Umat Islam agama sudah dikomersialkan.
Beragama dengan tujuan mendapatkan duit untuk kehidupan.
Agama bukan untuk Tuhan tapi untuk cari makan.
Belajar agama hingga ke luar negara tujuan cari makan.
Belajar menghafaz Al Quran tujuan cari makan juga.
Membaca Al Quran tujuan cari makan, kehidupan dan cari nama.
Mengajar, berdakwah, motivasi juga untuk cari makan dan upah.
Menyembahyangkan jenazah juga untuk periuk nasi juga.
Adakalanya tawar-menawar berapa banyak bayarannya.
Bahkan ada puak dia jadi agen sembahyang mayat untuk dapat upah.
Ia berlaku di pondok-pondok pengajian dan di pesantren-pesantren agama.
Jadi, imam juga lumrah berlaku tujuan cari makan dan dapat bayaran juga.
Belajar agama untuk dapat jawatan itu sudah perkara biasa.
Ia sudah berlaku dan terjadi agak lama.
Ia berlaku sudah beratus tahun lamanya.
Sungguh sedih agama sudah tidak jadi agama lagi.
Duit sudah jadi agama, agama adalah bayarannya.
Bahkan buka pondok pengajian pun tujuan cari makan.
Ada pondok ada murid maka murid mereka adalah duit.
Aduh watak akhir zaman, agama sudah tidak jadi agama lagi.
Orang agama hanya tinggal bilangan jari.
Sesiapa yang masih berpegang dengan agama, macam pegang bara api.
Hendak buang ertinya buang agama, hendak terus genggam amat panasnya.
Sungguh asing orang beragama di akhir zaman.
Dia tersingkir dan terpinggir oleh masyarakatnya.
Dia dipandang serong oleh masyarakat di zamannya.
Bertuahlah orang beragama di akhir zaman.
Bergembiralah orang agama, naik harganya di sisi Tuhannya.
Kerana susahnya beragama, pahalanya berganda-ganda.
Begitulah rahmat Tuhan kepada orang-orang-Nya.
No comments:
Post a Comment