Fenomena AKHIR ZAMAN yang memprihatinkan


◾️Banyak rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

◾️Gelaran semakin tinggi, akal sihat semakin rendah.

◾️Pengubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.

◾️Traveling keliling dunia, tapi tidak kenal dengan tetangga sendiri.

◾️Penghasilan semakin meningkat, ketenteraman jiwa semakin berkurang.

◾️Kualiti ilmu semakin tinggi, kualiti emosi semakin rendah.

◾️Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.

◾️Pengetahuan semakin bagus, kearifan semakin berkurang.

◾️Semakin ramai teman di dunia maya, tapi tidak punya sahabat sejati.

◾️Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.

◾️Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.

◾️Belajar semakin mudah, guru semakin tidak di hargai.

◾️Tekhnologi informasi semakin canggih, fitnah dan aib semakin tersebar.

◾️Orang yang rendah ilmu banyak bicara, orang yang tinggi ilmu bangak terdiam.

◾️Tontonan semakin banyak, tuntunan semakin berkurang.

Semoga kita semua di jaga oleh Allah swt dari kerosakan dan fitnah akhir zaman ini. Aamiin.

Dalam sujud ada keampunan.
Dalam sujud ada keinsafan.
Dalam sujud ada ketenangan.
Dalam sujud ada rasa kehambaan.
Dalam sujud ada kemakbulan.

Sujudlah kepada Rabbmu yang Satu.
Sujudlah walau sebanyak mana dosamu.
Sujudlah tanpa jemu hingga akhir nafasmu.
Sujudlah mengharap redhaNya.
Sujudlah memohon belas kasihNya.
Sujudlah.

“Keadaan paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa (di dalamnya).”

HR. Muslim

Selepas tahajud, kita akan rasakan kebahagiaan.

Selepas sedekah, kita akan merasakan kepuasan.

Selepas memaafkan, kita merasakan keringanan.

Selepas ibadah apa sahaja, kita akan segera merasakan kesannya dalam hati dan hidup kita.

Benar kata Ibn ‘Athaillah Al-Sakandari :

“Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita beramal sekarang namun Dia membalasnya nanti.”

Berkata Ibrahim Al-Khawas :

“Siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun dia tidak merasakan kelazatan balasannya di dalam hati, itu pertanda dia tidak jujur dalam meninggalkannya.”

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah