Bukan cakap nak byar hutang tapi....

RUPA-RUPANYA JANGAN SEBUT NK BAYAR HUTANG, TAPI SEBUT LAH BENDA NI...

Saya nak share 1 benda ni. Rasa bersalah pula bila simpan ilmu ni lama-lama. 

Malam kemarin saya sajalah sembang-sembang dengan sorang Agen Annona. 

“Dalam bisnes, apa matlamat utama awak? Ada apa-apa keperluan atau belanja nak kena settle urgent ke apa ke.. ?”

“Saya nak settlekan hutang kereta,Puan..dan 
Matlamat paling besar nak bantu team saya  dapat income 4 angka dengan ANNONA. 
Sebab ade yang nak pakai duit, next year ade yang nak anta anak belajar dekat oversea..”

MasyAllah..

Sungguh.. siapa je yang tak berimpian begini kan? Mulia hati mu.. Memang gigih nampak usaha beliau buat bisnes, malam tadi pun sempat buat kelas lagi kat anak-anak Ds. 

Kemudian, saya teringat 1 kisah yang dikongsi oleh guru saya mengenai hutang. Saya terus share dengan dia satu cara bercakap/berdoa apabila melibatkan HUTANG seperti yang di ajar oleh guru saya tu. 

Dan lepas saya share, agen saya tu pun cakap,

“Ya Allah..patutlah. Sebab tue la bila da settle 1 masalah datang yang lain pula!” 

Begini kisahnya. 

Guru saya ni pada satu waktu dulu.. di uji dengan satu ujian yang sangat dahsyat.. semua bisnes beliau lingkup dan di isytiharkan hampir muflis. Kereta, bisnes, semua tergadai hanya sebab nak bayar hutang. Beliau tinggal sehelai sepinggang dan berkelana dari satu masjid ke satu masjid..

Kemudian selepas satu masa, Allah hantar pada beliau seorang hamba Allah yang sangat berpengaruh dan sangat kaya raya dan atas rahmat Allah dibukakan hatinya dan dipendekkan cerita mereka menjalin usaha kerja bersama-sama. 

Alhamdulillah, bagai nampak kembali sinar di hujung terowong. Jalinan kerjasama ini memberikan semula pendapatan yang tetap dan lumayan pada beliau. 

Namun.. masa tu beliau kata, memang NIAT dah bila dapat duit gaji je mesti nak bayar hutang dulu.. dia tak nak orang cakap dia penipu.. dia memang betul-betul nak bayar duit orang balik..

Sampaikan satu tahap, seolah-olah tak nak tengok pun duit tu. 

Ambik untuk bayar hutang.  

Dapat je duit, bayar hutang.
Dapat je duit, bayar hutang. 

Duit banyak dok masuk, tapi semua tu habis kat hutang. Dan dia rasa penat.. 

Apa yang tak kena ni.. kenapa seolah-olah hutang tak habis? 

Rupa-rupanya, baru dia tersedar bahawa dia perlu membetulkan semula NIAT dia dan LAYANAN pada duit/rezeki yang dia dapat. 

Lepas dia betulkan semua tu, barulah berubah segalanya. Dan kini beliau hidup senang Alhamdulillah. 

Apa yang dia betulkan,

Kita jangan sebut nak BAYAR HUTANG dalam doa kita. 
Sebaiknya.. kita sebut atau doa NAK SELESAIKAN AMANAH Allah ni.. 

Memang betul..bila kita sebut atau niat nak bayar hutang tu asalnya dengan niat nak selesaikan amanah. 

Tapi apa yang kita dok ulang zikir selalu tu lah akan di proses di otak (RAS - Reticular Activating System) dan RAS ini tak semena-mena di aktifkan untuk tarik lebih banyak perkara lain yang melibatkan hutang!

Otak kita ni unik. 
Dia patuh pada tuan dia. 

Cuma tuan dia kena tahu cara nak cakap dengan betul supaya otak ni boleh proses dan jadi the ultimate magnet yang menarik rezeki. 

So let say tadi kita cakap nak bayar hutang kan.. alhamdulillah itu niat yang baik.. Allah suka hamba DIA yang langsaikan hutang.. sebab apa? 

Itu kan amanah. 
Duit orang lain tu. 

Cuma RAS ni tak paham hutang tu apa kebenda? 

So dia akan tarik duit just untuk bayar hutang saja lah. 

Last-last nanti kita ni akan rasa, asal dapat duit je habis bayar kat hutang. Asal dapat duit meniaga je habis bayar hutang. Bila masa nak boleh menyimpan ni? 

Jadi teknik berdoa atau bercakap ialah : 

Contoh : 

“Ya ALLAH, aku berjaya selesaikan AMANAH aku berjumlah sekian sekian pada bulan Disember 2019.Aamin.. terima kasih Allah.. “
Senyum penuh BAHAGIA..

Dan rasakan dengan penuh YAKIN dan PERCAYA amanah itu memang dah ditunaikan pun. 

Lepas tu, tiap-tiap kali bila kita dapat gaji atau hasil keuntungan dari bisnes, layanlah duit tu dengan satu perasaan kesyukuran yang amat tinggi. 

Bukan tengok duit tu macam musuh bagi kita. 

Ye lah.. kita tak perasan sebelum ni kita dok layan dia macam mana. 

Cer belek dompet. Check handbag. Ada tak susun dia elok-elok? Ke bersepah tungging terbalik kepala gabenor tu? Hi hi. 

Lagi satu, 
Dalam wallet kita tu, penuh dengan apa? 
Duit ke resit yang lebih? 

Memang tak dinafikan kita wajib simpan resit untuk rekod. 

Kalau simpan resit dalam wallet, kita mungkin akan tarik lebih banyak resit, maksudnya apa? Maksudnya mungkin kita akan spend lebih banyak untuk berbelanja! 

Jadi, jangan simpan dalam wallet. 
Simpanlah dalam envelope asing setiap kali membeli sesuatu.

InsyaAllah.. Allah kan mengikut sangkaan kita. Dan Allah takkan sesekali pun mensia-siakan permintaan hambaNya. 

Doa, usaha, tawakal Lillahitaala. 
InsyaAllah kita dapat hidup dengan kebebasan kewangan yang kita impikan. 

Alhamdulillah.. sekarang kami pun dah berjaya selesaikan amanah-amanah Allah ni dan tiada lagi hutang yang ‘jahat’ itu. 

P.S Jangan lupa #LIKE & #SHARE posting ini..sama-sama buat pahala di bulan mulia ini. Moga asbab perkongsian ini dapat bantu lebih ramai sahabat kita yang lain menunaikan amanah Allah 

Selamat berbuka ♥
Credit to #jendelaspa

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah