kongsi

salam.. terbaca post seorang sahabat... dari ayahnya... begini bunyinya...

Kata Aby,
"Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi.."
Hakikatnya, manusia itu sudah kehilangan Tuhan. Bila mereka melupakan Tuhan, maka Tuhan berlepas tgn lah dr mereka. Maka banyaklah masalah masyarakat berlaku..

Malah ada dikalangan manusia yg ingin membetulkan org lain(nmpk pd lahirnya) , hakikat dirinya menjadi tunggangan nafsu dan syaitan. Kesalahan orang sentiasa di matanya, kesilapan sendiri  lelap2 mata sahaja... bila di depan org nmpk hebat ibadahnya, bila  berseorangan, berbeza... nauzubillah... Ghurur.. itulah gelaran yg selayaknya menurut Imam Ghazali r.a. 

Minta Tuhan jauhkan aku dari menjadi orang seperti itu. takut ilmu yang Tuhan bagi digunakan untuk menyuluh orang lain, tanpa menyuluh diri sendiri.. Peliharalah aku ya Allah.

wallahua'lam. 


renung2kan...
Kata Aby,
"Bagi orang yang terzalim janganlah susah hati kerana ada satu lagi mahkamah Rabbuljalil di Akhirat nanti yang akan mengadili. Para penzalim janganlah senang hati, kamu akan dibicarakan di Akhirat nanti, data dan fakta terang sekali. Di waktu itu kamu sendiri berpuas hati."
Kata Aby,
"Akhlak baik itu semua orang suka sekalipun orang yang tidak berakhlak.." 



Kata Aby,
"Melihat pemandangan yang indah terasa kebesaran Allah, dapat nikmat terasa pemberian-Nya, berhadapan dengan ujian terasa ketentuan-Nya, di mana berada terasa Allah memerhati. Itulah tauhid yang hakiki..!"
Kata Aby,
"Di antara fitrah semulajadi manusia, ia suka kalau orang berbuat baik dengannya. Sekalipun dia jahat dengan orang lain.."

Aby pesan,
"Setiap satu ulas nasi yang kita makan, walaupun yang menciptakannya Tuhan yang Maha Esa, tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan baru sampai ke mulut kita. Ertinya baru satu ulas nasi sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita, belum lagi perkara-perkara lain, tapi pernahkah kita berfikir dan sedar..??"

Kata Aby,
"Mukmin sejati (orang bertaqwa) selalu lapang dada. Orang bersalah dengannya dimaafkannya. Dia bersalah kepada orang dia meminta maaf kepadanya. Ujian yang menimpa sabar menerimanya. Ketentuan Allah dia redha, orang jahat didoakannya agar mendapat hidayah. Orang baik disokongnya, waktu susah dan senang sama sahaja, sepertimana ia diziarahi orang dia juga suka menziarahinya. Dengan orang Islam selalu baik sangka.."

Kata Aby,
"Apabila tidak redha dengan ketentuan Tuhan, ertinya benci dengan Tuhan, tidak bersyukur ertinya lupa dengan Tuhan, tidak sabar ertinya menyanggah perbuatan Tuhan, tidak bertawakkal ertinya bekerja tidak mengharapkan bantuan Tuhan.."

Kata Aby,
"Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya."

Kata Aby,
"Mengapalah umat Islam hari ini apabila hendak menyelesaikan satu-satu masalah, seperti hendak memerangi gejala-gejala sosial masih tercari-cari dan meraba-raba mencari kaedah padahal di dalam Al Quran dan Hadis sudah cukup panduan-panduan bagaimana hendak menyelesaikan masalah masyarakat. Adakalanya kaedah yang telah diapply di barat itulah yang diambil untuk dijadikan panduan sedangkan Barat telah gagal."

Kata Aby,
"Gejala masyarakat yang tidak sihat bukan boleh selesai, dengan pidato berapi-api, mengugut-ugut dan mencaci-caci, buat undang-undang, tangkap dan gari. Ia memerlukan sifat taqwa yang menangani, kaedah yang tepat, pimpin secara dekat."

Kata Aby,
"Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati."

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah