MADAH baru 413


*291*
Kalaulah manusia di dunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu-memerlukan, secara langsung atau tidak secara langsung; memang begitu keadaan manusia hakikatnya; sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerjasama.  

*292*
Bersatu dalam satu tempat, mudah tapi bersatu hati amat payah.
Oleh itu kalau hati tidak bersatu, tidak bertemu lebih baik dari bertemu. 

*293*
Perpaduan di segi fizikal mudah tapi perpaduan di segi fikiran dan jiwa amat payah atau susah. 

*294*
Kalau dalam satu masyarakat (kampung atau tempat) selalu datang ke masjid, sembahyang jemaah bersama, sama-sama mendirikan jemaah, datang beramai-ramai ke masjid, mendengar pengajian dan ceramah tapi pautan hati tiada, ziarah-menziarahi satu sama lain tak berlaku, kalau ada masalah di kalangan mereka tiada pun ghairah masyarakat untuk menyelesaikannya, masing-masing tanggung sendirilah masalah itu, kalau yang lama sudah tidak hadir, tiada pun rasa rindu dan bertanya-tanya, mengapa sudah lama saudara kita tidak hadir.
Itulah tanda sembahyang yang dibuat hanya rangka lahir sahaja, namun jiwa belum bersembahyang. 

*295*
Kalaulah pertemuan-pertemuan di masjid melalui sembahyang, pengajian, ceramah, kenduri majlis akad nikah, membaca di kutub khanahnya, tiada melahirkan perpaduan, jangan haraplah melalui organisasi, ekonomi, politik, kebudayaan dan lain-lain lagi boleh melahirkan perpaduan.

No comments:

Bumi Tuhan... Bersaksilah