tangisan rindu

TANGISAN RINDU DAN CINTA
-------------------------------

  Menangislah kerana rindu dan cinta, seperti
  tangisan Nabi Syu’aib as, ketika beliau
  menangis sampai matanya buta, kemudian
  Allah Swt, mengembalikan menjadi sembuh,
  lalu beliau menangis lagi hingga buta
  kembali sampai 3 kali. 

  Lalu Allah Swt, memberikan Wahyu
  kepadanya: 

  “Wahai Syu’aib, bila tangisanmu kerana
  engkau takut neraka, Aku sudah benar-benar
  mengamankan dirimu dari neraka. Dan jika
  tangismu kerana Syurga, Aku telah
  mewajibkan dirimu Syurga.”

  “Tidak Ya Allah, namun aku menangis
  kerana rindu ingin memandangmu…” kata
  Nabi Syu’aib as.

  Kemudian Allah Swt, menurunkan Wahyu
  kepadanya:

  ”Sungguh wahai Syu’aib! Sangat benar orang
  yang menghendakiKu, menangis dari dalam
  rindu kepadaKu. Untuk penyakit ini tidak ada
  ubatnya, kecuali bertemu denganKu."

  Diriwayatkan bahwa Nabi Saw, bersabda:

  “Bila seorang hamba menangis kerana takut
  kepada Allah atas masalah ummat, sungguh
  Allah swt memberikan Rahmat bagi ummat
  itu, kerana tangisan hamba tadi.”

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah