Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan 
jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau 
meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak 
menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib 
kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan 
perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku 
juga.
Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk 
menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana 
sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. 
Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita 
mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha 
manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.
Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension 
ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib ‘malang’ yang pasti menimpa 
kita?
Antaranya ialah:
1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga 
mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita 
adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. 
Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, 
tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. 
Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat 
olehTuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan 
kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan 
perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas
 diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah 
hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita 
rasa berkuasa, rasa mampu clan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk 
bergantung dan berharap kepada Tuhan.
2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.
Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud 
yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak 
hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia
 mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta 
bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi 
orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih 
bergantung dan berharap kepada-Nya.
b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud 
pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana 
miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia 
mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah 
melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkanTuhan tidak 
membantu kita.
c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan 
mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang 
lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam 
hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu 
mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah 
penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti 
sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati
 ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan 
terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.
Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, 
barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, 
bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama 
ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar 
batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah
 untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita 
kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan
 terselamat dari kemurkaan-Nya.
3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara 
positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil 
yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara 
negatif, hati kita akan tertekan clan tension dan sudah tentu kita juga 
akan mendapat hasil yang negatif.
Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap 
hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita 
menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, “Kerana 
dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk 
membersihkan dosa-dosa aku yang lepas.”Ataupun kita boleh berkata 
begini, “Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau 
aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisiTuhan tetapi yang
 lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.”
Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah
 atau berleter-leter, merotan, memukul dan menghukum anak di luar 
batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, 
kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak 
kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, 
berkat baik sangkanya kita kepadaTuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: “Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu ke atas-Ku.”
Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana 
nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas 
geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada 
orang lain. Hati kita mungkin berkata,”KenapalahTuhan berikan aku anak 
yang senakal ini,” atau kita akan berkata, “Tak guna dapat anak macam 
ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. “Akibat didikan yang kasar 
itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila 
besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang 
kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia 
besar. Bukan sahaja anak kita yang rugi, kita juga akan turut rugi sama.
 Ini semua kerana buruk sangkanya kita clan tidak pandainya kita 
menerima takdir Tuhan.
Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. 
Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan 
penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita
 dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifatsifat 
yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga 
tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling 
kita.



 

No comments:
Post a Comment