MADAH MURSYID 1 dari Abah


8/12/2023   

336
Usaha-usaha yang ada campur tangan nafsu dan syaitan cepat maju dan berkembang tapi yang tidak ada campur tangan nafsu dan syaitan lambat maju dan susah hendak berkembang.  

337
Perlu diingat, sejarah telah memberitahu, banyak orang masuk Islam kerana melihat akhlak dan contoh teladan (model), terlalu sedikit sangat yang masuk Islam hasil penyelidikan dan kajian.  

338
Kebanyakan umat Islam berjuang pada hari ini, sama ada disedari atau tidak, banyak bersifat nasionalisme dan bersifat ideologi daripada bersifat Islam tapi menjual nama Islam, justeru itulah orang menolak.  

339
Orang yang berbuat mengikut syariat kerana Allah, orang itu tidak akan kecewa sekalipun gagal. Justeru orang itu bukan memandang kejayaan tapi keredhaan. 

340
Tidak mesti sesuatu kerja itu apabila berjaya, ia diredhai dan tidak mesti pula sesuatu kerja itu apabila gagal, dimurkai.
Yang penting kerja itu mengikut syariat dan diniatkan kerana Allah, insya-Allah ia diredhai.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah