as-salam... Sebenarnya waktu ini, Islam telah disalah 
gambarkan. Islam telah disalah tafsirkan. Bahkan Islam telah 
disalahertikan. Hingga Islam dipandang begitu buruk oleh masyarakat 
dunia terutama orang-orang bukan Islam disebabkan oleh kesalahan umat 
Islam sendiri. Umat Islam yang mempersembahkan Islam dengan tidak tepat 
samada dari segi Tauhid atau samada mereka menjadi pasif atau militan. 
Kini, kedua-dua ...golongan ini sangat ditakuti.
 
Golongan pertama iaitu pasif membawa kepada kemunduran umat Islam. Golongan kedua iaitu militan lagi menakutkan. Mereka nampak ganas dan kasar sedangkan ajaran Islam begitu cantik dan indah. Kalau Islam itu dapat dipersembahkan secara tepat, orang bukan Islam pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam.
Golongan pertama iaitu pasif membawa kepada kemunduran umat Islam. Golongan kedua iaitu militan lagi menakutkan. Mereka nampak ganas dan kasar sedangkan ajaran Islam begitu cantik dan indah. Kalau Islam itu dapat dipersembahkan secara tepat, orang bukan Islam pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam.
Berkenaan rasul pula... Sesetengah Rasul apabila masuk berperang (mereka 
boleh membunuh)tetapi mereka tidak membunuh. Kalaulah membunuh orang itu
 dianggap hebat, yang paling banyak membunuh orang adalah Rasul. Tetapi 
tidak ada seorang pun yang Rasul bunuh. Kecuali kalau kita dengar kisah 
Nabi Musa ketika berumur 18 tahun. Ketika itu dia belum menjadi Rasul 
dan belum menjadi Nabi. Dia melihat dua orang sedang bergaduh iaitu diantara
 orang Qibti dengan Bani Israel. Dia hendak meleraikan mereka tetapi dia
 tertolak sedikit salah seorang daripada yang bergaduh. Oleh kerana dia 
ada mukjizat, orang itu mati. Dia bukan berniat hendak membunuh tetapi 
dia mati juga. Nabi Musa ketakutan sebab dia hanya bermaksud hendak 
meleraikan pergaduhan.
 Di antara pemuda Qibti dengan Bani 
Israel, yang mati itu adalah pemuda Qibti. Maka Firaun tuduh Nabi Musa 
dan mengatakan yang Nabi Musa mahu mempertahankan bangsanya. Kerana yang
 mati itu bukan bangsanya. Itu yang menjadi masalah. Sedangkan dia bukan
 berniat hendak membunuh. Bagaimana pun ketika itu dia belum menjadi 
Rasul. Setelah dia menjadi Rasul, memang dia tidak pernah membunuh 
walaupun seorang. Yang peliknya umat Islam hari ini bahkan sesetengah 
ulama, bila dikatakan jihad, mesti bunuh orang. Bila disebut jihad, 
mesti berkasar dengan orang. Di mana mereka belajar tentang ini semua?

 

No comments:
Post a Comment