MADAH MURSYID 2 dari Abah

9/12/2023   

341
Ada orang selalu lantang suaranya di dalam bermacam-macam isu apabila ada kuasa atau bersandar kepada yang berkuasa. Orang yang tidak faham menyangka mereka berani dan wira. 


342
Mengapa umat Islam hari ini tidak berdaulat, lebih-lebih lagi tidak boleh jadi empayar, padahal umat Islam berselerak di muka bumi mencari ilmu, sekarang sudah banyak yang pandai-pandai.
Dahulu umat Islam berselerak mengembara keluar negara kerana mencari Allah, sekarang umat Islam mengembara merata dunia mencari rezeki.  

343
Untuk mendaulatkan Islam di dalam sesebuah negara oleh sebuah empayar, bukan semua pemimpin dan pengikut boleh buat, ia memerlukan para pemimpin yang dipilih oleh Allah seperti Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin, Umar Ibnu Aziz, Muhammad Al Fateh. Selain itu hanya boleh berbuat di sudut-sudut tertentu sahaja, seperti ibadah-ibadah khusus. Di akhir zaman nanti sekali lagi berlaku iaitu yang dipimpin oleh Imamul Mahdi r.a. 

344
Untuk mendaulatkan Islam, kesedaran  dengan Islam sahaja tidak cukup, ia memerlukan ilmu, ilmu hafalan tidak cukup, memerlukan fahaman, fahaman sahaja tidak cukup, memerlukan penghayatan, penghayatan pun tidak cukup, ia memerlukan amalan, amalan sahaja tidak cukup ia memerlukan perjuangan, perjuangan pun tidak cukup ia memerlukan strategi, disiplin dan kegigihan, seterusnya memerlukan kepimpinan dan keihklasan yang berterusan. 

345
Perjuangan Islam tidak sama dengan perjuangan umat Islam. Perjuangan Islam, perjuangan yang dilaksanakan umat Islam yang berprinsipkan Islam, berdasarkan Al  Quran dan Hadis.
Perjuangan umat Islam adalah perjuangan yang dilaksanakan umat Islam yang berdasarkan ideologi.
Yang pertama kalau terkorban, mati syahid, yang kedua kalau terkorban, mati sakit.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah