*Saya tidak mampu untuk melakukan secara rutin kesemuanya namun sangat berazam untuk dapat melakukan meskipun tidak secara total *
Pertama :
Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.
Kedua :
Tilawah Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...
Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka
Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.Yakinlah, manfaat solat dhuha sangat dashyat dalam mengundang rezeki...
Kelima :
Jaga sedekah setiap hari.Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orang yang bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yang sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..
Keenam
Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang
sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.
Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat.Hal ini Kerana dengan istighfar Allah akan mengampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun Hati yang penuh dengan dosa akan menyebabkan nur hidayah Allah tidak akan menembusi hati yang disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dengan istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk ke lubuk hati kita jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kita ke jalan syurga.
Ke lapan
Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana di sana malaikat sedang menanti untuk mendoakan mereka yang berada dalam majlis ilmu dan zikir dan menjanjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan ke majlis ilmu dan zikir .Maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.
Kesembilan
Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya
Kesepuluh
Sebarkan assalamualaikum wbt
dan salam ukhwah saya kepada semua orang yang saya kenal atau pun kepada orang yang tidak saya kenal. Hal ini kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak nikmat rahsia yang tersembunyi.Ia sangat ringan untuk disebarkan namun di akhirat akan menjadi berat timbangannya.
Jangan bangga dan sombong dengan umur yang di anugerah Allah kerana diakhirat nanti Allah akan bertanya bagaimana umur yang dianugerah Allah dipergunakan
##ingatanbuatdiriyangselalulalaidanlupa❤❤
No comments:
Post a Comment