Islam tidak melarang membangun bahkan menggalakkan.
Mampu membangun, membangunlah.
Tapi mengapa derhaka di dalam membangun?
Islam membenarkan berkemajuan.
Sejauh yang termampu buatlah.
Mengapa berkemajuan bersama kederhakaan?
Atau berkemajuan membuat yang haram?!
Tidak bolehkah membangun dan berkemajuan tanpa derhaka serta hindarkan perbuatan haram.
Gunakanlah kebebasan.
Tapi jangan sampai merobek-robek hak asasi manusia.
Atau hingga melanggar larangan Tuhan.
Buatlah apa sahaja tapi jangan menjolok mata
hingga separuh telanjang pun tak apa?
Pakaian jarang jadi budaya.
Jangan sampai terlanggar akta.
Jangan pula undang-undang dilanggar.
Atau untuk golongan tertentu aja.
Berusahalah untuk kemajuan,
untuk keluarga, untuk bangsa, untuk negara.
Jangan pula sampai agama terhina.
Atau agama tidak diambil kira.
Carilah kekayaan, perolehilah kesenangan.
Tapi jangan makan seorang.
Hidup di dunia ini kenalah fikir semua hal.
Di dalam memikirkan diri, fikirlah juga orang.
Di dalam membangun dan berkemajuan, agama jangan korbankan.
Di dalam menegakkan kebebasan, jangan korbankan maruah dan adat resam yang mulia.
Di dalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan, jangan menyusahkan orang.
Pelajarilah dan dalamilah ilmu apa sekalipun, tiada larangan.
Tapi maruah diri, agama, bangsa dan negara kenalah jaga.
Beginilah hidup manusia sebagai hamba Allah di dunia.
Semuanya ada peraturan, ada tata susilanya, ada panduan, ada budi bicaranya.
Bukan sekadar hidup mengikut kemahuan.
Bagaimana hidup, tidak dipersoalkan.
No comments:
Post a Comment