As-salam.. Setiap anak Adam adalah pesalah-pesalah. Dan sebaik-baik orang yang bersalah, orang yang bertaubat... Seorang hamba Allah berkongsi cerita ini sebentar tadi... Mari baca (",).. x rugi baca kisah pendek ini..:)
Segerakanlah taubat! |
Suatu masa ada seorang badwi datang kepada Sayidina Ali ra dan bertanya,
'Wahai Ali, aku ini banyak membuat dosa, apa perlu aku buat ?'.
Jwb sayyidina Ali, 'Bertaubatlah!'.
Dengan gembira si badwi itu pun beredar. Selang beberapa hari dia datang kembali kepada Saiyidina Ali bertanya lagi.
'Aku berbuat dosa lagi, apa perlu aku buat...?'.
Jawab Sayidina Ali, 'Bertaubatlah....!'.
Si
Badwi itu termenung sebentar, tetapi sayidina Ali segera memberi
isyarat dan memberi semangat kepadanya. Merasa puas dengan jawapan itu,
lalu ia beredar.
Selepas
beberapa minggu si badwi itu tiba-tiba muncul kembali mengadap Sayidina
Ali ra. Lalu dia bertanya lagi sekali soalan yang sama seperti
sebelumnya. Dengan tenang Sayidina Ali menjawab, jawapan yang sama
seperti dahulu. Kerana tiada jawapan lain yang diberi dia beredar dengan
keadaan sedikit kecewa.
Namun belumpun jauh dia beredar, dia berpatah balik kepada Sayidina Ali lalu bertanya,
'Sampai bila perlu untuk aku berbuat dosa..., kemudian taubat lagi....?'.
Lalu Sayidina Ali menjawab, '.....sampai yang putus asa adalah syaitan.., bukan kamu!!'.
Beberapa tahun selepas itu Sayidina Ali ra terjumpa semula badwi tersebut dan dia sudah pun menjadi tabiin yang sangat soleh.
Uhibbus solihina wa lastu minhum....
No comments:
Post a Comment