assalamualaikum... alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk menulis. sikap hamba seperti aku, selalu cuai dlm mengucap syukur. seharusnya syukur itu menjadi bunga kepada setiap mukmin yang melangkah atas muka bumi tuhan ini..
hari ini ke Taman Tenaga. Saudara kenduri kahwin. Sangat beruntung kerana pada hari ini, apa yang di usahakan untuk sekolah akhirnya dapat. LCD screen n cordless microphone.. lepas request kpd syarikat Metrix Research utk brg2 tersebut, senyap tanpa berita. rupanya, surprise! dpt juga pada tarikh ini, 5-5-12. pasti pihak sekolah gembira. Terima kasih kepada pihak Metrix Research kerana sudi utk menyumbang kepada pihak sekolah.
bersama pengerusi Metrix Research Sdn Bhd, En Abdul Razak bin Manaf |
Sepanjang 4 bulan dalam tahun 2012 ni, byk yg telah berlaku, tapi tidak tercatat dlm blog ini..
biarlah diceritakan sedikit dr tidak diceritakan langsung. mana tau ada ikhtibar dan pedomannya..:).. x gitu? hehe..
Bulan 1 dan 2 adalah bulan ping pong. latihan yang dibuat menghasilkan perak peringkat daerah, ALHAMDULILLAH. kali pertama masuk dan ada pingat.. pingat pertama utk SK Chengkau bagi tahun 2012. bulan 2 juga, aku mula mengecat stor sukan yang sudah kusam menjadi ceria.
Bulan 3 terlalu byk aktiviti. MTAQ, Olahraga, Exam, PIBG.... mesyuarat2 pun banyak.. huhu.. kejayaan yang di capai dalam kejohanan barlapan dan padang adalah 2 emas bagi acara lonpat tinggi L12 dan Lontar peluru P12. Bagi pertandingan MTAQ, Johan bagi kedua2 ketegori bercerita lelaki dan perempuan bwh 12 tahun. Alhamdulillah, sume select ke negeri..
Bulan 4 pun x kurang byk juga aktiviti. Bola sepak, bulan BI, perkhemahan daerah, chess daerah... x terkejar.. alhamdulillah, budak2 seronok dlm setiap penyertaan. ada juga menang beberapa pertandingan pd bulan ini, tp agak malas utk diceritakan..:)
Bulan 5 yang baru ni dimulakan dgn chess dan bola baling. latihan chess pusat bagi daerah rembau dari 2 mei hingga 4 mei 2012. byk yang aku belajar tntg chess ini bersama Kak Teh, cg Khuzairi, kak Munira dlln... bola baling pun quite ok lh. minggu dpn kursus BI kat SKUR. murid2 kt sekolah pulak exam.. hrp2 anak2 tue boleh jawab dgn baik. gembirakan cikgu2 dan mak ayah...
dalam pada itu, berkenaan kerohanian ttp xle tinggal. apa yg mampu hanyalah menyampaikan tazkirah pada hari jumaat lepas yasin. itupun sekejap sahaja. kdg2 mulakan kelas dgn sedikit tazirah,kenalkan doa2 lazim.. daripada tinggal terus, baik buat sedikit. murid2 memerlukan sentuhan rohani ini. selain itu, bagi murid2 pinjam buku2 agama. mereka minat dan bace buku itu... team circle belum start lagi utk tahun ini.. insyaAllah, dlm masa terdekat. insyaAllah...
erm, dlm menempuh hari2 dalam hidup ini sebagai seorang remaja, memang tidak terlepas dgn petanyaan pasal JODOH.. biasa lah. dah umur 25 and above ni. Aku serahkan pada Allah, moga dia mmberi yang terbaik buat diriku, masa depanku, agamaku, duniaku dan akhiratku.. ameen...
malam dh makin lewat... sampai sini sahaja.. wassalam.
No comments:
Post a Comment