Akibat Gagal Membangun Insaniah



Para pemimpin atau guru juga ibu bapa,
berbagai-bagai ilmu boleh diajarnya.
Berbagai-bagai kajian boleh dibuat hingga boleh menyelam berbagai-bagai ilmu.
Membuat berbagai-bagai kemajuan.
Membangun tamadun material mengkagumkan.
Tapi hendak mengenal Tuhan tidak tahu.
Betapa hendak mengajar rasa bertuhan.
Pemimpin ingin ditaati.
Tapi pemimpin tidak tahu bagaimana rakyatnya hendak mentaati mereka.
Guru-guru ingin mereka dihormati.
Tapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik murid-muridnya ke arah itu.
Ibu bapa juga ingin anak-anaknya menghormatinya.
Tapi tidak tahu hendak melakukannya.
Berbagai-bagai kepakaran dimiliki oleh cerdik pandai.
Mereka bingung bagaimana hendak menjadikan studentnya menghormatinya, kasih dan sayang kepadanya, juga mentaatinya.
Padahal sama ada pemimpin, guru, ibu bapa, 
semuanya suka jika mereka dihormati oleh rakyatnya, oleh murid-muridnya
dan oleh anak-anaknya.
Di sini kita lihat para pemimpin, guru, ibu bapa berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal.
Tapi mereka gagal membangunkan tamadun insaniah dan rohaniah.
Oleh itu apa yang berlaku di dunia ini, 
berjaya berilmu, tapi tidak berjaya
menahan pergaduhan dan peperangan.
Berjaya membangun dan berkemajuan.
Tapi tidak berjaya menahan daripada
pengkhianatan dan penipuan.
Tamadun yang tinggi dapat dibangunkan.
Tapi gagal menjadi manusia berakhlak tinggi.
Ramai manusia yang pandai tapi pandai pula merompak dan menyamun.
Perempuan berjaya setanding dengan laki-laki.
Tapi hilang malunya, hancur maruahnya.
Negara menjadi cantik, perhubungan bertambah mudah.
Tapi hidup di dalam ketakutan.
Berjaya mendapat isteri atau suami.
Kedua-duanya berpelajaran,
tapi tidak mampu bersefahaman.
Ertinya manusia gagal di dalam kejayaan.
Akalnya bergeliga, kemajuan luar biasa.
Tapi hati atau jiwanya mati atau buta.
Kerana rasa bertuhan sudah tidak ada.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah