Kebanyakan ulama di akhir zaman tidak mempunyai pengikut, oleh itu kalau ada satu dua di kalangan mereka mempunyai pengikut, akan kedengaran tuduhan daripada mereka, jangan fanatik kepada ulama dan pemimpin.
Yang sebenarnya kata-kata itu untuk melindungi kelemahan mereka, yang sudah tidak diikuti lagi oleh orang ramai.
*247*
Di akhir zaman para ulama tidak membuat dan menentukan dasar, tapi mengiakan pembuat-pembuat dasar.
*248*
Di akhir zaman para ulama lebih suka bersatu dengan golongan sekular daripada bersatu sesama mereka di dalam apa pun perjuangan.
*249*
Majoriti ahli-ahli perniagaan terutama golongan bawahan dan golongan pertengahan, bukan yang berkelulusan di bidang ekonomi.
Adakalanya orang yang berkelulusan ekonomi, tidak minat pula hendak berniaga.
*250*
Di akhir zaman, perpecahan, pergaduhan, pembunuhan dan peperangan lebih banyak berpunca daripada fahaman politik daripada soal-soal lain.
No comments:
Post a Comment