semalam...


As salam.. alhamdulillah.. Segala urusan taaruf dah selesai. Setakat inilah.:) Taaruf ape? sila dail no saya utk keterangan lanjut..:P

Semalam....

Tok cik dan wan cik datang. Ziarah dan ambil kelapa utk di bawa ke Kota Metropolitan(yg mmg xde pokok kelapa, kelapa pun dh mahal skrg..hehe.. so, blik kg, amek je buah kelapa tu. banyak..) 


Yang nk dicerita bukan buah kelapa, tp pasal masalah bersalaman.. boleh ke aku salam org nie, eh..... ape hukum bersalam,eh...  dari dahulu saudara mara mengenal kami sekluarga bukan bersalaman dgn sebarang orang, kerana pendidikan tntg bersalaman ini telah menjadi kefahaman kami anak2 sejak kecil.

Selama ini, ade juga dari mulut2 sebahagian sedara mara tntg kami ni, xnk slm la, sombong la...hehe.. biasa la.. kami mulakan tradisi itu... tapi sebahagiannya memahami... 

sepupu dgn sepupu boleh bersalam.. "sodagho" katanya.. hukum dah jelas saudaraku...

"...Dah(Hamidah= namo omak den). Baru den sodar, selamo nie den pikir juga, knapo la ko nga anak2 x slm dgn wan cik dio, nga sepupu, ect..... den dongar ceramah ust kazim psl bondo tu.. baru den tau, sobona ey mmg x buleh..." 

lapang hati kami mendengar tentang itu. skrg sudah ramai ust2 yg berani utk berkata tntg perkara2 seperti ini.. Masyarakat Malaysia makin terdidik.. alhamdulillah.. sekurang2nya apa yg kami jaga selama ini telah ada yg faham... Allah Maha Kuasa atas sesuatu. Yg benar sudah jelas, yg haram pun sudah jelas. Allah bersama2 org yg benar..:)

dah la.. tadi g ziarah member di Sungai Udang( Thariq). Alhamdulillah, dah 3 orang anak dia. 2 laki sorang perempuan. yg laki sume ade nama Syeikh... Moga benar2 jadi Syeikh! ameen..:)

so, dah smpai umah, nk rest sebelum Asar... wassalam


SEDERHANA DALAM ISLAM


Umumnya sebahagian ulama hari ini mentafsirkan kesederhanaan itu ialah 50-50. Dengan istilah yang masyhur itu, iaitu fifty-fifty, mereka pun membenarkan hal-hal seperti berikut berlaku dalam masyarakat umat Islam.
1. Campur-aduk antara hal-hal yang membawa dosa dengan pahala. Yakni antara maksiat dan amal soleh.
2. Tidak boleh ekstrim dalam beragama. Iaitu tidak boleh ikut l00% ajaran Islam itu. Ikut setakat mana yang tidak bercanggah dengan adat resam atau budaya orang Melayu.

3. Mengimbangkan amalan dunia dengan Akhirat iaitu untuk dunia 50% dan Akhirat juga 50%.

Dengan konsep fifty-fifty ini, maka berlakulah apa yang telah berlaku sekarang, iaitu:

1. Umat Islam pergi ke masjid tapi pergi juga ke panggung wayang. Pergi ke Makkah tetapi pergi juga ke disko. Puasa tetapi dedah aurat. berzakat tapi ambil , riba Mereka buat amal soleh tetapi mereka juga buat maksiat. Mereka baik, tetapi jahat. Kalau siaran tv di Malaysia, selepas menyiarkan azan, disiarkan pula persembahan rock. Bila ada orang yang serius beragama, dituduh ketinggalan zaman. Wanita berpurdah dikatakan ekstrim. Siapa sembahyang sunat lebih sikit dibimbangi tinggal dunia. Isteri yang taat suami dianggap bodoh dan melulu. Makan dalam dulang dituduh pengotor. Hidup cara Sunnah digelar ortodoks. Asyik dengan Al Quran dikatakan gila. Berzuhud dianggap anti establishment.



Pendek kata, kalau ajaran Islam diamalkan lebih dari yang biasa diamalkan oleh kebanyakan orang, ia sudah dikatakan ekstrim. Itu belum lagi buat 100%. Yang mereka mahu ialah sederhana. Katanya, “Sembahyang sunat jangan banyak sangat, macam biasalah”, “Pakai jangan teruk sangat sampai tak nampak hidung. Baju kurung dan mini telekung sudah cukup”, “Jangan tunduk saja, pandang-pandanglah perempuan, berbual-bual dengan mereka”. Begitu juga perempuan, “Jangan serius sangat, bergelak ketawalah dengan kawan-kawan lelaki (ajnabi), nanti tak berukhuwah dan tak pandai bermasyarakat pula.” 

Timbul anggapan bahawa dengan Akhirat kita kena bersederhana saja. Dunia mahu juga, kata mereka. Kata-kata ini didasarkan pada apa yang mereka faham dari Hadis: Beramallah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Dan beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. (Riwayat lbnu Asakir)

Mereka kata, Rasulullah suruh buru dunia dan Akhirat. Maka mereka pun burulah dunia sampai terlupakan Akhirat atau dikemudiankan hal-hal Akhirat. Mereka bekerja bertungkus-lumus sampai tinggal sembahyang. Mereka berniaga ke hulu ke hilir, tidak kira halal haram. Mereka bangunkan dunia semahu-mahunya dengan segala peralatan mewah, rumah banglo atau istana, kereta besar dan lain-lain lagi, hinggakan Akhirat seolah-olah tidak wujud lagi. Orang-orang yang mahu 50% dunia 50% Akhirat ini, umumnya kita lihat terperangkap dalam dunia 100% hingga Akhirat tinggal 0%. Kalau ada juga amalan Akhirat, itu pun ‘diduniakan’nya. Belum pernah kita lihat seorang yang benar-benar buat 50% dunia, 50% Akhirat. Yakni masanya 50% untuk urusan dunia, 50% lagi untuk Akhirat. Hartanya 50% untuk dunia, 50% untuk Akhirat. Fikirannya 50% dunia, 50% Akhirat. Wang ringgitnya 50% dunia, 50% Akhirat. Ya, nampaknya tidak jadi begitu. Kalaulah berlaku begitu,boleh tahan juga. Tetapi apa yang berlaku, umat Islam karam dan tenggelam dalam tipuan dunia. Bergelumang dengan berbagai-bagai bentuk maksiat. Kerana itulah kita tidak boleh terima konsep kesederhanaan itu, sepertimana yang difahami dan diamalkan dalam masyarakat kini. Sebab ianya telah membawa umat ke satu bentuk kehidupan yang bertentangan dengan kehendak Islam itu sendiri. Umat Islam kini seolah-olah menganut agama yang bercampur-aduk. Tidak tulen Islam, sebagaimana yang telah diamalkan oleh Rasulullah dan salafussoleh.

Pada kita, orang yang mengatakan, “Saya ni masjid pergi, panggung wayang pun masuk juga. Agama, agamalah tapi dunia jangan lupa. Minyak dengan air tak bercampur” samalah halnya dengan orang yang mengatakan: “Saya makan daging lembu. Tapi tahi lembu pun makan juga. Daging, daginglah, tahinya pun perlu juga. Masing-masing ada gunanya.” Sebab, dalam Islam, ibadah dan hiburan semuanya mesti dibuat kerana ALLAH, mengikut landasan syariat, yakni tidak membawa kepada haram atau makruh. Seorang yang beribadah, boleh juga berhibur. Dengan syarat hiburan itu, hiburan yang dibenarkan oleh Islam. Yakni sebarang bentuk nyanyian, lakonan, puisi, drama, filem dan lain-lain yang dipersembahkan mestilah di atas lima syarat iaitu:

1. Niat kerana ALLAH.
2. Sah menurut syariat.
3. Perlaksanaannya sah menurut Islam.
4. Natijahnya baik.
5. Tidak meninggalkan sembahyang dan lain-lain ibadah yang asas.





Seorang yang patuh pada ALLAH dan Rasul, sesudah melakukan semua suruhan ALLAH, sentiasa pula menjaga dirinya dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH, iaitu perkara-perkara maksiat yang haram atau makruh. Contohnya, dedah aurat, bergaul bebas, bohong, tipu, mengumpat, berzina, terlibat dengan riba, rasuah, ambil dadah, membazir, menyalahgunakan kuasa dan lain-lain lagi. Seorang yang melakukan semua itu atau salah satu darinya, dikira berdosa dan derhaka. Iman dan Islamnya rosak dan cacat. Dia akan dimurkai oleh ALLAH, diazab dengan Neraka atau ALLAH benci padanya. Sebab itu seorang Islam tiada alasan untuk merelakan dirinya terjebak dalam sebarang maksiat dan dosa. Sebab itu kalau orang berkata, dia pergi masjid dan pergi juga panggung wayang, ertinya dia bukan seorang Islam yang tulen. Yang sebenarnya, dia menentang ajaran Islam. Dia mencampurkan yang hak dengan yang batil. Yang suci dengan najis. Jangan anggap fahaman inilah sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Dia ini penghuni Neraka. 

Buktinya, bacalah firman ALLAH ini: Orang-orang yang mengungkap kata-kata seperti di atas itu, pada saya membuat dua kesilapan. Pertama, dengan kata-kata itu mereka telah menafikan firman ALLAH: 

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perbuatan keji dan mungkar. (Al Ankabut: 45)

ALLAH berkata orang yang benar-benar sembahyang tidak akan melakukan sebarang bentuk perbuatan keji dan mungkar (dosa dan maksiat). Maknanya, orang yang ke masjid, dia tidak akan ke panggung wayang. Tetapi kalau ada yang ke masjid, masih pergi juga ke tempat maksiat, itu pada hakikatnya mereka tidak sembahyang. Sembah-yang mereka tidak betul. Pokok tidak berbuah.

Sedangkan ALLAH sangat marah pada orang-orang yang sembahyangnya penuh kelalaian atau orang yang sembahyang tetapi masih buat maksiat ini. Firman ALLAH: 

Neraka Wail bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai dalam sembahyangnya.(Al Ma’un: 4-5)

Orang yang sembahyang tetapi tidak menunaikan janji-janjinya dengan ALLAH sepertimana yang dilafaz dalam sembahyang itu, sebaliknya masih melanggar janji-janjinya itu dengan melakukan maksiat dan kemungkaran kepada ALLAH, tempatnya di Neraka Wail. Wal’iyazubillah.

Kesilapan kedua ialah menganggap dalam Islam tidak ada hiburan. Seolah-olah Islam itu ajarannya berat-berat saja, serius semuanya. Tiada yang ringan-ringan, yang menghibur dan meredakan ketegangan jiwa dan fikiran. Itu adalah anggapan yang salah Islam itu ‘complete way of life’ sesempurna-sempurna cara hidup. Mana mungkin Islam tidak benarkan berhibur kalau ia sempurna atau syumul?

Hiburan dalam Islam cukup luas. Cuma sayang umat Islam tidak mengusahakannya. Orang bukan Islam yang buat. Umat Islam tiru dan ikut sahaja. Sebab itu panggung wayang penuh dengan maksiat. Kalau umat Islam dapat buang maksiat dalam panggung wayang, ganti dengan perkara yang halal dan suci, maka di waktu itu pergi ke panggung wayang untuk berhibur-hibur adalah ibadah kepada ALLAH SWT.

Seterusnya pandangan tentang anggapan atau tuduhan ‘pelampau’ kepada orang-orang ‘yang serius beragama. Yakni yang melaksanakan perintah ALLAH sungguh-sungguh dan lebih banyak dari biasa. Yang mana kadang-kadang golongan ulama pun tersasul mengatakan ekstrim kepada mereka yang bersungguh-sungguh beragama itu. Tak usahlah berlebih-lebih sangat. Buat macam biasa dah cukup. Islam suruh bersederhana dalam semua hal. Demikianlah komen sebahagian alim ulama. Mereka menganggap sederhana itu ialah beramal sikit atau separuh sahaja dari ajaran Islam. Kalau buat semua, itu ekstrim namanya.
Sederhana dalam Islam bukan ertinya mengurangkan amalan-amalan yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-Nya. Contohnya, seorang yang sembahyang sunat beratus-ratus rakaat banyaknya, jauh lebih banyak daripada bilangan rakaat yang biasa dibuat oleh umum umat Islam hari ini, itu bukanlah seorang yang ekstrim. Tetapi dialah orang yang terbaik daripada orang lain, di sudut itu. Kerana dia mampu melaksanakan semua sembahyang sunat yang ada diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul. Sunat Rawatib, sunat Awwabin, sunat Wudhuk, sunat Dhuha, sunat Isyraq, sunat Tahajjud, sunat Hajat, sunat Tasbih, sunat Witir, sunat Tarawih, sunat Mutlak dan bermacam-macam jenis sembahyang sunat lagi. Yang mana kalau semua itu dibuat, memang boleh sampai beribu rakaat. Sebab tiap satu sembahyang sunat itu bukan setakat dua rakaat sahaja tetapi lebih daripada itu. Ada dua belas, ada lapan, ada enam, ada dua puluh, ada tiga dan ada yang tanpa limit, boleh buat seberapa banyak yang sanggup.

Kalaulah orang yang buat semua jenis sembahyang sunat ini sebagaimana yang dikehendaki oleh ALLAH, sehingga beratus-ratus rakaat, dia dikatakan ekstrim, pelampau atau sebagainya, jadi untuk apa ALLAH perintahkan bermacam-macam jenis sembahyang itu semua? Kalaulah hal itu dikatakan melampau, mengapa ALLAH perintahkan? Sedangkan kita yakin, perintah ALLAH itu adalah sebaik-baik kalimah. Jadi tuduhan melampau kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beramal itu sebenarnya tidak adil dan tidak tepat. Kata-kata tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kata-kata itu bukan dari ALLAH dan Rasul. Maka sesiapa yang masih menuduh pelampau itu, dia sebenarnya bermusuh dengan ALLAH dan Rasul-Nya.

Contoh lain, juga dikatakan ekstrim kepada seseorang yang berkorban berhabis-habisan untuk jihad fisabilillah. Umpamanya untuk membangunkan projek-projek pembangunan tamadun Islam. Yang orang itu asalnya hidup meriah tetapi jadi zuhud sekali kerana memberi kekayaan pada jemaah Islam. Sebaliknya, dia dikatakan pelampau kerana telah berkorban lebih dari apa yang orang lain biasa lakukan. Dia disuruh bersederhana iaitu dengan mengurangkan pengorbanan harta di jalan ALLAH supaya serupa seperti yang orang ramai lakukan. Dan supaya dia masih nampak kaya dan mewah hidupnya, jangan sampai hidup susah, hanya kerana terlalu banyak berkorban ke-pada Islam. Itu bodoh namanya, kata orang-orang yang menuduh itu.

Sebagai jawapan tentang persoalan ini, mari kita lihat pengorbanan Rasulullah dan para Sahabat. Dengan iman dan taqwa yang terlalu tinggi, Rasulullah bukan sahaja harta bendanya habis dikorbankan kepada ALLAH, tetapi makanan yang berlebih waktu malam pun tidak disimpan untuk pagi. Baginda akan sedekahkan pada orang yang memerlukan pada malam itu juga. Atas dasar, baginda tidak yakin yang esoknya baginda masih hidup. Baginda tidak mahu mati dalam keadaan masih ada harta ALLAH yang disimpan untuk peribadinya. Sayidina Abu Bakar As Siddiq bukankah kerana iman yang bulat, telah berkorban seluruh hartanya pada perjuangan Islam? Rasul terkejut dan lantas bertanya, “Apa lagi yang tinggal untukmu dan keluarga?” Jawab Sahabat itu, “Cukuplah ALLAH dan Rasul-Nya untukku.”
Ekstrimkah mereka itu? Bukankah sikap atau Sunnah Rasul itu adalah contoh teladan dan ikutan kita? Siapa yang berkata, “Itu Rasul, bolehlah!” nyatalah ia berbohong kerana mengatakan perbuatan Rasul itu khusus untuk peribadinya, bukan untuk dicontohi oleh umatnya. Kalau kita masih mahu menganggap orang-orang yang berhabis-habisan harta benda di jalan ALLAH itu ekstrim, ketahuilah bahawa kita seolah-olah berkata, “Rasul dan para Sahabat itu ekstrim dalam beragama.” Kalau begitu nampaknya kita lebih hebat dari Rasulullah dalam cara ber-agama. Masya-ALLAH, ucapan ini boleh merosakkan aqidah. Wal’iyazubillah. Tetapi pelik, kalau ada orang berhabis-habisan harta dan wang gajinya untuk tunangnya atau untuk perem-puan simpanan atau untuk girl friendnya, tidak pula terdengar tuduhan ekstrim ini. Bahkan itu pula dianggap hebat dan patut diberi simpati. Hingga tidak segan-silulah orang itu meneruskan pengorbanannya yang sia-sia. Kerana dirasakan itulah pengorbanan yang suci dan patut dilakukan.

Padahal dengan ALLAH-lah manusia sepatutnya berhabis-habisan. Kerana apa yang kita harap dari ALLAH, jauh lebih besar nilainya daripada apa yang kita inginkan pada seorang perempuan. Tetapi malang, hal itu tidak dibenarkan berlaku. Kerana fikiran umat sudah terbalik. Yang baik dituduh jahat, yang jahat dikatakan baik. Perintah ALLAH dan Rasul dipertikaikan. Perintah nafsu yang diperturut dan dibenarkan. Hanya mukmin yang bertaqwa yang dapat keluar dan bebas dari belenggu dunia yang sudah terbalik ini. Contoh lain tuduhan ekstrim yang dibuat ialah tentang pemakaian purdah dan serban. Wanita yang menutup seluruh auratnya dikatakan pelampau. Sebaliknya yang elok ialah pakaian-pakaian yang biasa dipakai oleh orang Melayu. Itulah sederhana namanya. Orang Melayu pakai kopiah atau songkok sudah cukup, tidak payah pakai serban ke hulu ke hilir. Itu sikap yang ekstrim, konon katanya.



Walhal Islam tidak berkata begitu. Rasulullah SAW berjubah serban. Isteri-isteri baginda dan wanita-wanita beriman di zamannya memakai purdah. Yakni pakaian yang paling tepat untuk menutup aurat wanita. Ia bukannya keterlaluan atau melampau kalau diukur dengan ilmu kebenaran atau pandangan umum. Akal dan nafsu kita yang jahil dan jahat sahaja yang mengandaikan yang bukan-bukan terhadap ajaran Islam itu. Mata lahir kita saja yang rasa sakit dengan purdah. Sebab mereka sudah biasa dengan pakaian Melayu yang tidak sempurna itu. Walhal bila mereka sudah biasa pula dengan purdah, mereka akan merasa cantik pula berpurdah. Alah bisa tegal biasa, kata pepatah Melayu.

Dulu-dulu waktu wanita Melayu berselubung dengan kain batik sewaktu mereka keluar berjalan-jalan, cuma nampak mata saja, ia dibenarkan. Maka tidak ada sebab purdah perlu ditentang. Ia tidak menghalang kebebasan dan keselesaan wanita bekerja. Buktinya boleh dilihat pada wanita-wanita purdah yang sudah ramai kini. Mereka aktif bergerak memperjuangkan agama ALLAH dalam apa saja bidang yang sesuai dengan mereka. Ada di kalangan mereka yang sudah pergi ke merata negara di dunia untuk berdakwah dan ziarah. 

Habis mengapa timbul fahaman 50-50? Mengapa diselewengkan maksud Rasulullah dengan begitu berani sekali? Ada tiga sebab mengapa terjadinya demikian, dan ketiga-tiga sebab itu adalah terbit dari tiga golongan yang berbeza-beza hal keadaannya, iaitu: Kerana tidak faham. Oleh kerana kekurangan ilmu agama maka mereka tidak faham perkara sebenarnya, tentang konsep kesederhanaan itu. Mereka ingat betul-betullah Rasulullah suruh samakan kerja dunia dan kerja Akhirat. Mereka ingat betullah bahawa orang yang sembahyang sunat banyak-banyak atau yang serius beragama itu dikatakan melampau. Jadi pada mereka konsep fifty-fifty itu memang dikira benar. Kerana menjaga kepentingan diri. Golongan ini sebenarnya faham bahawa dunia dan Akhirat tidak boleh disamakan seperti fifty-fifty itu. Sebab Akhirat jauh lebih besar dari dunia. Mana boleh disamakan. Sepertimana tidak bolehnya disamakan busut dengan gunung. Yang satu dihadapi dengan cangkul sahaja, manakala yang satu lagi dengan buldozer. Mereka, para ulama itu, faham sebenarnya sikap fifty-fifty itu salah. Tetapi kerana menjaga periuk nasi, maka didiamkanlah kesalahan tersebut, bahkan turut sama dipraktikkan. Mereka lebih hendak menjaga hati tuan-tuan besar daripada hendak menjaga ALLAH dan Rasul. Kerana dirasanya ‘tuan’nya lebih berjasa dan
berkuasa mernberinya rezeki daripada ALLAH SWT. Maka disambunglah lidah tuan-tuan mereka. Lalu mereka pun dipuji oleh tuan-tuan mereka itu sebagai ulama berdedikasi, dinamis dan berfikiran iuas. Berbanggalah pula para ulama rasmi dengan pujian itu hingga lalailah mereka dan jauhlah mereka dari ALLAH dan Rasul-Nya.

Kerana ingin menutup kelemahan diri, yang mana orang-orang alim itu merasakan mereka tidak faham maksud Rasulullah yang sebenarnya dalam Hadis: Sebaik-baik pekerjaan itu ialah pertengahan. Iaitu Rasulullah suruh berusaha untuk dunia sesuai dengan umur dunia dan bekerja untuk Akhirat sesuai dengan umur Akhirat. Tetapi bukan senang hendak berkorban berhabis-habisan untuk Akhirat. Sebab mereka terlalu cinta dunia hingga tidak cintakan Akhirat. Lalu demi untuk menyelamatkan keadaan itu, mereka pun membohongi ALLAH dan Rasul dengan membenarkan konsep fifty-fifty itu. Dengan itu sikap bakhil dan tamak serta cinta dunia mereka itu dengan sendirinya terlindung. Begitulah halnya mengapa tercoraknya umat Islam dengan segala kesilapan dan kelemahannya pada hari ini. Moga-moga dengan penerangan ini kita dapat kembali menjadi satu bangsa yang gagah yang cinta Akhirat lebih dari cintakan dunia. Kerana cintakan Akhirat itulah rahsia kemajuan yang dituntut dalam Islam.

Tinta dan peringatan buat pejuang!

Assalam.. ini post2 yang lepas... tapi nk kongsi juga  sebagai renungan kita bersama. Di kongsi buat diri dan anda yang sedang membaca..:).. Selamat membaca.. tukar MOOD kepada jiwa seorang yang bercita2 Islam..(",).. Anda seorang Islamkan? Mesti ada sesuatu untuk agama yang dah mendarah daging dalam hidup anda.. silakan membacanya...

Tuhan CInta Agung! Perjuangkan Tuhan :)

 Kekal lama atau istiqamah?
 
Di dalam jemaah perjuangan Islam,
orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula
Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,
payah menerima semua
Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya

Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi
payah sampai ke hujung perjuangannya
Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji
Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran
Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan kawan atau pemimpin
Biasanya orang yang boleh kekal di dalam perjuangan kebenaran
Dari permulaan hingga ke destinasinya
Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya
Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja
Yang boleh menerima khawariqul ‘adah tanpa logik akalnya
Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego
Yang mudah memberi taat dan setia
Orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya
Orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya
Orang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai
Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya
Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang sampai ke hujung
Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah dalam perjuangan 


Hendak Berjuang?

Engkau hendak berjuang? 
Baguslah kalau itu keinginanmu 
Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin
Engkau tidak akan kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri

Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?
Apakah fikiranmu sudah Islam?!

Sudahkah engkau kenal nafsumu?
Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?
Ke mana dia hendak membawamu?!
Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?

Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak dilepaskan
Yang negatif hendaklah ditahan
Melepaskan yang positif, menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, iaitu jiwamu

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara
Yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah disebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan

Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan ia ditaati

Kalau belum sampai ke taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa disedari
Sekalipun niat engkau suci


Bila Bercampur

Bandingan seseorang yang mencampur-adukkan perintah Allah dengan larangan-Nya ialah seperti seorang pesakit yang makan ubat tapi makan juga pantang-larangnya. Alhasil sakit tidak juga baik.



Ertinya orang yang melaksanakan perintah-perintah Allah seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, berkorban, berjuang dan lain-lain. Kemudian dibuat juga larangan Allah seperti makan riba atau membantu sistem riba, judi, bergaul bebas tanpa batas lelaki perempuan, dedah aurat, mengata, hasad dengki, riak, ujub, bakhil, tamak, pemarah, ingin pangkat, mendirikan sistem pendidikan sekular dan lain-lain lagi, maka dia sebenamya tidak akan mendapat apa-apa di akhirat nanti. Samalah keadaarmya dengan seorang yang sedang terlantar kerana sakit kencing manis misalnya.


Bila doktor bagi ubat, diamakan tanpa menolak satu pun. Kemudian datang tukang bawa makanan, diarnbilnya makanan-makanan yang dilarang makan oleh doktor. Teringin, katanya. Apakah hasilnya? Kalaupatut dia dirawat cuma dua bulan di hospital, mungkin akan jadi lima bulan. Mungkin juga dia akan menderita sakit selama-lamanya. Tidak mungkin berlaku ubat yang disertai oleh pantang larangnya itu dapat membawa kebaikan atau kesihatan pada orang itu. Janganlah dibandingkan perkara ini dengan berkata, "Minyak dan air tidak mungkin bercampur."


Itu bandingan yang tidak tepat. Sebab nilai kebaikan dan kejahatan tidak boleh disamakan dengan minyak dan air sebab kebaikan dan kejahatan adalah dua perkara yang bertentangan sedangkan minyak dan air sama-sama membawa kebaikan pada manusia. Seorang yang ada air dan ada minyak adalah orang yang memiliki bahan-bahan yang berguna tetapi seseorang yang baik, tapi buat juga jahat boleh membuatkan orang tidak percaya padanya. Ya, satu segi dia banyak kawan, orang baik pun kawan dia.


Orang jahat pun terima dia, tapi hakikatnya dia akan keseorangan. Orang baik pun tidak ambil dia masuk group mereka, sebab dia tidak baik betul. Dan orang jahat pun tidak ajak `joint' dengan mereka, sebab dia tidaklah jahat betul. Jadi, akhimya keseoranganlah dia di atas pagar. Bila, orang jahat dan orang baik bertembung untuk mempertahankan cita-cita perjuangan mereka, maka si dia di atas pagar perhati saja, mana kuat dan nampak-nampak hendak menang dia akan lompat ke sana.


Orang begini adalah golongan hipokrit atau munafik yang tempatnya ialah di dasar neraka. Jadi janganlah lagi kita bangga kerana dapat buat baik dan buat jahat sekali (all rounder). Tetapi buatlah kebaikan kerana Allah, dan tinggalkanlah kejahatan kerana Allah. Dan janganlah mencari kepentingan- kepentingan lain di sebalik tindak-tanduk kita


 Sekian sahaja.. Selamat berjuang saudara2ku. Perjuangan yang besar tu ialah menundukkan hawa nafsu dalam diri. Itu yang perlu kau lakukan dahulu.. jika tidak, mazmumah menjadi pakaian diri... Renung2kan dan selamat beramal..(",) wasaalam.. 

"Poklak"

Assalam... Hari Jumaat, sume guru dah cadang nk wat "poklak". Wat do u mean by the word POKLAK? Poklak mean jamuan makan yang mana semua yg terlibat dengan jamuan tu kena bawa makanan masing2.. oooooo, macam tu ker..hehe..

makanan yang dibawa guru2 :)
Guru-guru sedang memulakan aktiviti makan :)
 
Jangan malu2 kak Mar..:)
 
Esok dah start Holiday.. so, hari ni juga aku wat penutup tajuk KSSR English Year 2. Tajuk last ialah Sharing and Caring. Topicnya FRIEND.. so, murid2 ni wat penyerahan "Batch to your Friend"..(",) Sentuhan2 begini membuatkan murid2 bersemangat utk terus belajar. Dapat penghargaan dari kawan2, kan best tu. Cikgu dia pun dpt juga...hehe.. tp itu rahsia antara KAMI..(",)


Sket je kan budak2 Year 2 ni?  Sekolah SKM.. mmg sket je. TP diorang mmg cambest! k la. Jom g Sarapan..:) Wassalam..

Snipp lagi

As-salam... Penyerahan ucapan terima kasih pihak sekolah telah di beri kepada En. Abdul Razak bin Manaf, Pengerusi Syarikat The Matrix Research.. Alhamdulilah. Gambar penyerahan barang2 dah send by email. I call him Pak Lang. Lepas je penyerahan tu, dia tanya adik yang nk masuk PASUM. "Ko dah ada laptop?"

Subhanallah.. rezeki mencurah nampaknya. Baru je Ummi tanye adik kt dlm kete, perlu pakai laptop tak kat Um nnti?.. rezki ko la dik:)..
Selepas jamak solat mgrb Isyak di Masjid UPM, terus ke Palace of Golden Horses. Hafiz dan Emma nyer majlis perkahwinan.  Banyak2 bunga, anak Dato' juga jadi pilihan hati ye Fiz..hehe..  Didoakan, semoga kalian bahagia dan dikurniakan anak soleh-solehah. Menuju alam rumah tangga dikira memegang 1 lagi amanah dari Allah. Jagalah amanah Allah ini sebaiknya. Ok,  itu sahaja, wassalam..:)

Bersama Ummi Abah. dah nak balik :)

Persoalan Tentang Islam

as-salam... Sebenarnya waktu ini, Islam telah disalah gambarkan. Islam telah disalah tafsirkan. Bahkan Islam telah disalahertikan. Hingga Islam dipandang begitu buruk oleh masyarakat dunia terutama orang-orang bukan Islam disebabkan oleh kesalahan umat Islam sendiri. Umat Islam yang mempersembahkan Islam dengan tidak tepat samada dari segi Tauhid atau samada mereka menjadi pasif atau militan. Kini, kedua-dua ...golongan ini sangat ditakuti.




Golongan pertama iaitu pasif membawa kepada kemunduran umat Islam. Golongan kedua iaitu militan lagi menakutkan. Mereka nampak ganas dan kasar sedangkan ajaran Islam begitu cantik dan indah. Kalau Islam itu dapat dipersembahkan secara tepat, orang bukan Islam pun boleh menerima sekalipun mereka tidak masuk Islam

Berkenaan rasul pula... Sesetengah Rasul apabila masuk berperang (mereka boleh membunuh)tetapi mereka tidak membunuh. Kalaulah membunuh orang itu dianggap hebat, yang paling banyak membunuh orang adalah Rasul. Tetapi tidak ada seorang pun yang Rasul bunuh. Kecuali kalau kita dengar kisah Nabi Musa ketika berumur 18 tahun. Ketika itu dia belum menjadi Rasul dan belum menjadi Nabi. Dia melihat dua orang sedang bergaduh iaitu diantara orang Qibti dengan Bani Israel. Dia hendak meleraikan mereka tetapi dia tertolak sedikit salah seorang daripada yang bergaduh. Oleh kerana dia ada mukjizat, orang itu mati. Dia bukan berniat hendak membunuh tetapi dia mati juga. Nabi Musa ketakutan sebab dia hanya bermaksud hendak meleraikan pergaduhan.

Di antara pemuda Qibti dengan Bani Israel, yang mati itu adalah pemuda Qibti. Maka Firaun tuduh Nabi Musa dan mengatakan yang Nabi Musa mahu mempertahankan bangsanya. Kerana yang mati itu bukan bangsanya. Itu yang menjadi masalah. Sedangkan dia bukan berniat hendak membunuh. Bagaimana pun ketika itu dia belum menjadi Rasul. Setelah dia menjadi Rasul, memang dia tidak pernah membunuh walaupun seorang. Yang peliknya umat Islam hari ini bahkan sesetengah ulama, bila dikatakan jihad, mesti bunuh orang. Bila disebut jihad, mesti berkasar dengan orang. Di mana mereka belajar tentang ini semua?

kongsi

salam.. terbaca post seorang sahabat... dari ayahnya... begini bunyinya...

Kata Aby,
"Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapat makan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa, tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati di sana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjid sekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masa dan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air. Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar di Amerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam. Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi.."
Hakikatnya, manusia itu sudah kehilangan Tuhan. Bila mereka melupakan Tuhan, maka Tuhan berlepas tgn lah dr mereka. Maka banyaklah masalah masyarakat berlaku..

Malah ada dikalangan manusia yg ingin membetulkan org lain(nmpk pd lahirnya) , hakikat dirinya menjadi tunggangan nafsu dan syaitan. Kesalahan orang sentiasa di matanya, kesilapan sendiri  lelap2 mata sahaja... bila di depan org nmpk hebat ibadahnya, bila  berseorangan, berbeza... nauzubillah... Ghurur.. itulah gelaran yg selayaknya menurut Imam Ghazali r.a. 

Minta Tuhan jauhkan aku dari menjadi orang seperti itu. takut ilmu yang Tuhan bagi digunakan untuk menyuluh orang lain, tanpa menyuluh diri sendiri.. Peliharalah aku ya Allah.

wallahua'lam. 


renung2kan...
Kata Aby,
"Bagi orang yang terzalim janganlah susah hati kerana ada satu lagi mahkamah Rabbuljalil di Akhirat nanti yang akan mengadili. Para penzalim janganlah senang hati, kamu akan dibicarakan di Akhirat nanti, data dan fakta terang sekali. Di waktu itu kamu sendiri berpuas hati."
Kata Aby,
"Akhlak baik itu semua orang suka sekalipun orang yang tidak berakhlak.." 



Kata Aby,
"Melihat pemandangan yang indah terasa kebesaran Allah, dapat nikmat terasa pemberian-Nya, berhadapan dengan ujian terasa ketentuan-Nya, di mana berada terasa Allah memerhati. Itulah tauhid yang hakiki..!"
Kata Aby,
"Di antara fitrah semulajadi manusia, ia suka kalau orang berbuat baik dengannya. Sekalipun dia jahat dengan orang lain.."

Aby pesan,
"Setiap satu ulas nasi yang kita makan, walaupun yang menciptakannya Tuhan yang Maha Esa, tapi orang yang terlibat dengan satu ulas nasi itu mungkin puluhan atau ratusan atau ribuan baru sampai ke mulut kita. Ertinya baru satu ulas nasi sudah berapa banyak orang yang telah berjasa kepada kita, belum lagi perkara-perkara lain, tapi pernahkah kita berfikir dan sedar..??"

Kata Aby,
"Mukmin sejati (orang bertaqwa) selalu lapang dada. Orang bersalah dengannya dimaafkannya. Dia bersalah kepada orang dia meminta maaf kepadanya. Ujian yang menimpa sabar menerimanya. Ketentuan Allah dia redha, orang jahat didoakannya agar mendapat hidayah. Orang baik disokongnya, waktu susah dan senang sama sahaja, sepertimana ia diziarahi orang dia juga suka menziarahinya. Dengan orang Islam selalu baik sangka.."

Kata Aby,
"Apabila tidak redha dengan ketentuan Tuhan, ertinya benci dengan Tuhan, tidak bersyukur ertinya lupa dengan Tuhan, tidak sabar ertinya menyanggah perbuatan Tuhan, tidak bertawakkal ertinya bekerja tidak mengharapkan bantuan Tuhan.."

Kata Aby,
"Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya."

Kata Aby,
"Mengapalah umat Islam hari ini apabila hendak menyelesaikan satu-satu masalah, seperti hendak memerangi gejala-gejala sosial masih tercari-cari dan meraba-raba mencari kaedah padahal di dalam Al Quran dan Hadis sudah cukup panduan-panduan bagaimana hendak menyelesaikan masalah masyarakat. Adakalanya kaedah yang telah diapply di barat itulah yang diambil untuk dijadikan panduan sedangkan Barat telah gagal."

Kata Aby,
"Gejala masyarakat yang tidak sihat bukan boleh selesai, dengan pidato berapi-api, mengugut-ugut dan mencaci-caci, buat undang-undang, tangkap dan gari. Ia memerlukan sifat taqwa yang menangani, kaedah yang tepat, pimpin secara dekat."

Kata Aby,
"Kejahatan-kejahatan yang lahir di tengah masyarakat atau kehidupan ini bermula daripada kejahatan hati. Oleh itu di samping memikirkan kejahatan lahir jangan lupa memikirkan kejahatan hati."

Bumi mana yang tak ditimpa hujan?!

As-salam.. Setiap anak Adam adalah pesalah-pesalah. Dan sebaik-baik orang yang bersalah, orang yang bertaubat... Seorang hamba Allah berkongsi cerita ini sebentar tadi... Mari baca (",).. x rugi baca kisah pendek ini..:)
Segerakanlah taubat!
 
Suatu masa ada seorang badwi datang kepada Sayidina Ali ra dan bertanya,
'Wahai Ali, aku ini banyak membuat dosa, apa perlu aku buat ?'. 
 Jwb sayyidina Ali, 'Bertaubatlah!'
 Dengan gembira si badwi itu pun beredar. Selang beberapa hari dia datang kembali kepada Saiyidina Ali bertanya lagi.
 'Aku berbuat dosa lagi, apa perlu aku buat...?'. 
Jawab Sayidina Ali, 'Bertaubatlah....!'. 
 Si Badwi itu termenung sebentar, tetapi sayidina Ali segera memberi isyarat dan memberi semangat kepadanya. Merasa puas dengan jawapan itu, lalu ia beredar. 
 Selepas beberapa minggu si badwi itu tiba-tiba muncul kembali mengadap Sayidina Ali ra. Lalu dia bertanya lagi sekali soalan yang sama seperti sebelumnya. Dengan tenang Sayidina Ali menjawab, jawapan yang sama seperti dahulu. Kerana tiada jawapan lain yang diberi dia beredar dengan keadaan sedikit kecewa.
 Namun belumpun jauh dia beredar, dia berpatah balik kepada Sayidina Ali lalu bertanya, 
 'Sampai bila perlu untuk aku berbuat dosa..., kemudian taubat lagi....?'. 
 Lalu Sayidina Ali menjawab, '.....sampai yang putus asa adalah syaitan.., bukan kamu!!'.
 Beberapa tahun selepas itu Sayidina Ali ra terjumpa semula badwi tersebut dan dia sudah pun menjadi tabiin yang sangat soleh.
 Uhibbus solihina wa lastu minhum....

Bulan Allah sudah tiba!

Hans
Assalam... Masa terus bergerak pantas.. kini sudah 1 Rejab. Kita semuanya kini berada dalam bulan Allah. Pintu kaabah akan di buka sepanjang hari. Ramai dah orang amek flight ke Harramain. Esok, ada di kalangan murid-murid yang tidak ke sekolah. Kenapa?  "ikut hantar ayah nga mak g airport. Diorg wat umrah" kata mereka. Bilakah giliranku akan menyusul? insya Allah, x lama lagi.. moga2 ia akan jadi kenyataan:) ameen ya Rabb!

 "Allahumma bariklan fi rejab wa sya'ban, wa balighna Ramadhan"

 kiriman doa seorang hamba Allah, yang mengingatkan aku doa bersama kwn2 dahulu apabila menjelang bulan Rejab, diikuti Sya'ban dan Ramadhan..:) Moga Allah tambahkan iman, taqwa dan roh amal kepada insan ini..ameen

Marilah sama2 meraih Cinta Allah, cinta  yg tidakkan penah luntur. Cinta yg abadi dulu, kini dan selamanya... salam tahajud buat semua. :)

~Hans~

Sudahkah anda Mengenal Diri Anda?

As-salam....Sudahkah kita mengenal diri kita? Mengenal diri bukanlah sekadar menilai kecantikan, tinggi rendah, warna kulit, keturunan dan bangsa. Kerana manusia sebenarnya terdiri dari dua jasad yang dipadu erat, iaitu jasad lahir dan jasad batin. Mengenal diri ertinya mengenal hakikat manusia. Hakikat manusia adalah batinnya. Tanpa hakikat, yang lahir tidak berguna.
Sudahkah aku mengenal diriku?
Jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin. Kalau kita gagal mengenal jasad batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia. Jadi mengenal diri sebenarnya bukanlah mengenal rupa lahir, tetapi yang lebih penting adalah mengenal watak batin, iaitu jiwa, fikiran, kebolehan, kecenderungan, watak, nafsu dan kekuatan yang ada pada diri kita.

Dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat melatih diri kita dan meletakkan diri sesuai pada tempatnya. Bila tidak, maka akan terjadi kerosakan di muka bumi kerana kita telah melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwa kita, berlakulah kejahatan, krisis jiwa dan ketegangan fikiran hingga hilanglah kebahagian. Renung-renungkan dan selamat beramal.:)

Hari Bertuah?

Hari ini merupakan hari bertuah kerana mendapat minyak attar yg bukan minyak attar biasa.


bukan sebarangan minyak :)


Minyak attar ini dari Harramain. yang istimewanya ialah, minyak attar ini telah dicampurkan dengan tanah dari makam Rasulullah. Tanah makam Rasulullah ini hanya ada pada ahlul bait. Terima kasih ya Rasulullah dan ahlul bait. Aku antara yang terpilih untuk menerimnya. Moga ada keberkatan bila memakai minyak attar ini yang dimuliakan oleh tanah dari makamMu, Ya Rasulullah.

Hari Guru SKCH 2012

Assalam... alhamdulillah.. Hari ini merupakan kali kedua aku menyambut Hari Guru di SKCH. Sebab ni tahun ke dua mengajar..hehe.. so, nk kongsi sedikit gmbr..:)


Backdrop :)

guru-guru dan badan pengawas..:)

Selain hadiah, ada beberapa surat cinta yang diterima..hehe... 

dari Waafal Haana

dari Adriana Alyssa
 Alhamdulillah. walaupun x berapa nk meriah sambutan kali ini, tp aku rasa syukur kerana guru-guru di sekolah ini sentiasa bersemangat. Murid-murid apatah lagi. Hari ini hari yang mana murid begitu rapat dengan gurunya.:) ok, selamat Hari Guru pada Semua guru2 diluar sana. Semoga terus mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Ajarkan mereka mengenal Tuhan pencipta. Itulah saham kita diakhirat kelak. wallahua'lam

Stress?

Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib ‘malang’ yang pasti menimpa kita?




Antaranya ialah:
1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat olehTuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu clan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.

Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkanTuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.

Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan clan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.

Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, “Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas.”Ataupun kita boleh berkata begini, “Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisiTuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan, memukul dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepadaTuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: “Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu ke atas-Ku.”
Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata,”KenapalahTuhan berikan aku anak yang senakal ini,” atau kita akan berkata, “Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. “Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak kita yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita clan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.

Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifatsifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.



Kawan Yang Setia?

Bukan Senang Untuk Mendapat Kawan Setia
Boleh berkawan di waktu susah dan senang
Di waktu susah dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran
Dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada yang hendak dimakan
Dia beri bantuan

Berbuka puasa di Bukit Kluang Beach Resort 1427

Boleh memberi pertolongan sebelum diminta
Kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat
Tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya
Amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila susah agak lama tidak berjumpa
Sudah tertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Kebaikannya ditutup dan kecacatannya tidak diumpat
Mengututamakan kawan dan dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Sillaturrahim dengan keluarga kawannya
Selepas mati tetap ditolong
 Aduh mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku mohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan

Bumi Tuhan... Bersaksilah