Orang Bertaqwa Perikemanusiaannya Amat Tinggi


Orang bertaqwa itu perikemanusiaannya amat tinggi sekali.
Timbang rasa amat menonjol di dalam kehidupannya setiap hari.
Dia tidak boleh melihat orang lain susah, dia susah hati.
Dia pun simpati dan kasihani, menolong dan memberi.
Orang susah dia bantu, orang sakit dia ziarahi.
Orang mendapat kemalangan dia ziarah dan mendoakannya.
Anak-anak yatim, janda-janda dia sentiasa membantu dan tunjuk kasih sayangnya.
Kesenangan orang lain pula, dia pula yang rasa senang dan gembira.
Di dalam pergaulan boleh bertolak ansur dan berlebih kurang.
Mengutamakan orang lain jadi budaya hidupnya.
Maaf-bermaafan, berkasih sayang, bertolong bantu mudah sekali.
Bertegur sapa, beramah mesra kepada sesiapa sahaja.
Orang bertaqwa perikemanusiaannya tinggi sekali.
Tidak mengata, tidak mencerca, tidak menipu daya.
Boleh membuat baik kepada orang yang jahat kepadanya.
Apatah lagi orang yang membuat baik kepadanya.
Dengan kawan taat setia, dengan guru, ibu bapa, pemimpin mereka hormati.
Orang yang jahat dia tidak membalas kejahatan kepadanya. 
Bahkan didoakannya orang itu mendapat hidayah daripada Tuhan.
Begitulah sifat orang bertaqwa, sungguh tinggi perikemanusiaannya.
Kalau ramailah orang yang  bertaqwa, amanlah masyarakat.
Hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama dan harmoni.
 

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah