Jangan Kondem kawan

😂 Bila Neelofa jual tudung semua beratur beli
😂 Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli
😂 Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli
😂 Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli
😂 Bila Che Ta jual perfume semua teruja nak beli
😂 Bila Zizan jual t-shirt semua ghairah nak beli 

Semua beli saja... Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Sanggup beratur dari subuh sampai malam. Sanggup berasak-asak bawah ketiak orang ramai. Tawar menawar tiada. Beli saja....

Tapi .....

Bila kawan sendiri berniaga , tak lekang di mulut
“ TAK DAPAT KURANG KE ? ”
“ MAHALNYA ... "
" TAKDE HARGA MEMBER KE "
" BELANJA LAH POSTAGE "
" BAGI LAH AKU FREE ALA DENGAN AKU PUN NAK BERKIRA "
Itu nasib baik beli juga katanya support member. Ada pula nak lalu kedai kawan pun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada pula tu kawan jual barang artis ternama pun ada yang cakap “TAKPE LAH SAYA BELI DENGAN DEALER”.

JANGAN CONDEM BILA KAWAN BERNIAGA. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi nasihat membina.

Nota Kaki :

1. Status ni C&P. Tujuan nak support bisnes kawan-kawan di FB

2. Tambahan : Rasanya ramai yang berniaga bukan untuk kumpul kekayaan tapi untuk survival . Tau tak, kadang-kadang duit untung niaga rm5-10 @ komisen 1-2% tu lah satu-satunya tambahan pendapatan beli susu, pampers anak, bayar rumah, kereta dan lain-lain 😀

Tak beli takpe, doakan dan tolong bgtau kat kawan lain pun dah ok. 😉

Baca dan ambil iktibar... Mungkin orang tu baru nak bernafas so please jangan ambil kesempatan diatas dasar nama 'KAWAN'... Bisnes tetap bisnes! #support

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah