Bukan Senang Untuk Mendapat Kawan
Setia
Boleh berkawan di waktu susah dan
senang
Di waktu susah dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran
Dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada yang hendak
dimakan
Dia beri bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum
diminta
Kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat dia
melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah
kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil
berat
Tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya
Amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri
juga
Apabila susah agak lama tidak
berjumpa
Sudah tertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama
tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan
dipuji-puji di belakangnya
Kebaikannya ditutup dan
kecacatannya tidak diumpat
Mengututamakan kawan dan dirinya
Selepas mati keluarganya tetap
dihubungi
Sillaturrahim dengan keluarga
kawannya
Selepas mati tetap ditolong
Aduh mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia
dengan kawan
Aku mohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan
kawan
No comments:
Post a Comment