Setengah orang Islam yang tidak mengenal dirinya dengan mendalam,
apabila dia tidak minum arak, tidak berzina, tidak berjudi, tidak membunuh orang, tidak menipu,
hatinya senang.
Dia merasakan dirinya sudah terlepas daripada dosa-dosa besar.
Dia pun memandang jijik dan menghina orang yang terlibat dengan dosa-dosa besar yang lahir tadi.
Padahal dia sendiri, sombong menjadi pakaiannya, riyak hiasan dirinya, ingin dipuji basahannya.
Pemarah budayanya, hasad dengki amalannya, glamour matlamat hidupnya.
Semua yang ada pada dirinya adalah dosa-dosa besar yang tersembunyi.
Dia tidak sedar kerana mata hatinya sudah buta, sekalipun dia seorang ulama atau umarak.
Dosa-dosa besar yang lahir yang punya diri sedar.
Dia pun tahu yang ia adalah dosa-dosa yang hina.
Dosa-dosa lahir ini seseorang itu mudah insaf dan bertaubat.
Tapi orang yang membuat dosa-dosa besar yang batin jarang orang sedar.
Bahkan dia merasakan bersih daripada dosa.
Dosa sendiri yang batin dia tidak nampak.
Dosa-dosa orang yang zahir dia nampak
Biasanya orang-orang yang membuat dosa batin jarang bertaubat kerana tidak nampak.
Dia berdosa tapi tidak sedar yang dia berdosa.
Akibatnya dosa-dosanya dibawa sampai mati.
Maka dia pun tidak bertaubat.
Suul khatimah tanpa disedari.
Kemurkaan Tuhan pun menimpa ke atas kepalanya.
Maka Nerakalah padahnya.
No comments:
Post a Comment