Watak Kawan Terhadap Kawan



Kalau engkau miskin, 
sabar atau redhalah, jangan meminta-minta.
Meminta-minta itu adalah jatuh maruah dan air muka.
Kalau engkau kaya, jadilah pembela orang-orang yang susah.
Juga korbankan harta untuk fisabilillah.
Kalau engkau pemimpin, jadilah pelindung.
Berilah kasih sayang kepada pengikut-pengikut.
Seperti bapa kepada anak-anaknya.
Urus agama mereka.
Berilah ilmu untuk penyuluh hidup mereka.
Urus makan minum mereka.
Berilah simpati di waktu susah seperti ziarah atau beri nasihat.
Dengarlah pengaduan mereka.
Mengadu itu cara mereka bermanja-manja.
Kerana salah satu watak pemimpin itu adalah berwatak ibu.
Ibu tempat anak-anak bermanja.
Kalau engkau kawan, utamakan kawan lebih dahulu daripada dirimu.
Bantulah di waktu dia kesusahan.
Setidak-tidaknya tunjukkan simpati.
Serta lahirkan rasa sedih di waktu kesedihannya.
Bantulah lebih dahulu sebelum dia meminta.
Tanda kita peka dengan kehidupan mereka.
Bahkan keluarga mereka juga kenalah jaga.
Ambillah berat tentang kehidupan mereka.
Bagaimana makan minumnya, tempat tinggalnya, rumahnya.
Sakit peningnya dan kesusahannya.
Begitulah sifat atau watak seorang kawan terhadap kawannya. 


No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah