Bila pemimpin hilang wibawa,
rakyat kurang taat setia.
Bila ibu bapa tidak bermaruah,
anak-anak kurang hormat.
Bila orang tua tidak menjadi contoh,
kata-katanya sia-sia saja.
Bila berkawan tidak setia,
hilang keyakinan kawan kita.
Para pemimpin jadilah teladan,
agar rakyat mudah dipimpin.
Wahai ibu bapa, jagalah maruah,
agar anak-anak mengikut kata.
Wahai orang tua, jagalah wibawa,
agar orang muda mendengar nasihat.
Wahai saudara, setialah berkawan,
keyakinan orang itu aset kita.
Gambarkanlah jika rakyat tidak taat
di dalam negara,
anak-anak pula tidak taat kepada ibu bapa,
anak-anak muda tidak mendengar nasihat dan kata,
manusia satu sama lain curiga-mencuriga,
bila masalah timbul di dalam masyarakat umat, kehidupan manusia tercabar setiap detik dan masa.
Ketenangan hidup yang dicari hancur dan punah.
Maka dicarilah punca mengapa timbul masalah.
Setiap golongan bercakap untuk mengatasi masalah.
Diberilah pandangan mengapa perkara negatif itu terjadi.
Dikatalah sebab-sebab masalah terjadi kerana itu dan ini.
Yang sebenarnya sebab-sebab itu ada pada diri sendiri.
Mengapa perkara yang mudah, amat sulit mengatasinya.
Mengapa perkara yang dekat, terlalu jauh kelihatan.
Kerana panduan semata-mata nafsu dan otak manusia.
Agama Islam sudah tidak menjadi panduan sejati.
from Abah Lan selepas Arwah En Zainal
No comments:
Post a Comment