KAFA

Boleh tak kalau tak hantar anak ke KAFA (sekolah agama petang) ⁉️
KESIAN anak PENAT, balik Sek Keb pukul 1 tengahari..
Pukul 2.30 petang dah kena ada di KAFA sehingga jam 5.45 petang..
Bila MASA anak nak REHAT, buat kerja sekolah dll ⁉️

Tak payah nak KESIAN (manjakan) anak..
Sebaliknya, KESIANkan diri kita sebagai Ibu Bapa, jika kita MENINGGAL kelak..
Anak kita JAHIL ilmu Agama..
Tak kenal 20 SIFAT WAJIB Allah..
Tak tahu BERIMAN kepada Hari Kiamat, Qada' & Qadar..
Tak tahu 7 jenis air MUTLAK.. 😥

Silibus KAFA pun tak berat mana..
Buku Teks pun nipis je.. 📚📚
Anak bawa beg kecik/ringan je pergi KAFA.. 😘

Jangan risaukan 'BATERI' anak..
Kalau pemakanan mereka betul, memang tahan lama 'bateri' mereka, tak mudah penat atau mengantuk.. 🥰🥰

Macam mana pula dengan bayaran/YURAN ⁉️
Anak ramai, nak sediakan keperluan Sek Keb, lepas tu KAFA lagi.. 😂😂

Pengalaman saya, PENDAFTARAN KAFA dalam RM 100-200 seorang anak, untuk BUKU dan yuran..
Bulanan hanya RM 20.. 💰💰

Teringat kata-kata seorang Ustaz dalam kuliahnya..
JANGAN BERKIRA nak hantar anak belajar ILMU AGAMA..
Orang kita, sanggup hantar anak tuisyen berpuluh/beratus RM..
Tapi hantar KAFA RM 20 sebulan, atau upah Guru Mengaji 2 angka sebulan..
Kita rasa BERAT sangat.. 😥

Kita niatkan DUIT kita hantar anak belajar agama sebagai JIHAD..
Mudah-mudahan, Allah permudahkan/permurahkan REZEKI kita.. 🤗🤗

Saya bukan USTAZAH..
Saya tak pernah (tak sempat) sekolah KAFA..
Saya tak banyak ilmu agama..
Maka, saya nak anak-anak saya bukan sahaja dapat ILMU DUNIA.. tapi juga ILMU AKHIRAT yg mungkin saya sendiri tak boleh bagi..

Sekian perkongsian untuk yg pernah tertanya atau sedang buat keputusan nak masukkan anak ke KAFA.. 😊

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah