23 Syawal 1443H
24 Mei 2022M
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Perpecahan umat Islam di dalam dan di luar negara dilihat teramat membimbangkan apabila telah melibatkan perbalahan terbuka di kalangan para ilmuan agama.
Natijahnya berlaku perpecahan yang parah di kalangan sekian ramai pengikut mereka pula. Perdebatan ilmu dan lain-lain lagi...
Perpecahan inilah yang paling Nabi SAW takuti selepas ketiadaan Baginda. Inilah doa baginda yang tidak diterima. Maka kitalah yang sedang menghadapinya.
Inilah juga cabaran yang berjaya Nabi SAW dan para sahabat harungi dalam perjuangan mereka, iaitu menyatukan semula umat manusia yang telah berpecah-belah menjadi porak peranda. Padahal Nabi Ibrahim AS, Musa AS, Isa AS dan lain-lainnya telah berusaha menyatukan mereka sebelumnya.
لا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ , وَتَكْثُرَ الزَّلازِلُ , وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ , وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ , وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ وَهُوَ الْقَتْلُ , وَحَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمُ الْمَالُ فَيَفِيضَ
"Tidak berlaku hari kiamat sehinggalah dicabutnya ilmu, banyak berlaku gempa bumi, masa menjadi pendek, banyak terjadinya fitnah dan berlaku banyak fitnah al-Haraj, iaitu pembunuhan demi pembunuhan. (Kiamat tidak berlaku) sehinggalah harta yang ada pada kalian melimpah ruah".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya.
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Dari Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Untuk berjaya di dunia memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga memerlukan ilmu. Mengapa masih tidak mahu menuntut ilmu?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ilmu itu merupakan imam kepada amal, sedangkan amal itu pula menjadi pengikutnya (sebagai makmum)".
(Hadith Riwayat Abu Nu’aim)
Sabdanya lagi yang bermaksud:
"Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu adalah terlebih baik dari solat dalam keadaan jahil".
(Hadith Riwayat Abu Nu’aim)
Selain itu, dengan ilmu yang kita pelajari ini, akan membuatkan seseorang itu berasa benar-benar takut kepada Allah SWT.
اِنَّمَا يَخْشَى اللّٰهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ؕ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ غَفُوْرٌ
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Fatir: 28)
Setiap manusia akan binasa kecuali orang yang berilmu, dan orang yang berilmu akan binasa kecuali yang beramal (dengan ilmunya), dan orang yang beramal juga binasa kecuali yang ikhlas (dalam amalnya).
Orang yang ikhlas juga tetap harus waspada dan berhati-hati dalam beramal.
(Imam Al Ghazali)
Oleh itu, cantumkanlah jiwamu dengan ilmu, biar dudukmu tidak mewah, biar gelap malammu tidak bersuluh, namun tanpa kau sedari cahaya sendiri akan menyerah diri kerana kau tidak pernah berkira dimana tempatmu mengenal erti pengetahuan.
Tuntutlah ilmu untuk engkau menghilangkan kejahilan diri...
فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِینَ
"oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil."
(Al-An'am: 35)
Imam Syafi’i berkata:
يُخَاطِبُنِي السَّفِيْهُ بِكُلِّ قُبْحٍ
Orang jahil berbicara kepadaku dengan segenap kejelekan
فَأَكْرَهُ أَنْ أَكُوْنَ لَهُ مُجِيْبًا
Akupun enggan untuk menjawabnya
يَزِيْدُ سَفَاهَةً فَأَزِيْدُ حُلْمًا
Dia semakin bertambah kejahilan dan aku semakin bertambah kesabaran
كَعُوْدٍ زَادَهُ الْإِحْرَاقُ طِيْبًا
Seperti gaharu dibakar, akan semakin menebar kewangian.
Imam Syafi’i berkata lagi:
ﻭﺍﻟﺼﻤْﺖُ ﻋَﻦْ ﺟَﺎﻫِﻞٍ ﺃَﻭْ ﺃَﺣْﻤَﻖٍ ﺷَﺮَف
Sikap diam terhadap orang bodoh adalah suatu kemuliaan.
(Diwan As-Syafi’i, karya Yusuf Asy-Syekh Muhammad Al-Baqa’i)
Justeru, ambillah pelajaran dari sikap seorang ilmuwan sebenar...
~ Abu Imtiyaz ~
No comments:
Post a Comment