Bagaimana 5 guru ini merubah gaya fikir insan bernama bernama Abdul Basit

.

#1- Tuan Nik Hasyudeen ( Ceo Tabung Haji ) 

Pesan beliau;

"Di sekolah kita diberi masalah, kemudian kita diminta untuk selesaikan. 

Dalam kehidupan, ianya berbeza.Dalam hidup, diri kita sendiri perlu mahir kenalpasti masalah. 

Jika kita salah dalam mengenalpasti masalah, maka salahlah solusi yang kita akan keluarkan."

#2- Dato' Hussamuddin Yaacub ( Pemilik KarangKraf) 

Beliau berpesan;

"Success is created by design. Kita perlu ada  visi yang jelas. Visi paling agung, bila kita mati kita nak masuk surga, then we work backward.

Ada dua profession paling mulia dalam dunia.
1. Org yang bantu org lain.
2. Org yang memandaikan org lain.

Utk masuk surga kita perlu sering bantu orang lain. Bantu macam mana? Bantu dengan memberi. 

Bila kita nak memberi, kita sendiri perlu ada banyak duit. Siapa golongan yang ada banyak duit? Org yang ada duit banyak adalah usahawan."

#3- Dato' Radzi Saleh ( Pemilik K-Link Indonesia) 

Pesan beliau;

"Kehidupan ini membuat saya tidak yakin dengan masa depan. Bila saya lihat orang lain lebih sukses daripada saya, saya jadi down.

Bila saya buat bisnes semuanya hancur. Masalah ketika itu adalah saya tidak punya modal yg cukup.

Sampai ada ketika saya rasa tidak sanggup nak hidup lagi. 

Saya sudah banyak kali jatuh tapi kenapa saya boleh bangun semula?

Jawapan saya adalah kerana saya sudah tidak ada pilihan. Saya perlu berjaya untuk terus hidup.

Bila saya diberi kesempatan untuk bawa perusahan ke Indonesia, saya tidak fikir panjang.

Dengan modal 30 ribu USD, saya mula perniagaan di Indonesia.

Hari ini, orang cakap saya sudah berjaya tapi saya rasa saya masih lagi kurang berjaya. 

Bagi saya, kunci untuk berjaya itu ada tiga;

1. Harus ada skill dan ilmu.
2. Harus miliki strategi yg tepat.
3. Harus punya desire nak berjaya.

Dalam market Indonesia, 'know how' itu penting tapi 'know who' itu lebih penting."

#4- Tuan Norizan Bin Sharif (nobisha) ( US Market Explorer) 

Pesan beliau;

"Bisnes itu adalah suatu perjalanan bukan destinasi.

Waktu kita berada diatas, kita akan nampak orang dibawah itu kecil. 

Tapi jangan lupa, orang yang memandang kita dari bawah jugak nampak kita ini kecil.

Minda keusahawanan global = Don't sell to those around you.

Ramai org buat bisnes berniaga keliling rumah. Ramai yang tak tahu, bisnes Rasulullah bukan bisnes local. Siti Khadijah sendiri ada bisnes di Ethopia.

Bagaimana minda keusahawanan global Rasullulah bermula?

a. Ayah Rasullullah meninggal dunia dalam perjalanan balik dari Syam (luar negara).

b. Rasullullah sediakan gig/sharing economy sediakan servis mengembala.

c. Rasullullah sediakan global logistic servis sehingga Syam dan Yaman - bermentorkan Abu Talib

5 kali bawa barang ke luar negara, 1 ke Yaman 4 ke Syam.

d. Partnership business model

Rasulullah kahwin dengan Siti Khadijah yang sudah berbisnes sampai ke Mesir dan Ethopia."

#5- Puan Ainon Mohd ( Pengasas PTS dan ABS) 

Beliau berkongsi tentang;

"Ibrah sirah perang badar. Bagaimana cara untuk urus kemenangan dan urus keuntungan.

Perang Badar disebut sebagai perang yg bawa keuntungan. Keuntungan dalam peperangan disebut sebagai ghanimah.

Ghanimah tidak sama dengan bonus. Kalau cara kira barat semua orang dapat formula keuntungan yang sama.

Keuntungan perang (ghanimah) berbeza. Nabi Muhammad SAW bahagikan keuntungan kepada tiga kumpulan tentera.

Tentera berkuda akan dapat 3 bahagian

Tentera pemanah akan dapat 2 bahagian.

Tentera pejalan kaki akan dapat 1 bahagian

Begitulah juga ketika memberi reward kepada pasukan.

Pembahagian bonus kepada pasukan boleh menggunakan konsep ghanimah. 

Pecahkan beberapa kategori pasukan sebelum mengagihkan keuntungan mengikut tahap dan kategori pasukan."

Ini antara cebisan wisdom yang dikongsikan oleh lima guru bisnes ketika saya menghadiri satu seminar di Puchong baru- baru ini.

Saya selalu berpesan kepada anak didik saya, ilmu itu mendatangi bukan didatangi.

Bertebaranlah mencari ilmu kerana ia akan membezakan kita hari ini dengan kita hari esok.

Ps: Bersama Tuan Guru Dato’ Roslan Ab Hamid, insan yang bertanggungjawab mengumpulkan 5orang guru bisnes diatas.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah