Alangkah indahnya di dalam satu masyarakat yang wujud perkara-perkara yang positif ini
Rata-rata orang merendah diri menjadi budaya
Berkasih sayang sangat ketara, bersatu padu dan bekerjasama
Pemurah penduduknya, setiap golongan masyarakat sekalipun yang miskinnya
Tidak ada kelas-kelas dan jurang di dalam masyarakat,
Semuanya boleh sama berdiri dan sama duduk sama rata
Keadilan pemimpin-pemimpinnya, kasih sayang para ulamak dan tawadhuknya, peribadinya contoh
Perempuan-perempuannya sangat pemalu terutama orang-orang mudanya
Para pemuda tidak menoda dan menjadi tenaga kepada masyarakatnya
Orang-orang tua ada wibawa, pengalaman hidup mereka tempat rujuk masyarakatnya
Ahli-ahli perniagaannya, sangat bertasamuh di dalam berniaga,
Mahu berlebih kurang dan bertolak ansur
Orang-orang kayanya tidak sombong, bahkan pemurah dan pembela
Orang-orang miskinnya sabar, redha, tidak meminta-minta, seolah-olah mereka juga kaya
Kasih sayang Tuhan pun datang sebagai rahmat kepada mereka,
Iaitu mereka orang miskin sering sahaja dibantu
Maksiat dan kemungkaran yang terang-terangan sedikit sahaja
Pergaduhan dan perkelahian jarang ada
Berjalan di waktu bila pun, tidak ada bahaya dan ketakutan
Kerana masyarakatnya aman, damai, harmoni, tenang dan menyenangkan
Itulah dia masyarakat yang mendapat rahmat dan berkat
Alangkah indahnya masyarakat begini
Semua orang merinduinya
No comments:
Post a Comment