Hiburan Adalah Fitrah Semulajadi Manusia



Sudah fitrah semulajadi manusia ingin berhibur.
Hiburan itulah sebahagian kebahagiaan mereka.
Hiburan adalah makanan jiwa manusia.
Semua orang memerlukannya tidak kira apa bangsa.
Hiburan itu berbagai-bagai sifatnya atau caranya.
Ada orang yang miskin diberi bantuan kewangan dan makanan,
ada yang sakit, diziarahi tanda ikut sedih dengan kesakitannya.
Orang yang salah diberi kemaafan, yang bersalah meminta maaf, hiburanlah namanya.
Orang yang membuat jahat, buat baiklah kepadanya.
Ada orang yang buntu fikiran, berilah buah fikiran, hiburan juga.
Orang yang sesat jalan, tunjuklah jalannya.
Di waktu membawa kereta utamakan orang lain, berilah dia jalan.
Di waktu makan di restoran belanjalah orang di kiri dan kanan.
Di waktu membeli-belah bayarkanlah orang yang bersama-sama kita membeli-belah untuk keperluan, sekadar yang termampu untuk kasih sayang.
Di ketika naik bas, tempat duduk penuh, utamakan orang lain duduk,
tidak mengapa kita berdiri.
Di waktu-waktu berjalan-jalan berilah salam atau angkatlah tangan tanda kemesraan.
Sekali-sekala lihatlah jiran, hulurkan bantuan, itulah hiburan.
Para tetamu kenalah hormat dan muliakan mereka sejauh yang terdaya.
Pemungut-pemungut sampah di rumah kita, sekali-sekala berilah dia hadiah
atau memberi makanan atau minuman.
Berbudi bahasalah kita kepada mereka tanda mengenang jasanya
memungut sampah di rumah kita.
Alangkah gembiranya jiwa mereka, kerana budi bahasa kita.
Ya Tuhanku jadikanlah aku penghibur manusia di dunia.
Agar aku diberi hiburan di Akhirat sana. 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah