Tinta dan peringatan buat pejuang!

Assalam.. ini post2 yang lepas... tapi nk kongsi juga  sebagai renungan kita bersama. Di kongsi buat diri dan anda yang sedang membaca..:).. Selamat membaca.. tukar MOOD kepada jiwa seorang yang bercita2 Islam..(",).. Anda seorang Islamkan? Mesti ada sesuatu untuk agama yang dah mendarah daging dalam hidup anda.. silakan membacanya...

Tuhan CInta Agung! Perjuangkan Tuhan :)

 Kekal lama atau istiqamah?
 
Di dalam jemaah perjuangan Islam,
orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,
payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya

Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi
payah sampai ke hujung perjuangannya
Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran
Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan kawan atau pemimpin
Biasanya orang yang boleh kekal di dalam perjuangan kebenaran
Dari permulaan hingga ke destinasinya
Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
Yang boleh menerima khawariqul ‘adah tanpa logik akalnya
Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego
Yang mudah memberi taat dan setia
Orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya
Orang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah dalam perjuangan 


Hendak Berjuang?

Engkau hendak berjuang? 
Baguslah kalau itu keinginanmu 
Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin
Engkau tidak akan kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri

Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?
Apakah fikiranmu sudah Islam?!

Sudahkah engkau kenal nafsumu?
Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?
Ke mana dia hendak membawamu?!
Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?

Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak dilepaskan
Yang negatif hendaklah ditahan
Melepaskan yang positif, menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, iaitu jiwamu

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara
Yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah disebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan

Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan ia ditaati

Kalau belum sampai ke taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa disedari
Sekalipun niat engkau suci


Bila Bercampur

Bandingan seseorang yang mencampur-adukkan perintah Allah dengan larangan-Nya ialah seperti seorang pesakit yang makan ubat tapi makan juga pantang-larangnya. Alhasil sakit tidak juga baik.



Ertinya orang yang melaksanakan perintah-perintah Allah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, berkorban, berjuang dan lain-lain. Kemudian dibuat juga larangan Allah seperti makan riba atau membantu sistem riba, judi, bergaul bebas tanpa batas lelaki perempuan, dedah aurat, mengata, hasad dengki, riak, ujub, bakhil, tamak, pemarah, ingin pangkat, mendirikan sistem pendidikan sekular dan lain-lain lagi, maka dia sebenamya tidak akan mendapat apa-apa di akhirat nanti. Samalah keadaarmya dengan seorang yang sedang terlantar kerana sakit kencing manis misalnya.


Bila doktor bagi ubat, diamakan tanpa menolak satu pun. Kemudian datang tukang bawa makanan, diarnbilnya makanan-makanan yang dilarang makan oleh doktor. Teringin, katanya. Apakah hasilnya? Kalaupatut dia dirawat cuma dua bulan di hospital, mungkin akan jadi lima bulan. Mungkin juga dia akan menderita sakit selama-lamanya. Tidak mungkin berlaku ubat yang disertai oleh pantang larangnya itu dapat membawa kebaikan atau kesihatan pada orang itu. Janganlah dibandingkan perkara ini dengan berkata, "Minyak dan air tidak mungkin bercampur."


Itu bandingan yang tidak tepat. Sebab nilai kebaikan dan kejahatan tidak boleh disamakan dengan minyak dan air sebab kebaikan dan kejahatan adalah dua perkara yang bertentangan sedangkan minyak dan air sama-sama membawa kebaikan pada manusia. Seorang yang ada air dan ada minyak adalah orang yang memiliki bahan-bahan yang berguna tetapi seseorang yang baik, tapi buat juga jahat boleh membuatkan orang tidak percaya padanya. Ya, satu segi dia banyak kawan, orang baik pun kawan dia.


Orang jahat pun terima dia, tapi hakikatnya dia akan keseorangan. Orang baik pun tidak ambil dia masuk group mereka, sebab dia tidak baik betul. Dan orang jahat pun tidak ajak `joint' dengan mereka, sebab dia tidaklah jahat betul. Jadi, akhimya keseoranganlah dia di atas pagar. Bila, orang jahat dan orang baik bertembung untuk mempertahankan cita-cita perjuangan mereka, maka si dia di atas pagar perhati saja, mana kuat dan nampak-nampak hendak menang dia akan lompat ke sana.


Orang begini adalah golongan hipokrit atau munafik yang tempatnya ialah di dasar neraka. Jadi janganlah lagi kita bangga kerana dapat buat baik dan buat jahat sekali (all rounder). Tetapi buatlah kebaikan kerana Allah, dan tinggalkanlah kejahatan kerana Allah. Dan janganlah mencari kepentingan- kepentingan lain di sebalik tindak-tanduk kita


 Sekian sahaja.. Selamat berjuang saudara2ku. Perjuangan yang besar tu ialah menundukkan hawa nafsu dalam diri. Itu yang perlu kau lakukan dahulu.. jika tidak, mazmumah menjadi pakaian diri... Renung2kan dan selamat beramal..(",) wasaalam.. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah