As-salam....Sudahkah kita mengenal diri kita? Mengenal
 diri bukanlah sekadar menilai kecantikan, tinggi rendah, warna kulit, 
keturunan dan bangsa. Kerana manusia sebenarnya terdiri dari dua jasad 
yang dipadu erat, iaitu jasad lahir dan jasad batin. Mengenal diri 
ertinya mengenal hakikat manusia. Hakikat manusia adalah batinnya. Tanpa
 hakikat, yang lahir tidak berguna.
|  | 
| Sudahkah aku mengenal diriku? | 
Jasad
 lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Kalau kita gagal mengenal 
jasad batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia. Jadi 
mengenal diri sebenarnya bukanlah mengenal rupa lahir, tetapi yang lebih
 penting adalah mengenal watak batin, iaitu jiwa, fikiran, kebolehan, 
kecenderungan, watak, nafsu dan kekuatan yang ada pada diri kita.
Dengan
 mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat 
melatih diri kita dan meletakkan diri sesuai pada tempatnya. Bila tidak,
 maka akan terjadi kerosakan di muka bumi kerana kita telah melakukan 
sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwa kita, berlakulah kejahatan, krisis
 jiwa dan ketegangan fikiran hingga hilanglah kebahagian. Renung-renungkan dan selamat beramal.:)
 

No comments:
Post a Comment