketakutan hidup yang begini diakhiri.
Tuhan, selamatkanlah kami yang hidup di dalam ketakutan ini.
Datangkanlah seorang penyelamat yang tangannya diberkati. 

MADAH baru 399


*101*
Kalau miskin di dunia kita sangat takut maka mengapa miskin di akhirat kita tidak takut?
Padahal miskin di akhirat tempatnya di neraka.  

*102*
Kalau kesusahan dunia lebih kita takut dan mata benda dunia lebih kita cintai,
menunjukkan kita tidak cintakan akhirat (buta akhirat). 

*103*
Kalau kesusahan dunia lebih kita takuti,
sedangkan mereka makhluk serupa dengan kita,
kita akan mati, mereka juga akan mati,
menunjukkan Allah itu sekadar di mulut,
tidak dihati.
Kalau di hati, sudah pasti kita lebih takut kepada-Nya. 

*104*
Sulit sekali kita hendak mengajak manusia kepada Allah,
mengutamakan akhirat daripada dunia
kerana kita akan dikolotkan orang,
akan dibenci bahkan akan dimusuhi,
mungkin didera dan dihukum.
Hanya orang pilihan Allah sahaja yang sanggup menempuhnya. 

*105*
Banyak manusia membuat persiapan untuk dewasanya,
seterusnya membuat persiapan untuk masa tuanya,
jarang sekali manusia membuat persiapan di masa selepas matinya.

Apabila Tujuan Hidup Manusia Sudah Terpesong



Apabila tujuan hidup manusia sudah terpesong,
membuat apa sahaja bukan kerana Allah Taala lagi.
Tapi ada kepentingan diri sendiri.
Membuat kerja kerana duit, pangkat, kuasa, nama, betina dan glamour.
Sama ada dapat atau tidak dapat, side-effectnya yang negatifnya terlalu banyaknya.
Kalaupun berjaya di dalam kehidupan tapi tidak ada erti apa-apa lagi.
Bila tidak tercapai cita-cita, jiwa derita akhirnya kecewa kemuncaknya putus asa.
Jika berjaya pula, orang benci, orang hasad dengki.
Sekiranya mendapat kesusahan, orang tidak peduli.
Ramai manusia yang akan berkata-kata setidak-tidaknya di dalam hati: 'Padan muka.'
Kerana itu hiduplah kerana Allah.
Buatlah apa sahaja biarlah untuk Allah Taala.
Dari Allah, bagi Allah, untuk Allah.
Allah Taala adalah segala-galanya.
Buatlah kerana Allah sekalipun tidak berjaya.
Tidak berjaya kita tidak kecewa apatah lagi putus asa.
Jiwa tidak derita dan sengsara.
Kalau berjaya kita tidak megah.
Kerana kita tahu itu semua anugerah Allah, hati tidak berbunga.
Bahkan malu kepadanya, rendah diri setiap ketika.
Orang lain pun tidak benci dan marah.
Kecuali orang yang hasad dengki yang sudah parah. 


kisah tembikai

SYUKUR!
----------

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai. Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut. 

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tahu"
Suami: " Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yang manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

"Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli, atau pemborong atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja. 

Pengajarannya: Kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" dan memprotes Allah yang menakdirkan rezeki itu untuk kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

sukar muhasabah?

Seorang murid bertanya kepada Ustaznya,

Murid : Ustaz, kenapa ye begitu senang kita melihat kesalahan orang lain, tapi untuk muhasabah terhadap dosa sendiri itu sukar?

Ustaz : Begini, kamu lebih mudah melihat wajah orang lain atau wajah sendiri?

Murid : Tentulah wajah orang lain.

Ustaz : Begitu juga dgn dosa, kita manusia terkadang lebih suka melihat dosa orang lain tapi sukar melihat dosa sendiri. Kita boleh melihat wajah sendiri melalui sebuah cermin yang bagus. Kita boleh melihat kesalahan kita sebelum mengata kesalahan orang lain melalui cermin.

Murid : Apa cerminnya ustaz?

Ustaz : Cerminnya adalah sifat rendah hati. Ketika kamu rendah hati, kamu akan malu menyalahkan orang lain sementara kamu sendiri melakukannya.

REZEKI KURMA BUSUK

REZEKI KURMA BUSUK

JIKA..... tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya. 

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya. 
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama. 

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal. 

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus. 

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf. 

Sahabat gembira. 
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. 
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin! 

MasyaAllah..hebat kan? 
Cuba kalau kita? 
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah. 

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin. 
 
Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik. 
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk. 

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa. 

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk? 

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki. 

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak. 

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan, 
but Allah has also planned everything for us. 
If something goes wrong, it went wrong for a good reason. 

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..❤

syukur

SYUKUR!
----------

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai. Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut. 

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tahu"
Suami: " Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yang manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (orang tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

"Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli, atau pemborong atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja. 

Pengajarannya: Kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" dan memprotes Allah yang menakdirkan rezeki itu untuk kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Andai kamu

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka ingatlah, itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

mana lbh baik

Musahabah
------------

ADA SEGOLONGAN ORG YG KUAT BERIBADAH TAPI 'BERAKHLAK BURUK' &  ADA  SEGOLONGAN ORG YG TIDAK BERIBADAH LANGSUNG TAPI! 'BERAKHLAK BAIK'

YANG MANA LEBIH BAIK ??

"Wahai Syeikh, MANAkah yang lebih baik, seorang MUSLIM yang KUAT berIBADAH tetapi AKHLAKnya BURUK dan seorang yang TIDAK berIBADAH LANGSUNG tapi amat BAIK AKHLAKnya !!", tanya seorang pemuda...

"SUBHANALLAH !! KEDUA2nya BAIK", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"MENGAPA boleh jadi BEGITU ??", desak si pemuda tadi...

"KERANA orang yang TEKUN berIBADAH itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk berAKHLAK MULIA bersebab IBADAHnya... 
Dan kerana ORANG yang BAIK PERILAKUnya itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk semakin TAAT kepadaNYA ."

"Jadi SIAPA yang LEBIH BURUK ??", desak si pemuda tadi...

AIRMATA mengalir di pipi  Syeikh...
"KITA... wahai anak muda ",  ujar beliau...

"KITAlah yang seLAYAKnya berAKHLAK BURUK sebab KITA seringkali menghabiskan waktu UNTUK MENILAI ORANG LAIN dan meLUPAkan DIRI kita SENDIRI..." 
"Padahal KITA akan diHADAPkan di depan ALLAH dan diTANYAkan tentang DIRI KITA...
BUKAN tentang ORANG LAIN !! "

RENUNGKAN...

pengajaran kisah wang kertas

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari
kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara
Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka
bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di
masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka
bertemu semula secara tidak sengaja di dalam
dompet seorang pemuda.

Maka mereka pun berbual:

1. Wang RM100 bertanya 
    kepada RM1; "Kenapa 
    badan kamu begitu lusuh, 
    kotor dan berbau hamis?"

2. RM1 menjawab; "Kerana 
    sebaik saja aku keluar
    dari bank, terus ke tangan 
    orang bawah daripada 
    buruh, penjaja, penjual 
    ikan dan di tangan    
    pengemis."

3. Lalu RM1 bertanya balik 
    kepada RM 100," 
   "Kenapa kau begitu baru, 
    rapi dan masih bersih?" 

4. RM100 menjawab;"Kerana
    sebaik saja aku keluar    
    dari bank, terus disambut 
    perempuan cantik, dan 
    beredarnya pun di    
    restoran mahal, di 
    kompleks membeli-belah 
    dan juga hotel brbintang 
    serta keberadaanku selalu
    dijaga dan jarang keluar 
    dari dompet."

5. Lalu RM1 bertanya lagi; 
   "Pernahkah engkau brada 
    di tempat ibadah?"

6. RM100 menjawab; "Belum pernah"

7. RM1 pun berkata lagi; 
   "Ketahuilah walaupun aku 
    hanya RM1, tetapi aku 
    selalu berada di seluruh 
    tempat ibadah, dan di 
    tangan anak-anak yatim 
    piatu dan fakir miskin 
    bahkan aku bersyukur kpd
    Allah kerana aku tidak 
    dipandang sebagai 
    sebuah nilai, tetapi aku 
    dipandang sebagai 
    sebuah manfaat. 

6. Lantas menangislah 
    RM100 kerana berasa   
    besar, hebat, tinggi tetapi 
    tidak begitu bermanfaat 
    selama ini. Smoga cerita 
    ini memberi pengajaran 
    kpd kita semua..

**cerita yg simple tetapi membawa pengertian yg tersirat sbg pengajaran**

Untuk renungan kita bersama... kita hidup jgnlah
sombong dan ego dgn kedudukan dan pangkat..

Kerana adakalanya sesuatu yg kita hina itu lebih baik dan disanjung oleh masyarakat..

SEKADAR RENUNGAN..

JANGAN SOMBONG...IA MILIK IBUBAPA KITA

JANGAN SOMBONG...
IA MILIK IBUBAPA KITA !!
------------------------
Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: "Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu"  [HR. Ibnu Majah no. 2291]

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana Anak Berjaya dan bukan sedih kerana Angkara Anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /sedar hingga berlinangan air mata.

Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami /Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orang tua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A'lamiin.

PESANAN UNTUK KITA YANG BERGELAR ANAK

Wallahua'lam

Teguran dari Allah

Teguran dari Allah.

Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.

Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.

Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu. 
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap. 
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.

Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.

Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"

Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"

Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya. 
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.

Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.

Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?

Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
 Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.

Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.

Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.

Surah Ar Rahman

Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
.
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah

Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain. 
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri. 

 Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.

Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama. 

Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.

Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.

Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.

Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.

Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.

Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar. 
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.

Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH  supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
 .
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya  sekarang dia menjadi hafiz☺

.

Belajar sesuatu tak?

Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.

Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
 Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.

insyaAllah.
#ibumenulis

Bumi Tuhan... Bersaksilah