Apabila ahli ibadah tidak takutkan Tuhan, akhlak mereka hilang,
mereka telah menjatuhkan maruah Islam secara tidak sedar kepada pandangan orang.
Apabila pejuang-pejuang Islam menjadi militan, keindahan Islam hilang.
Kepercayaan orang kepada Islam hilang,
mereka takut dengan Islam dan umat Islam.
Apabila orang yang rajin ke masjid tidak ada disiplin,
orang yang tidak datang lebih baik daripada yang datang.
Orang yang datang telah mencemarkan rumah Allah,
yang tidak datang mungkin ada keuzuran.
Apabila umat Islam mundur, orang lain akan menyangka ajaran Islamlah yang menjadi penyebab kemunduran.
Padahal umat Islam telah lari daripada ajarannya.
Di antaranya umat Islam hidup nafsi-nafsi.
Rasa bersama dan bekerjasama di antara yang miskin dan yang kaya tidak ada.
Cerdik pandai dengan yang tidak terpelajar tidak seia sekata.
Kekayaan individu tidak dapat dirasa, merata dan bersama.
Tenaga orang miskin tidak punya bersama, masing-masing ada haluan.
Orang bandar dengan orang kampung macam ayam hutan dengan ayam kampung.
Akhirnya perpaduan dan persatuan tidak ada.
Tidak terjadi satu di dalam ramai, ramai di dalam satu.
Maka terjadilah salah satu sebab bangsa menjadi lemah.
Lebih-lebih lagilah Tuhan sudah tidak dipeduli sekalipun ahli-ahli ibadah.
Tuhan ada dengan tiada sama sahaja pada mereka.
Pejuang-pejuang Islam pula banyak memperkatakan syariat, mempromosikan Tuhan sedikit sangat.
Padahal Tuhan adalah aset pertama dan utama.
Tuhan tidak dimanfaatkan oleh umat Islam kerana harta lebih besar dan utama kepada mereka.
Tuhan pun membiarkan kita.
Padahnya kita rasa bersama, kita hina di mana-mana.
Insaflah wahai umat Islam!
Kembalilah kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Kita akan Tuhan bela.
No comments:
Post a Comment